PERTANYAAN:
Assalamualaikum,
Saudara, boleh saya tahu mengenai kaitan antara Alexander dan Zulkarnain, adakah mereka orang yang sama atau berbeza, atau bagaimana?
Alexander tu nama Islam atau bagaimana yea? Sekiranya anak hendak diletakkan nama tersebut, bagaimana pandangan saudara?
PANDANGAN SAYA:
Waalaikumsalam,
Ada banyak pemerintah zaman silam menggunakan nama Alexander dan Zulqarnain. Yang paling popular ialah Raja Alexander the Great dari Macedonia, dan Raja Zulqarnain yang dinyatakan dalam al-Quran.
Pada saya, Alexander Macedonia dan Raja Zulqarnain ialah dua peribadi yang berbeza.
Hari ini, ramai yang mengaitkan Raja Zulqarnain dengan dua orang tokoh iaitu:
1. Raja Alexander the Great dari Macedonia.
2. Raja Cyrus (Korsh) the Great dari Parsi.
Penelitian saya tidak sependapat dengan mereka. Saya melihat ada 2 orang tokoh lagi yang lebih layak sebagai Raja Zulqarnain. Sehingga kini saya belum terjumpa orang lain yang mengaitkan mereka berdua dengan Raja Zulqarnain. Malangnya saya belum sempat menulis panjang tentangnya. Tulisan saya sudah dimulakan, tapi berhenti setakat itu sahaja buat masa ini. Anda boleh melihatnya di:
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2009/05/zulqarnain-menurut-alexanderwathern.html
Bahasan-bahasan saya tentang Raja Zulqarnain boleh anda lihat di:
http://myalexanderwathern.blogspot.com/
Lihat di sebelah kanan bawah, dalam bahagian “KOLEKSI DIALOG & SOAL JAWAB”.
Dalam bahasa Melayu, “Alexander” biasa disebut “Iskandar”. Saya tidak pasti apakah orang-orang Arab menyebutnya “Iskandar” juga ataupun selainnya. Pada saya, boleh saja menggunakan nama “Alexander” untuk anak. Namun begitu, saya lebih mengesyorkan nama “Zulqarnain”, kerana nama ini jelas-jelas dikaitkan al-Quran dengan seorang peribadi yang soleh lagi masyhur pada zaman dahulu.
Wallahualam.
Abu Zulfiqar
21 Disember 2009
2 comments:
Assalamualaikum ustaz..
sy merupakan salah seorang pengikut atau silentreader blog ustaz juga merupakan forummer di terjah.com/forum..
sy amat kagum dgn penulisan2 ustaz..
sy telah bookmarkan blog ustaz utk dijadikan bahan rujukan dan sokongan sy ketika berdebat berbahas dgn golongan antihadis di forum terjah.com tersebut..
amatlah berbesar hati sekiranya ustaz dapat menyumbangkan sedikit ilmu kepada kami forummer di terjah.com tersebut ketika memperjuangkan kebenaran..
sy perhatikan makin lama makin ramai golongan antihadis menegakkan benang yg basah..
sy harap ustaz dapat berdakwah di sana..
sekian terima kasih ustaz..
:)
Waalaikumsalam tuan,
Rasa-rasanya tak termampu untuk saya aktif di Terjah.com tu, sibuk sangat. Khuatir nanti apa-apa perbahasan pun jadi sekerat jalan. Sekarang pun saya sedang aktif berdiskusi dengan 5-6 orang berfahaman Salafi Wahabi dan 2-3 orang yang menolak kewujudan Tuhan. Tak terkejar kot di terjah.com tu buat masa ni.
Insyaallah jika ada kelapangan, saya akan ke sana.
22 Disember 2009
Post a Comment