Wednesday, April 7, 2010

Hamba Lahirkan Tuannya (Kuliah Akhir Zaman)





Hadis ke-20 : Daripada Umar bin al-Khtatab ra (dalam sebuah hadis yang panjang):
Kemudian Jibril bertanya kepada Rasulullah saw: Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat.
Lalu Nabi saw menjawab: Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Maka Jibril lalu berkata: Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya.
Maka Nabi saw menjawab: Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan. (Muslim)

Keterangan Hadis

Di antara tanda hampirnya kiamat ialah bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudian akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu tuan kepada ibunya sendiri. Ada sebahagian ulama yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah banyak anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa dan juga sebahagian ulama yang memberikan pandangan bahawa contoh ini adalah merupakan gambaran kepada suasana yang sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut dan orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain-lain, tiba-tiba ia mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya tepaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga seseorang yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut, tiba-tiba pada hari ini ia sudah apat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.


Hamba berlagak sebagai tuan
Di sana sini naik bangunan
Sungguh tingginya mencakar awan
Seolah mencabar kuasa Tuhan

Badwi yang miskin kaya terkejut
Baru kelmarin tidak berkasut
Harta dipegang tiada luput
Walaupun kaya tetap kedekut

No comments: