Tuesday, July 26, 2022

Lagi 10 Tulisan2 Pendek

 

1. Apabila engkau habiskan masamu untuk ibadah dan dakwah, engkau tak akan punya masa untuk berfikir tentang kesalahan orang, pembencimu.


2. Jangan resah orang tak suka kita. Yang penting kita terus suka semua orang. Cuma kita ambil jalan berhati2. Allah tak suka, itu yang dibimbang.


3. Antara kaedah untuk mendapatkan qalbu yang sejahtera sepanjang hari - awal2 pagi pada setiap hari terus niatkan siap2 : hari ini aku tak akan iri hati dengan sesiapa, aku akan suka dan meraikan kejayaan dan kelebihan orang2 lain, dan aku akan selalu mendoakan kejayaan dan kegembiraan buat semua orang. Insya-Allah hari2mu akan terasa baaanyak lapang lagi nikmat.


4. Mata yang terbuka belum tentu sedang memandang. Mata yang tertutup belum tentu tidak sedang menyaksikan.


5. Taring2 semulajadi harimau sudah Allah jadikan agar berfungsi dengan baik lagi sempurna dalam segala keadaan yang berkaitan. Jangan taring2 itu dicabut lalu diganti dengan taring2 palsu yang belum tentu dapat berfungsi dengan sempurna sebagaimana yang asal.


6. Biasakan banyaaak bersabar.

Kebenaran tak selalu segera keluar.

Ada kala di akhirat baru dikhabar.

Tenang2 sahaja jika engkau di pihak yang benar.

Menderita di sini tiadalah lama.

Menderita di sana tiadalah kau terkira.

Tetaplah engkau ikut agama.

Walau tinggal seorang cuma.


7. Hari raya DI SINI sambutlah dengan meriah tapi janganlah sampai berhabis2an. Sebenar2 hari raya tetaplah di jannah SANA.


8. Selagi engkau belum terkena virus taksub, engkau masih boleh ditolong. Tetapi apabila engkau sudah terkena, hampir2 tiadalah lagi orang lain yang berdaya upaya untuk mengubahnya. Ketaksuban itu menghapuskan kewarasan. Kewarasan pula menghapuskan ketaksuban.


9. Seorang sahabat bertanya, "Kalu orang dok kata (*tuduh, fitnah) kita bela jin camne plak sifu?"

Jawab sahaya (*sekadar gurauan) : "Boh iklan besar2 kat depan rumah : "PAKAR MENANGKAP & MENGINSAFKAN JIN- RM3,450 untuk satu perkhidmatan (1 jin). Hubungi segera."


10. Soalan : Apa matlamat utama Tarekat Ghazaliah ni ustaz?

Jawapan : Matlamat utamanya (walaupun bukan matlamat terjauh, tertnggi, terhujung) adalah untuk membawa diri dan diri2 mencapai awwal ad-diin.

(*Matlamat terjauhnya pula adalah untuk membawa diri dan diri2 mencapai kamal ad-diin)




10 Tulisan Pendek

1. Kadang2 keselesaan boleh menjadi dadah kepada diri dan senjata ampuh kepada musuh.


2. Sedapkan dan tenteramkan hati itu memang bagus tetapi janganlah hendaknya sampai mengabaikan usaha dan ikhtiar, atau sampai melemahkan usaha dan ikhtiar. Dikhuatiri tanpa sedar kita sudah pun terlorong ke jalannya jabbariyah yang sangat berbahaya itu, atau kurang2 pun kita akan jadi pemalas dalam ummah. Moga dijauhkan.


3. Pada akhir zaman khususnya zaman akhir nanti, para pemimpin, agamawan dan wirawan tersaring besar2an. Yang tinggal hanya sedikit lagi asing.


4. Orang yang ada arif dengan cepat akan maklum yang seseorang itu sedang bicara wilayah hakikat ke atau wilayah syariat ke.


5. Banyak yang berangan2 nak duduk pada maqam wali tapi hidupnya sehari2 banyak rehat2 level biasa2. Angan tinggi tapi usaha lemah sekali.


6. Apabila Mr. D menjajah, ia menjajah dalam segenap aspek kehidupan dan keagamaan. Ada manusia yang sedar dijajah dan ada yang tidak.


7. Yang tahu tasawuf itu ramai tetapi yang mempelajarinya itu kurang.
Yang belajar itu kurang tetapi yang mengamal itu lagi kurang.
Yang mengamal sudah kurang tetapi yang istiqamah lagilah kurang.
Semoga kita dipilih oleh Allah untuk istiqamah atas jalan sufi sehinggalah ke akhirnya.


8. Orang2 yang mudah terpesona dengan yang pelik2 dan yang aneh2 biasanya akan terkena juga fitnah alam ghaib tanpa disedari. Juga mudah terkena scam di alam zahir ini. Yang tak mudah, biasanya susah kena.


9. Dengan izin Allah, sebenarnya banyak perkara buruk yang tidak kita ingini itu boleh kita elakkan daripada berlaku atau kurangkan buruknya jika ia berlaku sekalipun. Masalahnya - kita mudah terikut pemahaman tentang tawakal, usaha, ikhtiar dan husnu zon yang salah.


10. Kawan minta ulasan secara bergurau, kita pun jawab cara balas gurauan jugaklah.

"Kalau ustaz tak mau ulas, mulut ustat saya pulas." 🙂

"Hehe. Baiklah. Sebenarnya (isu yang sedang viral) itu baru ujian awal kepada semangat Mat Kilau yang sedang berdegar2 di seantero negeri sekarang... betul2 ke semangat sampai turun ke gelanggang atau pun sekadar semangat di pintu panggung wayang."

"Alamak! Sekali ustaz main kasar daa!"

"Jangan marah aaa..."

"Tak marah aih, cek suka!"