Saturday, May 9, 2009

Bersiar-siar di Taman Tasik Taiping

Pernah ke Taiping? Ke Taman Tasik Taiping (Lake Garden)? Saya dibesarkan di sekitar sini. Pada zaman remaja, pukul satu dua pagi pun biasa berbasikal ke sini bersama rakan-rakan. Jamal Abdillah pun sering meluangkan masa remajanya di tepi-tepi tasik ini.

Deretan pokok nyior ini seakan-akan satu pemandangan di Indonesia.
Ruang pejalan kaki yang selesa memudahkan kita untuk meronda sakan, tapi kadang-kadang dicemari motosikal yang lalu-lalang. Padahal motosikal tidak dibenarkan masuk.
Pelancong dari luar negara suka berbasikal di laluan-laluan ini.
Spiderboy dan Spidergirl kami.
Sepanjang berada di sini, cuaca redup dan akhirnya hujan turun.
Mereka ni teringin nak memancing sebenarnya, tapi abinya tak minat memancing. Lagi pun di sini tidak dibenarkan memancing.
Air, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau dan awan menjadi asas keharmonian planet bumi, membolehkan manusia, jin dan haiwan hidup selesa di atasnya.
Tasik-tasik di sini sebenarnya lombong-lombong buatan. Pernah menjadi saksi kepada pertempuran berdarah Perang Larut antara puak Ghee Hin dengan puak Hai San.
Pokok-pokok buluh pula membawa suasana negara China.
Saya suka sudut ini.
Pucuk pepohon besar rendang mencapai air.

3 orang ataupun 6 orang?


Boleh berkayak, beritik, berperahu dan seumpamanya di tasik besar ni.
Subhanallah... sudut ini pun saya suka. Boleh buat taman Jurassic ni.
Banyak juga laluan yang teduh.

Di belakang rimbunan ini adalah Zoo Taiping


Dulu selalu ada orang meredah tasik ni untuk dapatkan buah teratai. Siap jual lagi. Sekarang tak tahulah.

Nampak tak debunga teratai syurgawi? : )

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Cuti-cuti Malaysia bagi Ulil Albab.

AlhamduliLlah.

Wassalam
TokPakirKD

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Wlksm TokPakirKD,

Terima kasih kerana sudi berziarah ke sini. Saya pun sudah ke blog anda, insyaallah akan pergi lagi.