Sunday, August 29, 2021

Pengisian Pengajian Zaman Akhir

 

Mengapa "mereka" boleh juga berjaya?

 

Kerana mereka mewujudkan segala yang palsu2 itu termasuklah kekhalifahan palsu menggunakan orang2 Islam sendiri, termasuklah yan dipandang sebagai orang2 agama. Jadi, akan ramai juga orang yang terpengaruh.

 

Mereka tahu, jika dibuat kekhalifahan palsu menggunakan orang2 Kristian, Yahudi, Hindu, Bahai, ateis, Drize, Zoroaster dan lain-lain, umat Islam tak akan ikut punya. Sebab itulah, ada juga kejayaan mereka dalam hal ini.

 

Dan... kaedah mereka cuba mewujudkan hal itu bukanlah secara langsung sahaja, malah secara tidak langsung juga, yang kita tidak terperasan.

 

- Video pengajian zaman akhir



Beginilah umumnya manusia, nak cuna lari ke sana ke sini.

 

Dulu, nak lari ke bawah tanah, macam2 projek, terowong, kubu... mereka buat. Tapi macam tak yakin juga.

 

Mereka buat bangunan2 tinggi dan kompleks2nya... akhirnya macam tak yakin juga.

 

Buat pula bandar2 hebat di kawasan2 tanah tinggi. Akhirnya... macam rasa tak cukup selamat juga.

 

Sekarang nak cuba lari ke angkasa lepas pula. Dok rancang dan mula mencari2 tapak, sam ada tempat yang terapung mahupun yang "berpijak".

 

Lepas tu? Nak cuba lari ke mana lagi tak tahulah.

 

- Video pengajian zaman akhir



ILMU ALAM

1. Tentang sebelum adanya alam, menuju adanya alam, dan awal adanya alam.

2. Tentang penciptaan langit, bumi dan sekitarnya.

3. Tentang penghuni2 alam.

4. Tentang ilmu falak.

5. Tentang alam-alam yang ada.

6. Tentang alam dunia dan selepas alam dunia.

7. Tentang kisah hidup manusia.

 

- Video pengajian zaman akhir




Bagaimana cara "mereka" buat ramalan?

 

Macam2 kaedah, selagi boleh. Antaranya :

1. Mereka rancang sendiri dan menjayakannya. Lalu mereka gambarkan sebagai ramalan mereka adalah benar.

2. Mereka menggunakan petunjuk2 daripada manuskrip2 kuno dan kitab2 agama.

3. Mereka sendiri punya kitab ramalan zaman-berzaman (yang diwariskan berketurunan).

4. Mereka terus berhubungan dengan jin2 walaupun mereka tahu banyak berlaku penipuan dan penambahan.

5. Mereka mencuri maklumat2 dengan pelbagai cara (sentiasa).

 

- Video Pengajian Zaman Akhir



"Kemarau (yang berlaku ketika itu nanti) bukanlah kerana tidak turunnya hujan, tetapi kemarau sebenar ialah kita dihujani dan dihujani namun bumi tidak menumbuhkan apa-apa pun." (Muslim)

 

"Tidak akan tiba hari itu sehinggalah manusia dihujani dengan hujan yang meliputi tempat2, namun bumi tidak menumbuhkan apa-apa pun." (Ahmad, dan Al-Hakim dengan lafaz yang lain)

 

- Video Pengajian Zaman Akhir



Pengisian Halaqah Usrah 27/8/21

 

ANTARA SEMBANG2 HALAQAH USRAH 27/8/2021


A : Dalam diri kita (manusia) sudah ditanamkan awal2 tiga sifat makhluk2 yang dijadikan sebelum kita iaitu sifat kemalaikatan, sifat kehaiwanan, dan sifat kesyaitanan. Mana-mana satu yang lebih mendominasi, itulah yang selalu akan terkeluar daripada diri kita.

B : Maksud terkeluar tu macam mana?

A : Maksudnya, akan terpapar dalam gerak-geri kita, kata2 kita, dan penulisan kita.

C : Itu kata2 Imam Ghazali kan?

A : Ya. Masa kita syarahkan kitab Ihya' dulu selalu kita sentuh.


- Halaqah usrah 27/8/2021


A : Biarlah kita sedikit tetapi berkualiti, daripada banyak tetapi tidak berkualiti.

C : Tapi, kuantiti pun penting juga kan?

A : Ya. Betul. Jika dapat kedua-duanya iaitu kualiti dan kuantiti sekaligus, lagilah bagus. Cuma tadi kita maksudkan perbandingan antara dua situasi iaitu :
i. tidak ramai tetapi bagus2, atau
ii. ramai tetapi tidak bagus2

C : Ok. Faham. Selalu juga yang sedikit pun boleh mengatasi yang banyak.

D : Dengan izin Allah.

C : Ya, dengan izin Allah.


- Halaqah usrah 27/8/2021


A : Walau orang lain terus menyebarkan kebencian, kecaman, permusuhan, tidak saling meraikan, malah saling mendoakan keburukan, namun para sufi tetap menyebarkan kasih sayang, penerangan, perdamaian, sikap saling meraikan, malah saling mendoakan kesejahteraan. Tidak datang daripada lisan dan tulisan mereka akan cercaan, sindiran, kelucahan, perlian, kecaman, hinaan, atau kebencian.

B : Setiap ahli usrah mesti terus berpegang dan bertahan dengan akhlak yang sebegini, walaupun berat dugaannya. Akan tetap ada pihak2 yang tidak senang melihat sikap kita yang sebegini.

A : Ya. Pintu2 fitnah ada di mana-mana. Berhati2lah. Elaklah selagi mampu.

C : Kita teruslah ajak orang kepada hal2 yang boleh mewujudkan kesatuan. Hal2 yang boleh merenggangkan kesatuan umat, janganlah disentuh.

A : Walaupun antara kita tentunya ada hal2 yang tidak kita semua sepakati 100%, tetapi dalam masa2 ujian besar sebegini, perbezaan hendaklah diketepikan selagi boleh. Hormati dan raikan pandangan orang lain. Maka banyak hal2 besar yang boleh kita usaha untuk tangani bersama.


-Halaqan usrah 27/8/2021


 

 

Antara dugaan dalam dakwah ini contohnya apabila kita menyaksikan ribuan ekor ikan besar melompat ke darat (untuk membunuh diri). Kita tidak akan berkemampuan dan berkesempatan untuk menghalakan kesemuanya ke laut kembali. Tetapi kita usahakanlah juga untuk memulangkan beberapa ekor ikan itu ke laut, sekadar kemampuan dan kesempatan kita.

- Halaqah usrah 27/8/21


Teruslah berpegang dengan Risalah Qudsiyyah Imam al-Ghazali, kerana itulah inti 'aqidah ASWJ. Untuk mendaki dari tauhid 'aqidah (iman, mu'min, tungku kedua hadith Jibril) ke tauhidnya tasawuf sufi (ihsan, muhsin, tungku ketiga hadith Jibril) pun di situlah kuncinya.

Insya-Allah dengan tauhidnya tasawuf inilah antara bekalan utama kita berhadapan dengan si mata satu yang "menjadi" Tuhan kelak (berkaitan tungku keempat hadith Jibril), kerana permainannya dan fitnahnya adalah jauh lebih halus lagi daripada tauhid tungku kedua ('aqidah, usuluddin, kalam).

Teguhkan kesemua tungku ad-ddin dalam hadith Jibril itu.

- Halaqah usrah 27/8/21