Sunday, June 14, 2026

Jenis2 Khatam Pelajaran dalam Tarekat Ghazaliyah

 

JENIS2 KHATAM PELAJARAN DALAM TAREKAT GHAZALIYAH

 

DARI SEGI ISI PELAJARAN :

i)                    KHATAM SECARA SYARAHAN TERPERINCI – Belajar hingga tamat sesuatu pelajaran itu sepenuhnya secara syarahan terperinci, yakni mengikuti pengajian penuh dari awal hingga akhir.

ii)                  KHATAM SECARA SYARAHAN RINGKAS – Belajar hingga tamat sesuatu pelajaran itu sepenuhnya juga cuma secara ringkasan, yakni guru sekadar mensyarahkan secara ringkas, atau melalui pengajian intensif, atau mengikuti daurah, atau selitan panjang dalam kuliah2 lain.

 

DARI SEGI CARA BELAJAR PULA :

i)                    KHATAM SECARA TALAQQI – Belajar sehingga tamat sesuatu pelajaran itu secara berhadapan dengan guru atau wakil guru.

ii)                  KHATAM SECARA LANGSUNG DARI JARAK JAUH – Belajar sehingga tamat sesuatu pelajaran itu secara jarak jauh yakni secara siaran langsung (live) yang menggunakan internet (macam Google Meet, Zoom, Teleram dsb) dengan guru atau wakil guru.

 

iii)                KHATAM MELALUI RAKAMAN – Belajar sehingga tamat sesuatu pelajaran itu melalui pendengaran sahaja, atau penglihatan sahaja, atau kedua2nya sekali (tontonan), atau melalui penjamahan (Braille).

 

-          Pemurnian daripada kuliah Sukatan Pelajaran Tariqah Ghazaliyah, Abu Zulfiqar al-Amsyari, 13 Jun 2026


No comments: