Saturday, January 2, 2010

"Allah" Hanya untuk Allah, Bukan untuk Jesus

Artikel Dr. Asri yang menyokong penggunaan "Allah" oleh orang bukan Islam sudah lama saya jawab. Ternyata beliau tidak punya sandaran untuk menyokong pembenaran itu. Tuan-tuan boleh kaji dengan TELITI segala bahasan saya dalam artikel tersebut.

Al Quran tidak pernah mengizinkan orang bukan Islam menggunakan "Allah", kecuali jika mereka menisbahkannya kepada Tuhan Sebenar. Orang-orang Arab musyrik yang menggunakan kalimah "Allah' dalam al-Quran itu ialah mereka yang memang tahu siapa Allah, DAN mereka menisbahkannya kepada Allah, bukan kepada berhala-berhala mereka, alam semesta ataupun mana-mana individu.

Tetapi yang berlaku di negara kita hari ini, orang-orang bukan Islam itu mahu menisbahkan "Allah" kepada Jesus Christ dan Roh Kudus, padahal kedua-duanya bukan Tuhan Sebenar. Ada pulak orang-orang yang dianggap agamawan yang menyokong! Memang pelik!

Cadangan saya, pihak berkuasa wujudkan peraturan.

Mereka yang bukan Islam boleh menggunakan "Allah" jika mereka menisbahkannya kepada Tuhan Sebenar. Tetapi jika mereka didapati menisbahkan "Allah" kepada selain Tuhan Sebenar, mereka akan dikenakan tindakan.

Sila baca juga artikel saya yang lebih awal tentang penggunaan kalimah "Allah" ini.


Abu Zulfiqar @ Alexanderwathern
2 Jan 2010

1 comment:

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sdr abu zulfiqar - saya sentiasa memetik pandangan sdr dlm isu nama Allah oleh golongan kristian ini, saya harap sdr boleh memberikan komen terhadap sttment Pas yg saya rasa tidak tegas dan menyalahi konteks. saya harap sdr dpt berjuang bersama2 memastikan penentangan ini berjaya; tq

blog saya - http://tunfaisal.blogspot.com