Dipetik
daripada
penulisan
oleh Hasan al-Banna (dan
diberikan tajuk2 oleh
penyalin) :
PENGALAMAN
AWAL DENGAN IKHWAH TAREKAT HASAFIYAH
Hasan
al-Banna menulis : “(Ketika
dia
belum
berusia lebih
kurang
12 tahun...)
Di
sebuah masjid kecil aku
melihat ikhwan
Al-Hashafiyah (para
pengikut Tarekat
Hasafiyah) melakukan zikrullah
setiap malam selepas
solat
isya.
(Ketika
itu) aku
sendiri secara tekun menghadiri kajian Syeikh
Zahran rahimahullah
(seorang
ilmuwan agama)
antara maghrib dan isya’ (di
masjid
itu).
Aku
sungguh terpesona dengan
halaqah
zikir
dengan suaranya yang teratur, nasyidnya
yang bagus, dan semangat ruhiyah yang menggelora. Aku
juga terpikat oleh toleransi dan sikap rendah hati orang-orang yang
berzikir, yang terdiri daripada
orang-orang
tua
yang mulia dan para pemuda yang soleh.
Mereka begitu toleran dan rendah hati melayani
anak-anak kecil yang ikut meramaikan majlis mereka untuk berzikir.
Akhirnya aku
pun ikut menyertai
(majlis) mereka.
Hubunganku
dengan para pemuda Al-Ikhwan
Al-Hasafiyah pun
terjalin dengan eratnya.
Tiga
orang
lama
mereka ialah
Syeikh
Syalbi Ar-Rijal, SYEIKH
MUHAMMAD ABU SYAUSYAH (ada ceritanya di bawah nanti),
dan Syeikh
Sayyid Utsman. Sedangkan dalam
kalangan para
pemuda,
yang lebih
kurang seusia denganku ialah
Shawi Afandi Ash-Shawi, Abdul Muta’al Afandi Sankal, Muhammad
Afandi Ad-Dimyati, dan lain-lain.
Di
arena yang penuh berkat
inilah untuk pertama kali aku
bertemu dengan Ustaz Ahmad As-Sukri, yang
pada kemudian
harinya
menjadi wakil ketua Ikhwanul Muslimin (organisasi/gerakan
yang ditubuhkan oleh
Hasan al-Banna).
Pertemuan ini menggoreskan kenangan yang sangat dalam pada kehidupan
kami berdua.
Sejak
saat itu nama Syeikh
Al-Hasafi (pemimpin utama
Tarekat
Al-Hasafiyah) terus terngiang-ngiang
di telingaku. Beliau meninggalkan kesan
yang begitu
mendalam
pada jiwaku. Kerinduan untuk dapat melihat syeikh,
duduk mendampinginya, dan mengambil manfaat daripadanya
terus mewarnai fikiranku
dari waktu ke waktu.
MULA
BERAMAL DENGAN AMALAN-AMALAN TAREKAT HASAFIAH
Aku
mulai tekun mengamalkan wirid Al-Wazifah
Az-Zuruqiyah (salah
satu amalan Tarekat Hasafiyah) pada
waktu
pagi
dan petang.
Yang lebih menambah ketakjubanku,
ternyata
bapaku
telah menulis
komentar singkat dengan memaparkan argumentasi yang berdasarkan
hadis-hadis
sahih. Risalah ini dinamakan Tanwirul
Af’idah Az-Zakiyah bi Adillati Adzkar Az-Zuruqiyah.
Wazifah (wirid) ini tidak lebih daripada
ayat-ayat
Al Qur’an Al-Karim dan hadis-hadis Nabi tentang
doa-doa pagi dan petang yang ditulis dalam kitab-kitab sunnah
(buku-buku
hadis). Tidak ada tambahan ucapan-ucapan asing sama sekali, tidak ada
juga
ungkapan-ungkapan
falsafah,
atau kata-kata yang mirip mentera.
Semuanya
berupa doa.
TENTANG
GURU PERTAMA TAREKAT HASAFIAH – SYEIKH HASANAIN AL-HASAFI
Ketika
itu aku
mendapatkan kitab Al-Manhaj
Ash-Shafi fi Manaqib Hasanain Al-Hasafi.
Syeikh
Hasanain
Al- Hasafi ialah
syeikh
pertama tarekat ini dan bapa
kepada
syeikh
tarekat yang sekarang, iaitu
yang mulia Syeikh
Abdul Wahhab Al Hasafi – semoga Allah berkenan memanjangkan umurnya
dan menjadikannya bermanfaat. Syeikh
Hasanain Al-Hasafi (guru
pertama itu) sudah
meninggal dunia
dan
aku
tidak
sempat
melihatnya. Beliau meninggal pada hari Khamis,
17 Jamadil
Akhir 1382 H. Ketika itu aku
baru berusia empat tahun. Aku
tidak sempat berkumpul dengan beliau karena beliau sering pergi pergi
ke
pelbagai
daerah. Akhirnya aku
hanya dapat mengenal beliau melalui buku tentang riwayat hidup
beliau.
Aku
pun dapat
tahu bahawa
beliau ialah
salah seorang ulama Azhari
(alumni
Al Azhar)
yang telah mendalami fiqh menurut Mazhab Al-Imam Syafi’i serta
mendalami ilmu-ilmu agama secara luas. Beliau menimba tarekat
daripada
para
syeikh
masa itu. Beliau ialah
seorang yang sangat taat, selalu bersungguh-sungguh, serta tekun
dalam ibadah dan zikir. Hinggakan
beliau menunaikan haji tidak hanya sekali, dan beliau menunaikan
umrah
setiap kali berhaji. Ini lebih sering beliau lakukan daripada sekedar
melakukan umrah
sahaja.
Orang-orang
yang dekat dengan beliau berkomentar, “Kami tidak pernah melihat
orang yang lebih kuat dalam mentaati
Allah, menunaikan kewajiban-kewajiban dan memelihara sunnah-sunnah
melebihi beliau rahimahullah.
Hal-hal
itu
diistiqomahi oleh beliau hingga hari-hari akhir kehidupannya yang
sudah cukup tua (lebih daripada
enam puluh lima tahun). Beliau menyeru kepada Allah dengan
menggunakan cara ahli tarekat, tetapi tetap berada dalam ‘cahaya’
serta berdasarkan kaedah-kaedah
yang benar dan lurus. Dakwah beliau dibangunkan
atas dasar
ilmu, ibadah, ketaatan, dan zikir. Beliau memerangi pelbagai
bid’ah dan khurafat yang bermaharajalela
dalam
kalangan
pengikut tarekat; membela Kitab dan Sunnah
dalam keadaan
apapun; memelihara ilmu dan
menolak
pelbagai ta’wil
yang
merosak;
beramar ma’ruf dan
nahi
mungkar; serta menyampaikan nasihat bila
dan di mana sahaja
berada, sehingga beliau berhasil mengubah banyak hal yang diyakini
bertentangan dengan Kitab dan Sunnah
yang banyak dijadikan pegangan oleh syeikh
tarekat”.
Hal
yang sangat melekat dalam jiwaku daripada riwayat hidup beliau adalah
ketegasan beliau dalam beramar ma’ruf nahi mungkar. Dalam
melaksanakan hal ini, beliau tidak pernah merasa takut terhadap
celaan orang. Beliau tidak pernah meninggalkan amar ma’ruf nahi
mungkar, sekalipun terhadap pembesar atau penguasa.
PENGALAMAN
SYEIKH HASANAIN AL-HASAFI
Sebagai
salah satu contoh, beliau pernah mengunjungi Rayyadh Pasha yang saat
itu memegang jawatan sebagai perdana menteri. Dalam waktu yang
bersamaan ada salah seorang ulama juga mengunjungi Rayyadh Pasha.
Ulama ini mengucapkan salam kepada Rayyadh Pasha dengan membongkokkan
badan hingga hampir seperti rukuk. Melihat hal itu, syeikh langsung
berdiri dengan marah dan menampar pipinya serta membentak dengan
keras, “Hai lelaki, berdiri kau! Rukuk itu tidak boleh dilakukan
kecuali hanya kepada Allah. Jangan hinakan agama dan ilmu sehingga
Allah nanti akan menghinakan kalian!” Ulama tersebut mahupun Pasha
tidak dapat berbuat apa-apa dan tidak menghukumnya.
Saat
itu pula, salah seorang bangsawan Pasha lainnya yang juga seorang
teman Rayyadh Pasha datang berkunjung. Dia
memakai
cincin emas dan memegang tongkat yang pegangannya terbuat daripada
emas juga.
Syeikh
kemudian menoleh kepadanya seraya berkata, “Apa ini? Menggunakan
emas untuk perhiasan seperti ini adalah haram bagi laki-laki,
sekalipun ia halal bagi wanita. Berikan saja kedua-duanya
kepada isteri-isterimu.
Janganlah menyelisihi perintah Rasulullah saw.!” Orang
itu
hendak membantah, namun akhirnya Rayyadh Pasha meleraikan
kedua-duanya.
Meskipun
demikian syeikh
tetap berpendirian bahawa
orang itu mesti
melepaskan
pegangan tongkat dan cincin emas itu sehingga tidak ada lagi
kemungkaran.
Suatu
ketika beliau menghadiri pertemuan yang diadakan oleh Gabenor
Taufiq Pasha bersama-sama
para ulama. Beliau mengucapkan salam kepada gabenor
dengan suara yang cukup dapat didengar, namun gabenor
hanya membalas dengan isyarat tangan saja. Maka beliau akhirnya
dengan tegas mengatakan kepadanya, “Membalas salam itu paling
kurang
mestilah
sama atau lebih baik lagi. Maka katakanlah, “Wa’alaikumussalaam
wa rahmatullahi wa barakatuh’. Menjawab
salam hanya dengan isyarat tidaklah dibenarkan.” Sang Gabenor
pun tidak punya pilihan lain kecuali terpaksa
menjawab salam syeikh
dengan lafaz
yang disuruh
oleh syeikh
tersebut, bahkan dia
memuji pendirian syeikh
dan sikap istiqamahnya
pada agama.
Suatu
ketika beliau mengunjungi salah seorang murid beliau yang menjadi
pekerja bangunan. Beliau melihat sebuah patung yang terbuat daripada
gypsum
(batu
kapur) di atas meja pekerja itu. Beliau kemudian bertanya, “Apakah
ini wahai fulan?”.
“Ini adalah patung yang kami perlukan
dalam pekerjaan kami.” jawabnya. Beliau lalu mengatakan, “Itu
haram hukumnnya.” Beliau kemudian mengambil patung itu dan
mematahkan lehernya.
Pada
waktu yang sama, seorang Inspektor
Inggeris
masuk ke ruangan itu
dan
melihat kejadian tersebut.
Sang inspektor
meminta penjelasan
syeikh
mengenai tindakan tersebut. Syeikh
lalu memberikan jawapan
dan penjelasan yang bijak dan memahamkan sang inspektur
bahawa
Islam datang untuk menegakkan tauhid yang murni dan mematikan fahaman
paganisme dalam segala bentuknya. Oleh kerana
itulah Islam mengharamkan patung, kerana
keberadaannya dapat membuka jalan kepada
amalan
penyembahan. Penjelasan yang bijak ini membuat sang inspektor
berasa
senang, padahal sebelumnya dia
menyangka bahwa Islam berisi kebodohan yang berasal daripada
paganisme. Dia
akhirnya mengucapkan selamat
kepada syikh
serta memberi pujian kepadanya.
Suatu
ketika beliau mengunjungi Masjid Al-Husain dengan diikuti oleh
sebahagian
murid-muridnya.
Beliau berhenti sejenak di kuburan untuk memanjatkan doa yang
mat’sur
(doa
yang ada
riwayatnya daripada
Rasulullah saw.) “Assalaamu’ala
ahlid diyar minal mu’minin…” Salah
seorang pengikut berkata kepada beliau, “Wahai syeikh,
mohonkanlah kepada
Husain agar berkenan meredhaiku.”
Mendengar permintaan ini beliau memandangnya
dengan marah
seraya berkata, “Yang dapat meredhai
kami, meredhaimu,
dan meredhainya
hanya Allah.” Selepas
melakukan
ziarah itu, beliau menjelaskan kepada para muridnya tentang
hukum dan etika berziarah, menerangkan kepada mereka tentang
perbezaaan
antara ziarah kubur yang bid’ah dan ziarah kubur yang syar’i.
Bapaku
pernah bercerita
kepadaku
bahawa
dia
pernah berada
bersama-sama dengan
dengan Syeikh
Al-Hasafi rahimahullah
di
rumah salah seorang pembesar kota Mahmudiah,
iaitu
Hasan Bek Abu Sayyid Hasan rahimahullah
bersama
para muridnya. Seorang pelayan wanita yang sudah cukup dewasa keluar
untuk menghidangkan kopi kepada syeikh
dalam keadaan kedua-dua belah
tangan si
wanita
mulai dari siku hingga hujung
jari, malah
kepalanya terbuka (tidak
menutup aurat).
Syeikh
melihatnya dengan marah
dan langsung menyuruhnya
dengan tegas agar segera pergi dari ruangan itu untuk memakai
penutup atau hijab. Syeikh
enggan meminum kopi itu.
Setelah itu syeikh
pun menyampaikan ajaran tentang
wajibnya menutup
anak-anak perempuan,
sekalipun dia
ialah
pembantu dan agar jangan sampai ada lelaki
asing yang
melihat-lihat
mereka.
KEKAGUMAN
HASAN AL-BANNA
Mengenai
hal semacam itu beliau mempunyai banyak pengalaman dan memang
demikianlah yang selalu beliau lakukan. Aspek inilah yang melahirkan
perasaan kagum luar biasa dalam jiwaku.
Para murid beliau sering membicarakan tentang karamah syeikh
yang terlihat nyata, namun aku
sendiri tidak pernah melihat
karamah yang mereka maksudkan itu. Yang kami dapati pada diri beliau
adalah sudut-sudut amaliah seperti di atas. Aku
sendiri meyakini bahawa
karamah paling agung yang diberikan oleh Allah SWT
kepada beliau adalah taufiq dan hidayah-Nya untuk menyebarkan dakwah
Islam berdasarkan dasar-dasar
yang
lurus dan benar, rasa benci kepada hal-hal yang diharamkan oleh Allah
SWT,
dan senantiasa beramar ma’ruf nahi mungkar. Semua itu aku
rasakan ketika usiaku
belum lebih daripada
dua belas tahun.
Yang
semakin membuatkan
ikatanku
bertambah kuat dengan syeikh
yang mulia ini adalah setelah berulang-ulang aku
membaca
buku Al-Manhal
(salah
satu karanagan Syeikh Hasanain al-Hasafi).
(Suatu
hari) aku
bermimpi pergi ke kuburan kota. Aku
melihat sebuah kuburan besar yang bergerak-gerak dan semakin
menjadi-jadi hingga akhirnya terbuka. Dari kubur
itu
keluar api yang menjulang sampai menyentuh awan di langit, lalu
perlahan-lahan
membentuk rupa
seorang
lelaki yang tinggi dan wajahnya mengerikan. Orang-orang pun
berdatangan dari berbagai penjuru lalu mengelilinginya. Lelaki itu
kemudian berteriak dan mengatakan kepada mereka, ”Wahai manusia,
sesungguhnya Allah telah menghalalkan segala yang pernah
diharamkan-Nya atas kalian, maka berbuatlah sesuka kalian.”
Aku
pun lalu berteriak lantang di hadapannya, “Engkau dusta!” Setelah
itu aku
menatap wajah orang-orang yang berkumpul lalu
berkata, ”Wahai manusia, ini adalah iblis terlaknat yang datang
untuk menguji kalian berkaitan
urusan agama kalian, dan untuk membisik-bisikkan kejahatan kepada
kalian. Oleh
itu, janganlah kalian mendengar
kata-katanya.”
Ia
sangat
marah
seraya berkata kepadaku, ”Mari kita berlumba
lari
di hadapan orang-orang ini. Jika engkau dapat mengalahkan aku
dan dapat kembali kepada mereka sedangkan aku
tidak dapat menangkapmu, bererti
engkau
benar.”
Aku
pun menerima cabaran
itu. Hasilnya,
aku
berjaya
mengatasinya
dengan kecepatan yang luar biasa jauh di depannya. Padahal langkahku
sangat kecil jika dibandingkan dengan langkahnya. Sebelum ia dapat
menangkap aku,
syeikh
(Syekh
Hasanain) rahimahullah
muncul
secara tiba-tiba lalu menarik
tanganku
ke sebelah kirinya. Dengan mengangkat tangan kanan, dia
terus berjalan ke hadapan siluman itu
dan dengan berteriak beliau berkata kepadanya,”Nyahlah
engkau,
wahai terlaknat!”
Akhirnya
ia pun meninggalkan tempat itu
dan
menghilang.
Setelah itu syeikh
pun
pergi. Aku
kembali ke kerumunan orang ramai
dan
berkata kepada mereka, “Tahukah kalian bagaimana si terlaknat itu
menyesatkan kalian daripada
perintah-perintah Allah?”
Ketiaka
itulah aku
terbangun. Tiba-tiba aku
benar-benar
berasa
rindu kepadanya. Lalu
aku
ternanti-nanti
kehadiran As-Sayyid Abdul Wahhab Al Hasafi (ke
daerah itu),
iaitu
anak kepada
Syeikh
Al- Hashafi rahimahullah
kerana
aku
ingin sekali dapat melihatnya dan segera mengambil amalan tarekat
daripadanya.
Akan tetapi sekitar
waktu
itu beliau tidak hadir (ke
tempat sekitar Hasan al-Banna berada).
KENANGAN
BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD
ABU SYAUSYAH AL-HASAFI
Aku
diingatkan kembali oleh kisah di suatu kuburan dengan saudara kami,
Syeikh
Muhammad Abu Syausyah (orang
lama dalam Tarekat Hasafiyah),
seorang peniaga
di kota Mahmudiah.
Dia
banyak memberikan tarbiyah ruhiyah kepada kami. Dia
pernah mengumpulkan kami yang berjumlah sekitar sepuluh orang untuk
dibawa ke kuburan. Kami berziarah kubur dan duduk di masjid Syeikh
An-Najili. Di sana kami membaca wirid (wazifah).
Selanjutnya
Syeikh
Muhammad Abu Syausyah menceritakan kisah orang-orang soleh
dan perilaku hidup mereka kepada kami, kisah yang dapat melunakkan
hati dan memberi berbagai hikmah dan pelajaran. Setelah itu beliau
memperlihatkan kuburan yang terbuka kepada kami, serta mengingatkan
kami bahwa suatu saat nanti kita akan masuk ke dalamnya. Beliau
bahkan sempat menyuruh salah seorang di antara kami agar masuk ke
liang kubur dan berbaring sebentar untuk mengingatkan diri bahawa
itulah tempat kembali, juga agar kami menyedari
kegelapan di alam kubur. Akhirnya dia
pun menangis dan kami menangis pula menyertainya. Setelah itu kami
memperbarui taubat
dengan penuh kekhusyu’an, semangat, penyesalan, dan tekad.
Banyak
di antara kami ketika itu yang saling mengikatkan gelang di
pergelangan masing-masing yang terbuat dari benang tebal yang
dinamakan dubarah
dengan
tujuan
agar gelang ini menjadi kenang-kenangan bertaubat
(sebagai
mengingatkan
peristiwa,
bukan sebagai tangkal).
Kami mendapatkan pesan bahwa jika salah seorang antara kami berhasrat
melakukan maksiat atau terkalahkan oleh godaan
syaitan,
hendaklah dia
segera memegang gelang ini dan mengingat kembali bahawa
dia
dahulunya
telah bertaubat kepada Allah, serta telah berjanji akan mentaati-Nya
dan meninggalkan maksiat kepada-Nya. Daripada
nasihat ini, kami mendapat faedah yang cukup banyak. Semoga Allah
memberikan balasan kebaikan kepada beliau.
Hatiku
benar-benar telah terpaut dengan syeikh
rahimahullah
ini,
hingga aku
sekolah di Madrasah
Mu’alimin Al-Awwaliyah di
Damanhur. Di sanalah terletak makam beliau dan bangunan masjidnya
yang belum lagi selesai dibina
ketika itu. Namun tidak lama kemudian berhasil juga diselesaikan. Aku
cukup tekun mengunjunginya, bahkan hampir setiap hari.
KENANGAN
BERSAMA SYEIKH BASYUNI AL-HASAFI
Aku
bersahabat dengan ikhwan-ikhwan Hasafiyah di Damanhur. Aku
juga tekun datang ke masjid At-Taubah
pada
setiap
malam. Aku
menanyakan siapakah
yang menjadi ketua ikhwan (wakil
kepada mursyid Tarekat Hasafiyah) di
situ.
Ternyata dia
ialah
seorang lelaki soleh
yang bertaqwa, Syeikh
Basyuni, yang juga seorang peniaga.
Aku
memohon kepadanya agar dia
mengizinkanku untuk
berbai’ah.
Dia
pun menyatakan
komitmennya.
Dia
berjanji kepadaku bahawa
dia
akan membawa diriku ke hadapan As-Sayyid Abdul Wahhab (pemimpin
utama Terekat
Hasafiyah
ketika
itu menggantikan
bapanya Syeikh
Hasanain al-Hasafi)
apabila nanti beliau datang.
Hingga
saat itu
aku
belum
pernah berbaiah
secara
rasmi
dengan
sesiapa
dalam jemaah
tarekat. Aku
hanyalah salah seorang
daripada
muhibbun
(orang-orang
yang menyukai tarekat tetapi belum
berbaiah),
menurut istilah mereka.
KENANGAN
BERSAMA SYEIKH ABDUL WAHHAB AL-HASAFI
Akhirnya
As-Sayyid Abdul Wahhab tiba di Damanhur dan para ikhwan pun
memberitahuku tentang
kedatangan beliau. Aku
sangat
gembira dengan berita ini. Aku
menghadap
Syeikh
Basyuni
dan
memohon agar dapat berguru kepada Syeikh
Abdul
Wahhab.
Dia
pun mengabulkan permintaanku.
Peristiwa ini terjadi pada tanggal 4 Ramadhan 1341 H, selepas
solat asar.
Jika
tidak salah,
peristiwa itu bertepatan dengan hari Ahad yang pada hari itulah aku
mengambil
Tarekat
Hasafiyah
Syaziliyah daripada
beliau dan beliau mengizinkanku untuk melaksanakan
wazifah
(wirid)
tarekat tersebut (ketika
ini usia Hasan
al-Banna masih
belasan tahun).
Semoga
Allah berkenan memberikan balasan sebaik-baiknya kepada beliau atas
kebaikan yang telah diberikan kepada kami. Aku beruntung sekali
kerana dapat berdampingan dengan beliau. Tidak ada yang kuketahui
soal agama dan tarekat beliau selain kebaikan adanya. Sifat-sifat
kebaikan yang melekat pada peribadi beliau merupakan keistimewaan
beliau. Sifat-sifat yang kami maksudkan adalah hatinya bersih
daripada memiliki harta yang ada pada tangan orang lain, serius dalam
segala hal, dan tidak pernah menggunakan waktu kecuali dalam rangka
menuntut ilmu, berzikir, atau melakukan ibadah yang lain, ketika
sedang sendirian mahupun ketika sedang bersama para pengikutnya.
Beliau juga selalu memberikan pengarahan yang baik kepada para
pengikutnya serta mengajak mereka untuk senantiasa berukhwah,
menuntut ilmu dan meningkatkan ketaatan kepada Allah.
Kiranya
aku
perlu
menyebutkan salah satu antara cara beliau yang bijaksana dalam
mentarbiyah. Beliau sama sekali tidak pernah memperkenankan para
pengikutnya untuk memperbanyakkan
debat (bukannya
tidak berdebat
langsung)
dalam masalah-masalah khilafiyah dan mutasyabihat,
atau menanggapi
pendapat kaum atheis, zindiq, mahupun
misionaris. Beliau menyarankan kepada mereka, ”Adakan hal semacam
ini di majlis-majlis khas
kalian, di mana kalian sendiri dapat
saling mempelajari dan mendiskusikannya. Adapun kepada masyarakat,
hendaklah kalian berbicara dengan pengertian-pengertian yang secara
nyata dapat memberikan pengaruh kepada mereka untuk melaksanakan
ketaatan kepada Allah. Kerana
kadang-kadang ada syubhat yang menimpa sebahagian
daripada
mereka, dalam
keadaan
mereka tidak tahu bagaimana cara
mengatasinya, sehingga akidahnya
menjadi kacau tanpa tahu sebabnya; dan bererti
kalianlah yang menjadi penyebabnya.”
Antara
kata-kata beliau yang masih terus aku ingat ialah apa yang
disampaikan kepadaku dan Ustaz Ahmad As-Sukri dalam suatu majlis.
Ungkapannya kurang lebih sebagai berikut: ”Sesungguhnya aku melihat
suatu tanda bahawa Allah SWT akan menggabungkan hati manusia melalui
kalian, dan menghimpunkan banyak orang melalui kalian. Ketahuilah
bahwa Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap kalian tentang
waktu-waktu yang digunakan oleh orang-orang itu. Sudahkan kalian
memberi sesuatu yang bermanfaat kepada mereka pada waktu-waktu itu,
sehingga mereka memperoleh pahala, demikian juga kalian? Ataukah
kalian justeru membiarkan waktu itu sia-sia sehingga mereka hanya
akan memperoleh seksa, demikian juga kalian?”
Demikianlah
kata-kata beliau yang semuanya selalu diarahkan kepada kebaikan; dan
yang aku tahu dalam diri beliau yang ada hanyalah kebaikan. Kami
tidak menyatakan sesuatu kecuali yang kami ketahui dan kami tidak
mengetahui hal yang ghaib.
(*Hal
ini kemudiannya benar-benar terjadi iaitu apabila Hasan al-Banna dan
sahabatnya Ahmad as-Sukri berjuang melalui gerakan Ikhwanul Muslimin.
Ramai orang mengikuti mereka. Cuma mereka telah diperingatkan oleh
guru tarekat mereka tentang ke mana mereka akan membawa manusia
melalui kegiatan mereka itu, dan mereka akan diminta
pertanggungajwabannya oleh Allah)
PENUBUHAN
JAMI’ATUL HASAFIYAH AL-KHAIRIYAH
Disela-sela
kesibukan, saat di Mahmudiah,
kami mendirikan sebuah persatuan
yang bervisi islah
yakni Jam’iatul
Hasafiyah Al-Khairiyah.
Ahmad Afandi As-Sukri, seorang peniaga
di kota Mahmudiah
terpilih sebagai ketuanya, sedangkan aku
terpilih sebagai setiausahanya.
Persatuan
ini
menitikberatkan kerjanya pada dua bidang penting.
Pertama,
menyebarkan seruan untuk berakhlak mulia, serta memberantas
pelbagai
kemungkaran dan hal-hal haram yang telah berleluasa
seperti arak,
judi, dan pelbagai
tradisi
bid’ah yang berkaitan dengan upacara pemakaman.
Kedua,
membendung gerakan
misionaris yang dilakukan oleh penjajah Inggeris
yang telah menetap di banyak
wilayah. Watak-watak
pentingnya
ialah
tiga orang wanita yang diketuai oleh Mrs. Weit. Dia
melakukan misi pengkristianan
di bawah nama
kegiatan sosial dan kesihatan,
pengajaran dan keterampilan seperti jahit-menjahit, dan melalui
pusat-pusat
asuhan untuk menampung anak-anak, baik laki-laki mahupun
perempuan. Persatuan
ini menjalankan perjuangan misinya yang patut disyukuri dan di
kemudian hari perjuangan ini terus dilanjutkan oleh Jemaah
Ikhwanul Muslimin (yang
pada kemudian hari diasaskan oleh Hasan al-Banna).
GURU
DAN MURID YANG BAIK, CUMA BERBEZA JALAN PERJUANGAN
Hubungan
kami dengan Syeikh
As-Sayyid Abdul Wahhab terus berlanjut dengan baik, sampailah
aku
mendirikan Jamaah Ikhwanul Muslimin. Jemaah
ini berkembang pesat. Dalam
hal ini,
beliau mempunyai pandangan yang berbeza
dengan pandangan kami (dari
segi pandangan
dan jalan
perjuangan).
Masing-masing cenderung pada pendapatnya sendiri (maka
sejak itu jalan perjuangan mereka adalah mengikut cara masing-masing
antara Tarekat Hasafiyah dan Ikhwanul Muslimin).
Kami
masih mengenang As-Sayyid Abdul Wahhab (mursyid
Tarekat Hasafiyah ketika itu)
– semoga Allah memberikan kebaikan kepadanya atas jasa baiknya
kepada kami- dengan kenangan terindah yang pernah dialami oleh
seorang murid, yang cinta dan tulus kepada gurunya, lantaran dia
banyak beramal dan bertaqwa. Beliau selalu memberikan nasihat dengan
tulus, serta menyampaikan petunjuk dan pengarahan dengan
sebaik-baiknya.
TAMAT
Ditulis
semula oleh Abu Zulfiqar al-Amsyari pada 29/8/23 (daripada tulisan
Hasan al-Banna yang diterjemahkan ke bahasa Melayu Indonesia, dan
diberikan tajuk2 kecil) sebagai pendahuluan jawapan kepada pertanyaan
takwil mimpi oleh salah seorang murid sebagaimana berikut :
“Salam
tuan ustaz. Semoga tuan dirahmati dan sihat hendaknya. Saya ada
bermimpi. Mimpi saya begini ustaz... Saya diserang oleh seorang
lelaki bertalu2 tapi saya mengelak - macam menepis, macam tu lah.
Alhamdulillah, satu serangan dia pun tak kena. Sampai satu tahap,
waktu dia hendak memukul saya lagi, tiba2 ada tangan yang
memberhentikan perbuatannya. Apabila saya tengok orang itu, orang itu
ialah ustaz. Waktu saya bermimpi itu waktu tengah malam. Dalam mimpi
saya tu, kiranya tuan ustaz datang selamatkan saya dan memberhentikan
terus orang itu daripada menyerang saya.” 26/8/3
Abu
Zulfiqar al-Amsyari
29/8/23
Debnga
Teratai Syurgawi