Pertanyaan : Assalamualaikum. Nak minta sedikit pencerahan atau pendapat tentang makanan dan minuman yang disediakan oleh orang bukan Islam dari sudut syariat dan hakikat bagi pedoman saya.
Jawapannya : Dari segi syariatnya, sangat bagus jika kita dapat mendahulukan makanan dan minuman yang disediakan oleh ahli2 syahadah (yakni orang2 Islam). Tentang yang disediakan oleh orang2 bukan Muslim, jika kuat keyakinan kita (setelah kita cuba mengambil tahu serba-sedikit tentangnya) bahawa makanan dan minuman itu halal dan tiada isu2 lain, maka bolehlah kita mengambilnya. Dari segi fekah, sudah lulus. Dari segi tasawufnya, jika boleh dielakkan, maka elakkan. Tapi bukan bererti haram.
Saya tak jelas tentang “hakikat” yang Tuan Mxx maksudkan tu hakikat yang mana satu. Maka buat masa ini saya jawab dari segi hakikat tauhidlah. Pada hakikatnya, semua makanan dan minuman di sediakan oleh Allah.
Wallahua’lam.
29/9/24