Allah
bersumpah.
Allah
bersumpah dengan MASA (juga zaman),
bahawa
manusia itu RUGI
kecuali
ada
pada manusia semua ciri2 berikut :
1.
beriman (kerja hati qalbu), dan
2.
berbuat amal2 soleh (kerja tubuh badan), dan
3.
berpesan2 dengan kebenaran (dengan yang haq), dan
4.
berpesan2 dengan kesabaran.
Inilah
antara senarai semak (check list)
utama
kita sehari-hari.
Semoga
empat sekawan atau
empat
tiang bagi orang2 yang TIDAK RUGI ini
sentiasa
ada bersama-sama kita
agar
kita tidak termasuk
ke
dalam golongan manusia yang rugi
di
sisi Allah.
Janganlah
tertinggal atau terkurang
walau
salah satu
setakat
mana yang termampu.
Berpesan2
- ada yang buat, ada yang tidak.
Namun
agak ramai yang boleh buat.
Berpesan2
yang berkait dengan KEBENARAN -
ini
yang kurang.
Berpesan
yang benar2, perlukan KESABARAN
kerana
risiko dan dugaannya
bukan
kecil2 anak.
Pesan2
utama itu
kepada
diri sendiri dahulunya
DAN
kepada diri2 yang lain mestilah jua.
Ya
Allah,
masukkanlah
dan istiqamahkanlah kami
ke
dalam golongan manusia yang beruntung.
Janganlah
lorongkan kami
ke
dalam golongan manusia yang rugi.
Begitulah
seterusnya
sehingga
ke akhir hayat kami nanti.
Jadikanlah
kami orang2 yang beriman,
dan
yang mengerjakan perlakuan2 soleh,
dan
yang berpesan2 dengan yang haq,
dan
yang berpesan2 dengan sabar.
Amin.
28/3/23
*Seorang
hamba Allah bertanya - Apakah tips agar tak jemu2 dan tidak lelah
dalam menyampaikan? Setelah berfikir2 akan jawapan yang mudah untuk
diberi, sahaya pun kongsikan salah satu hal yang sangat memotivasikan
sahaya selama hari ini iaitu pesanan2-Nya 'Azza
wa Jalla dalam
Surah Al-'Asr.
Insya-Allah apabila teringat akan isi kandungannya, akan kembalilah
dan berterusanlah
semangatnya.
Semoga bermanfaat.
ke blog
@@@
Apabila kita membaca tulisan2 pendek atau mendnegar kata2 pendek,
untuk lebihs elamat, baisakan (bukan mestikan) letakkan umumnya di
hadapan (di belakang pun ok) dan sebagaimana R4S di belakang.