Thursday, April 15, 2010

Golongan Ruwaibidhah (Kuliah Akhir Zaman)





Hadis ke-23 : Golongan Ruwaibidhah

Daripada Abi Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ruwaibidhah.
Sahabat bertanya, Apakah ruwaibidhah itu hai Rasulullah?
Nabi saw menjawab, Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.
(Hadis riwayat Ibnu Maajah)

Keterangan
Zaman yang disebutkan tadi ialah zaman ketandusan. Tandus di segi kebendaan dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta faasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan.

Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Syair Syeikh Fahmi Zamzam

Orang khianat disanjung-sanjung
Orang amanah tidak didukung
Pemimpin zalim bunga dikalung
Mujahid Islam di tali gantung.

Begitulah wahai pewaris Nabi
Jangan biarkan umat diuji
Teruskan jihad ke jalan suci
Sebar luaskan rahmat Ilahi

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails