Siapakah dalang penting kepada serangan Zionis ke atas Gaza? Tidak lain ialah ketua perampas kuasa di Mesir iaitu As-Sisi.
Menurut laman berita Israel iaitu Debka, serangan ke atas Gaza dibuat hanya setelah mendapat persetujuan As-Sisi. Patutlah sejurus sebelum serangan dibuat, Ketua Perisikan Mesir ada berkunjung ke Israel. Tentunya bukan sekadar untuk minum-minum kopi atau makan-makan angin.
Dalam ucapan As-Sisi sempena 10 Ramadhan, dia langsung tidak menyentuh tentang serangan di Palestin. Mengapa sampai begitu sekali?
Mengapa As-Sisi dalangnya? Kerana As-Sisi sangat benci kepada pihak berkuasa di Gaza iaitu HAMAS. Kita sedia maklum bahawa HAMAS ialah cabang Ikhwanul Muslimin di Palestin, dan As-Sisi mahu menghabiskan Ikhwan di mana sahaja yang mampu dicapainya. Dia tidak peduli berapa ramai rakyat Palestin terkorban, asalkan usahanya menghancurkan Ikhwan terus berjalan. Ikhwan di Mesir sudah berjaya ditundukkan melalui kezalimannya walaupun masih belum sampai ke tahap tersungkur, namun Ikhwan di Palestin masih menjadi duri dalam daging yang sering mengganggu tidurnya.
As-Sisi menyangkakan HAMAS sudah lemah kerana bekalan dari Mesir sudah disekatnya sedaya upaya sejak dia merampas kuasa, tidak seperti pada zaman pemerintahan Mursi. Namun dengan kuasa Tuhan, HAMAS keluar dengan ribuan roket, bahkan dengan kemampuan yang lebih baik daripada sebelumnya. Ditambah pula dengan penampilan skuad komando laut HAMAS yang begitu menarik perhatian dunia.
Musuh dari luar snagat bahaya, tetapi musuh dari dalam lebih bahaya.
No comments:
Post a Comment