Sunday, June 8, 2025

Berguru dan Belajarlah KItab Risalah Ladunniyah

 

Di mana2 ada pengajian kitab Risalah Ladunniyah (Imam al-Ghazali) ini, cubalah risik2 tengok. Carilah guru yang kita rasa layak. Kalau dapat (jika tak dapat pun tak mengapa juga), carilah yang memang guru itu mengambil ilmu syarahan kitab ini daripada guru2 Tariqah Ghazaliyah juga.  Sebab insya-Allah akan ada nilai tambah atau bonus.

 

Belajar kitab2 Imam al-Ghazali, lebih bagus jika dapat belajar dengan guru2 yang memang bertariqah Ghazaliyah. Kerana tak semua ilmu Imam al-Ghazali ini termuat dalam kitab2nya. Sesekali Imam al-Ghazali sebut sendiri hal ini dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Mengapa ya? Kerana banyak maklumat lain yang turun hanya melalui guru ke guru secara bersanad.

 

Contoh paling mudah, kerja2 penting Imam al-Ghazali dalam masa uzlahnya selama 10-11 tahun. Siapa yang tahu? Orang2 di luar daripada Tarekat Ghazaliyah tak tahu apa2 melainkan amat sedikit. Tapi maklumat yang turun dari guru ke guru melalui tariq Ghazaliyah ni, banyak ada.

 

…pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-296, Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali

Sufi Mengejar Maqam?

 

Paklong Abu : Dalam bertasauf, bersufi, bertariqah ni, antara petuanya – selagi kita dok berasa diri kita ni orang luar biasa, orang terpilih, lebih special berbanding orang2 lain, ertinya kita masih di maqam bawah2 le tu. Dah hilang dah perasaan, atau perasan,  atau sangkaan, atau dakwaan2 sebegitu, masa tu lah kot2 kita berpeluang naik ke maqam2 tinggi.

(…pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-296)

 

Pertanyaan : Adakah sufi sejati mengejar maqam ya ustaz?

 

Paklong Abu : Ya. Contoh mudahnya - Ada orang dekat dengan Allah dan ada yang jauh. Tentulah kita doa dan usaha untk mendapatkan maqam dekat dengan Allah. Ada yang maqamnya beribadah kerana takut neraka dan ada maqamnya yang beribadah kerana cinta Allah. Tentulah kita usaha n doa agar dapat maqam cinta. Ada orang berada pada maqam banyak buat dosa dan ada yang berada pada maqam kurang buat dosa. Maka tentulah kita doa dan usaha untuk dapatkan maqam orang2 kurang buat dosa. Ada orang yang berada pada maqam bermatlamatkan jannah. Ada pula orang yang berada pada maqam bermatlamatkan Tuan Punya Jannah. Maka tentulah kita usaha dan doa untuk mendapatkan maqam bermatlamatkan Tuan Punya Jannah. Begitulah seterusanya dalam hal2 lain.