Thursday, October 5, 2023

Pesanan2 2

 

May be an image of 4 people

 

1. Bersegeralah mendapatkan ilmu2 agama sebelum terangkatnya ilmu2 agama ini. Apakah maksud terangkat itu? Maksudnya hilang. Bagaimana boleh terangkat? Ada dua cara :

i) dengan matinya orang2 yang ada ilmu tersebut.

ii) dengan kita sendiri yang mati terlebih dahulu sebelum sempat mendapatkan ilmu2 tersebut.


2. Teruslah berpegang dengan keempat2 tungku ad-diin, atau empat tiang agama, atau empat pasak dunia dan akhirat ini. Hendak berpegang, kenalah cari, berguru, belajar dan amalkan.


3. Amalkanlah amalan lafaz Zikir Harian Imam al-Ghazali atau nama lainnya lafaz Zikir Harian Tarekat Ghazaliyah, yang 1000 kali sehari ini. Sangat banyak manfaatnya.


4. Yang sudah berjaya istiqamah (berterusan) mengamalkan lafaz Zikir Harian Imam al-Ghazali ini, eloklah ditambah dengan lafaz 10 Bacaan Harian Imam al-Ghazali atau nama lainnya 10 Bacaan Harian Tarekat Ghazaliyah. Barulah lengkap sepasang. Jika diamalkan, insya-Allah lagi banyak manfaatnya, lebih2 lagi pada zaman akhir ini.


5. Pada setiap hari, solat sunat kena dibuat. Sekurang-kurangnya dua rakaat. Jika dapat buat belas2 rakaat atau puluh2 rakat, sangatlah cantik.


- Antara pesanan2 dalam pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin siri ke-282


Abu Zulfiqar al-Amsyari

Oktober 2023

Debunga Teratai Syurgawi

Pesanan2 1

 

May be an image of cloud, twilight and horizon

 

1. Dalam pelajaran agama ini, kita jangan ada berhenti. Kita kena belajar berterusan walaupun tidak banyak. Jika kita sudah berhenti, maka setakat itu sahajalah yang kita capai. Sesuatu yang sudah berhenti, ia lebih susah untuk digerakkan kembali berbanding sesuatu yang sedia bergerak, sekalipun perlahan geraknya.


2. Belajar ilmu2 agama ini seboleh-bolehnya carilah yang bersanad, yang bersambungan sanad zahirnya tanpa terputus, dan jelas sanadnya.


3. Kita kena bertekad dan berusaha bersungguh-sungguh agar hal2 berikut tidak menjadi fitnah (penghalang) kepada kita dalam menambah ilmu2 agama dan dalam menyampaikan (mendakwahkan) ilmu2 agama. Hal2 itu ialah keluarga, anak isteri, kerjaya, perniagaan, harta-benda, rumah (kediaman), tanah, ladang, bangunan, kenderaan dan lain-lain.


4. Sekiranya kita jahil dalam agama, janganlah biarkan keturunan kita jahil macam kita juga. Kita berkorbanlah dan berikanlah peluang seluas2nya untuk mereka mendapatkan ilmu2 agama.


- Antara pesanan2 dalam pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin siri ke-281


Abu Zulfiqar al-Amsyari

September 2023

Debunga Teratai Syurgawi