Wednesday, January 29, 2025

Banyak Belum Belajar Sedangkan Usia Sangat Pendek

 

Lagi kita belajar, lagilah terasa lazat. Walaupun lagi kita belajar, lagi terasa banyak pulak yang kita belum tahu. Tapi tetap terasa makin lazat. Oleh sebab itu, jangan jemu untuk berguru dan belajar. Jangan tunggu2 atau tangguh2 untuk berguru dan belajar. Ini semua hanya akan mencuri masa kita dan mencuri usia kita. Kita hidup tak lama, sedangkan ilmu2 yang nak ditimba itu amat banyak. Dah sangat banyak orang2 yang kita saksikan sendiri, yang mereka nak tunggu ada masa lapang, nak tunggu ada duit, nak tunggu, nak tunggu dah stabil, nak tunggu anak2 dah besar, nak tunggu lepas pencen, nak tunggu badan betul2 sihat, dan macam2 nak tunggu lagi… biasanya tak sempat dapat, dan kalau dapat pun, tak sempat banyak dapat. Semoga Allah terus memilih kita, diberikannya kekuatan untuk kita dalam menuntut ilmu dan mengamalkan ilmu, serta diselamatkan-Nya kita daripada segala marabahaya baik di dunia mahupun di akhirat.

 

Petikan pengajian kitab induk Ihya Ulumuddin kali ke-292, Paklong Abu  Zulfiqar, Januari 2025

Belajar Jarak Jauh vs Berhadapan

 

“(Allah) Yang mengajarkan dengan qalam (pena). Mengajarkan insan (manusia) apa yang tidak diketahui (oleh manusia itu).” (Al-’Alaq : 4-5)

 

Insya-Allah kita akan cuba menyampaikan huraian Imam al-Ghazali pada tahap yang sederhana. Untuk lanjutannya ke tahap yang lebih tinggi, yang itu mahu tak mahu kena duduk dan lalui tarbiyah mengikut tariq Imam al-Ghazali sendiri. Ada sukatan tarbiah dan pengisian tarbiyahnya dalam TG ini.

 

Serupalah kita belajar seni bela dan seni tempur pedang atau keris melalui video. Memang kita boleh dapat tambahan ilmu dengan melihat dan mendengar isi kandungan video itu. Untuk peringkat rendah dan pertengahan memang ok. Namun untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran pada tahap tinggi, mahu tak mahu nak kena belajar langsung (berdepan) dengan gurunya juga, berada dalam tarbiah dan tunjuk ajar gurunya secara bertentangan wajjah.

 

Barulah boleh dapat seni2nya, yang halus2nya, rahsia2nya atau petua2nya, hal2 yang terlepas pandang oleh mata dan akal kita, dan yang seumpama dengannya.

 

Petikan pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-291 oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali, Januari 2025

Pertanyaan - Bahan2 Sihir

 

(Pertanyaan tentang sihir) Apakah bahan2 yang selalu digunakan oleh orang2 yang melakukan sihir?

 

Jawapan ringkas : Imam al-Ghazali ada sentuh sikit dalam kitab Ihya’. Kemudian dihuraikan pula oleh mursyid2 Tariqah Ghazaliyah dari satu generasi ke satu generasi sampailah ke zaman kita ini. Jadi, sikit-sebanyak kita tahulah hal ehwalnya tu. Tambahan pula, (dulu) kita pun ada belajar dan merawat dalam perubatan Islami/ Nabawi.

 

Bahan2 sihir orang2 nusantara dulu2 (sekarang pun ada, dan ada yang sudah dimodenkan)….. guna bahan2 haram, dan badan2 kotor, dan bahan2 berbahaya, dan bahan2 yang mengundang kehadiran campurtangan bangsa Jin.

 

Contohnya :

Najis2 - kotoran manusia, tahi kelawar…

Bangkai – part2 tertentu daripada janin (sangat popular), bahagian2 tertentu daripada orang2 mati (mayat)…

Racun2 – daripada haiwan2, daripada tumbuh2an (pokok2, kulat2, akar2 tertentu, getahnya, durinya), daripada benda2 alam, ramuan2 ciptaan sendiri

Ambil bahagian2 tertentu daripada babi, anjing, monyet, katak, kelawar, tikus, ular…

 

Ini semua bahan2 untuk sihir zaman-berzaman. Bukan di alam Melayu sahaja, tapi di serata dunia pun.

 

Bahan2 ini atau gabungan bahan2 ini, apabila terkena pada badan kita atau masuk ke badan kita, dengan izin Allah akan memudaratkan. Benda haram, benda2 kotor, benda2 berbahaya, dan benda2 yang mengundang kehadiran campurtangan bangsa Jin. Dicampur pula dengan bacaan2 tertentu dan disesuaikan dengan waktu2 atau musim2 tertentu.

Itulah sihir (*jawapan ringkas dalam pengajian)

 

…petikan Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-293 oleh Paklong Abu Zulfiqar, Januari 2025