Siapakah dalang penting kepada serangan Zionis ke atas Gaza? Tidak lain ialah ketua perampas kuasa di Mesir iaitu As-Sisi.
Menurut laman berita Israel iaitu Debka, serangan ke atas Gaza dibuat hanya setelah mendapat persetujuan As-Sisi. Patutlah sejurus sebelum serangan dibuat, Ketua Perisikan Mesir ada berkunjung ke Israel. Tentunya bukan sekadar untuk minum-minum kopi atau makan-makan angin.
Dalam ucapan As-Sisi sempena 10 Ramadhan, dia langsung tidak menyentuh tentang serangan di Palestin. Mengapa sampai begitu sekali?
Mengapa As-Sisi dalangnya? Kerana As-Sisi sangat benci kepada pihak berkuasa di Gaza iaitu HAMAS. Kita sedia maklum bahawa HAMAS ialah cabang Ikhwanul Muslimin di Palestin, dan As-Sisi mahu menghabiskan Ikhwan di mana sahaja yang mampu dicapainya. Dia tidak peduli berapa ramai rakyat Palestin terkorban, asalkan usahanya menghancurkan Ikhwan terus berjalan. Ikhwan di Mesir sudah berjaya ditundukkan melalui kezalimannya walaupun masih belum sampai ke tahap tersungkur, namun Ikhwan di Palestin masih menjadi duri dalam daging yang sering mengganggu tidurnya.
As-Sisi menyangkakan HAMAS sudah lemah kerana bekalan dari Mesir sudah disekatnya sedaya upaya sejak dia merampas kuasa, tidak seperti pada zaman pemerintahan Mursi. Namun dengan kuasa Tuhan, HAMAS keluar dengan ribuan roket, bahkan dengan kemampuan yang lebih baik daripada sebelumnya. Ditambah pula dengan penampilan skuad komando laut HAMAS yang begitu menarik perhatian dunia.
Musuh dari luar snagat bahaya, tetapi musuh dari dalam lebih bahaya.
Friday, July 11, 2014
Thursday, June 5, 2014
Terjemahan Bab Tauhid Kitab Ihya Ulumuddin ms 328-329
Oleh
kerana para pembaca dan pengikut pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin mengalami
kesukaran untuk memahami terjemahan kitab Ihya’ dalam Bahasa Melayu Indonesia,
maka saya alihkan ke dalam bahasa Melayu Malaysia dua mukasurat awal (ms
328-329) daripada Kitab Qa’idah-qa’idah I’tiqad. Semoga dapat memudahkan anda
semua.
Kitab
Ihya’ ‘Ulumuddin ini terdiri daripada 40 kitab dan Kitab Qa’idah-qa’idah I’tiqad
ialah kitab ke-2. Saya perhatikan, apabila syarahan kita sudah masuk kitab ke-2
ini, lebih ramai orang cenderung untuk mengikutinya kerana kitab ke-2 ini
membicarakan soal tauhid, ‘aqidah, hakikat dan seumpamanya.
Ada
beberapa kali saya jelaskan dalam tulisan mahupun perkataan bahawa untuk
memahami kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini, kita mestilah melalui kitab pertama iaitu
Kitab Ilmu terlebih dahulu. Hal ini kerana panduan dan kunci untuk memahami
kitab-kitab seterusnya terletak pada Kitab Ilmu.
Bukan
saja-saja tuan imam kita (Al-Ghazali) meletakkan Kitab Ilmu sebagai kitab
pertama dan panjang lebar pula huraiannya, bahkan mendahului Kitab Tauhid.
Kitab Tauhid pun diletaknya sebagai kitab kedua. Bayangkanlah betapa
mustahaknya Kitab Ilmu ini pada Imam Al-Ghazali. Umumnya, kita tak akan dapat
memahami kitab-kitab seterusnya dalam Ihya’ ‘Ulumuddin dengan sejahtera jika
kitab pertamanya tidak dilumatkan terlebih dahulu. Kita jangan terpengaruh
dengan orang-orang yang tidak mengerti (tidak kira apa kedudukan mereka) yang
meninggalkan Kitab Ilmu atau meringkaskannya sahaja.
Kalau kuncinya
ditinggalkan, bagaimana mahu membuka pintu-pintunya? Melainkan melihat dari tingkap
sahajalah. Takkanlah kita berpuas hati dengan melihat dari tingkap sahaja?
Namun
begitu, kita tidaklah menghalang sama sekali mereka yang mahu terus kepada
Kitab Tauhid (Qa’idah-qa’idah Itiqad), silakan. Cuma pemahaman yang bakal diperolehi
nanti mungkin tidaklah sampai sebagaimana yang dimaksudkan oleh Imam
Al-Ghazali.
Berbalik
kepada terjemahan kita yang dua muksurat ini (ms 328-329), kita menghuraikannya
dalam 10 kali kuliah iaitu majlis pengajian kali ke-83 hingga ke-92. Di
Youtube, rakamannya ialah dari fail ke-549 hingga 596. Ada 47 fail yang setiap
satunya lebih kurang 10 minit.
Selamat
membaca dan lebih memahami berbanding sebelumnya.
KITAB QA’IDAH-QA’IDAH
I’TIQAD
Dengan
nama Allah Ar-Rahmaan (Yang Maha Pemurah) lagi Ar-Rahiim (Yang Maha Penyayang).
Kitab
Qa’idah-qa’idah I’tiqad (Kaedah-kaedah Iktikad iaitu kitab kedua daripada 40
kitab dalam kitab besar Ihya’ ‘Ulumuddin)
Di
dalamnya terdapat 4 fasal.
Fasal
yang pertama : Menghuraikan ‘aqidah Ahlus Sunnah tentang Dua Kalimah Syahadah,
iaitu salah satu daripada dasar-dasar Islam.
**********
Maka
berkatalah kami (Imam Al-Ghazali) dengan memohon taufiq daripada Allah Ta’ala :
Segala
puji bagi Allah yang menjadikan, yang mengembalikan, yang berbuat barang
sekehendakNya (yang melakukan apa sahaja yang dimahukanNya), yang mempunyai
‘Arasy yang mulia, Yang Gagah Perkasa, yang memberi petunjuk kepada hamba-Nya
yang bersih dengan cara yang betul dan jalan yang benar, yang memberikan nikmat
kepada mereka sesudah pengakuan tauhid dengan terjaga ‘aqidahnya daripada kegelapan
dan kesangsian, yang membawa mereka kepada mengikuti rasulNya yang pilihan, dan
mengikuti peninggalan para sahabatnya yang mulia yang dikurniakan dengan
kekuatan dan kebenaran, yang menampakkan kepada mereka tentang zatNya, af’alNya
dan segala sifatNya yang baik, yang tidak akan mengetahuinya selain orang yang
dilimpahkan pendengaran, dan Dia itu yang menyaksikan, yang memperkenalkan
kepada mereka bahawa zatNya itu Esa, tidak ada sekutu bagiNya, tunggal tiada
yang menyamaiNya, lengkap rahmatNya, tiada yang melawaniNya, sendirian tiada
yang menyekutuiNya.
Sesungguhnya
Dia Esa, qadim tiada berpermulaan, azali tiada berpendahuluan, berkekalan
wujudNya tiada berkesudahan, abadi tiada berpenghabisan, tegak (berdiri)
sendiri tiada yang menghalangiNya, kekal tiada putusnya, sentiasa dan selalu
bersifat dengan segala sifat kebesaran, tidak habis dengan kehabisan dan
pemisahan dengan penggantian abad dan musnahnya zaman, tetapi Dialah Yang Awal
dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin. Dia amat mengetahui setiap sesuatu.
**********
Kemahasucian.
Sesungguhnya
Dia (Allah) bukanlah tubuh yang ada rupa, bukan jauhar (bukan benda) yang
berbatas dan berhingga. Dia tidak serupa dengan segala tubuh, tidak pada
kira-kiraan dan tidak pula dapat dibahagi-bahagikan.
Tidaklah
Dia jauhar, dan tidaklah Dia ditempati oleh jauhar-jauhar (Dia bukan benda, dan
Dia juga tidak ditempati oleh apa benda pun. Tidak ada apa-apa makhluk yang
bertempat pada Dia).
Tidaklah
Dia itu ‘aradh (sifat seperti merah, gemuk, sejuk, berkilat, kasar dan
sebagainya) dan tidaklah Dia ditempati oleh ‘aradh-‘aradh.
Bahkan
Dia tidak menyerupai apa sahaja yang ada (yang maujud, iaitu seluruh makhluk)
dan tidak ada sesuatu yang maujud menyerupai Dia. Tidak ada sesuatu yang
sepertiNya dan tidaklah Dia seperti sesuatu.
Dia
tidak dibatasi oleh sesuatu batas (had, sempadan, tepi) dan tidak mengandung
sesuatu jurusan, tidak diliputi oleh pihak (tidak berposisi, tidak berkedudukan
di mana-mana), tidak dibatasi oleh bumi dan langit.
Dia
beristiwa’ atas ‘Arasy menurut firmanNya dan menurut erti yang dikehendakiNya,
istiwa’ yang suci daripada tersentuh dengan sesuatu, suci daripada tetap dan
tenang, suci daripada mengambil tempat (ruang, posisi) dan (suci daripada)
berpindah.
Dia
tidak dibawa oleh ‘Arasy tetapi ‘Arasy dan pembawa-pembawa ‘Arasylah yang
dibawa dengan kelemah-lembutan qudrahNya, yang digagahi dalam genggamanNya.
Dia “atas”
daripada ‘Arasy dan langit, dan “atas” segala-galanya sampai kepada segala
lapisan bumi, (tetapi) “keatasan” yang tidak menambahkan dekatnya kepada ‘Arasy
dan langit, sebagaimana tidak menambahkan jauhNya dari bumi dan lapisan tanah.
Tetapi Dia di tingkat yang maha tinggi dari
‘Arasy dan langit, sebagaimana Dia di tingkat yang maha tinggi dari bumi
dan lapisan tanah.
Dalam
pada itu, Dia “dekat” sekali dengan segala yang maujud (dekat dengan makhluk).
Dan maha “dekat” kepada hambaNya, lebih “dekat” daripada urat leher hambaNya
itu sendiri.
Dia
menyaksikan segala sesuatu. Tidak menyerupai kehampiranNya dengan kehampiran d
antara tubuh-tubuh, sebagaimana tidak menyerupai zatNya dengan segala zat
tubuh-tubuh itu.
Dia
tidak bertempat pada sesuatu dan tidak ada sesuatu yang bertempat padaNya. Maha
Suci Dia daripada dipengaruhi oleh tempat, sebagaimana Maha Suci Dia daripada
dibataskan (dipengaruhi) oleh waktu. Tetapi Dia sudah sedia ada sebelum
dijadikan zaman (masa, waktu) dan tempat (ruang, atas bawah, sana-sini, langit
bumi, kiri kanan, depan belakang dan sebagainya). Dia sekarang menurut apa yang
Dia ada (sebagaimana diriNya pada azali, begitulah diriNya sekarang dan akan
datang, langsung tidak mengalami sebarang perubahan).
Dia
tidak sama dengan makhlukNya dengan segala sifatNya.. Tidak ada sesuatu yang
sama dengan zatNya dan tidaklah zatNya sama dengan sesuatu.
Dia Maha
Suci daripada perubahan dan perpindahan. Tidaklah bertempat padaNya segala
kejadian dan tidaklah mempengaruhiNya segala yang mendatang.
Tetapi
sentiasalah Dia dalam segala sifat kebesaranNya, tidak memerlukan kepada
penambahan kesempurnaan lagi.
Tentang
zatNya, diketahui adaNya dengan akal fikiran, dilihat zatNya dengan mata hati
sebagai suatu nikmat daripadaNya sebagai kasih sayangNya kepada orang-orang
yang berbuat baik dalam negeri ketetapan nanti sebagai suatu kesempurnaan
daripadaNya dengan kenikmatan memandang kepada wajahNya yang Maha Mulia.
Subscribe to:
Posts (Atom)