Nak
UFO mendarat, sediakanlah tapak pendaratan.
Tapak
pendaratan kenalah yang bersesuaian.
Barulah
UFO akan turun ke halaman,
selalu,
dan berterusan.
Juga
yang penting2 dan berkeutamaan.
Jika
tapaknya tidak disedia, bersesuaian pun tiada,
tak
dapatlah UFO mendarat di sana.
Jika
berlaku pun, kes terpencil cuma,
sekali-sekala,
berterusan tiada.
Yang
mendarat hanya
yang
biasa2, yang bawah2 jua.
Begitulah
ehwalnya ilmu laduni.
Tapak
mendaratnya, disediakan mesti.
Lapangan
selesa, sudahlah pasti.
Barulah
turun ia ke hati,
berulang-kali,
bersilih ganti.
Yang
besar2, luas2, dalam2 dan seni2.
Sebagaimana
panduan Imam al-Ghazali.
Jika
tapaknya kecil, kecillah yang turun.
Jika
tapaknya lemah, ringanlah yang turun.
Jika
tapaknya sederhana, biasa2lah yang turun.
Jika
tapaknya tiada, tiadalah yang turun.
Sebab
itulah ada kalanya dalam hal-hal tertentu :
orang
tahu, kita tidak tahu,
orang
cepat tahu, kita lambat tahu,
orang
banyak tahu, kita sedikit tahu,
orang
kuat tahu, kita lemah tahu,
orang
dalam tahu, kita cetek tahu,
orang
luas tahu, kita sempit tahu,
orang
jauh tahu, kita dekat tahu,
orang
yakin tahu, kita ragu tahu.
Maka
berguru, bermursyid, bertariq, bersanad.
Itulah
antara usaha, tetapi bukan muktamad.
Sesiapa
sahaja boleh mendapat,
cuma
jangan berasa diri pilihan, itu mudarat.
29/11/22