Friday, February 19, 2010

Sesekali Terasa Penat

1. Halaqah usrah makin bertambah. Silap-silap mahu 4 kali seminggu jadinya... pengsan... : )
Paling kuat, 2 kali seminggu ok le. Nak kena lari-lari sikit ni : )

2. Permintaan untuk mengajar kitab-kitab bertambah juga. Menuju ke arah 3 malam dalam seminggu. Pengsan lagi : ) Akan usaha jadikan 2 malam saja seminggu.

3. Laptop rosak, waktu untuk ke ruang maya internet dan mengarang sangat terhad. Banyak persoalan terbiar ataupun sekerat jalan. Banyak laman tak 'update' : ) Insyaallah bulan 5 akan usaha beli laptop baru.

4. Waktu untuk bersukan/ riadah langsung tidak ada. Kesihatan semakin menurun.

5. Selalu mengantuk siang, tidur tak cukup. Mohon Tuhan tidurkan 3 setengah jam sahaja sehari dan sihat, belum dikabulkan Tuhan.

6. Kerjaya semakin mencabar, dan tidak bersangkutan secara langsung pula dengan ilmu agama dan dakwah.

7. Sekarang saya dah pandai merungut, dulu tak pun : )

Apa nak buat, sesekali terasa penat...

2 comments:

zakir932 said...

kecuali malaikat terlepas rungutan namun manusia mencari hakikat menyintai tuhan lebih dari malaikat yang hanya memuja muji

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Betul tu tuan Zakir Lazarus.