1.
Qalbumu memang tidak akan tenang selagi engkau :
a.
masih ada perasaan tidak suka dan iri hati apabila orang lain
dikurniakan-Nya kelebihan
b.
masih ada perasaan suka hati dan puas hati (padan muka) apabila
orang lain ditimpa kesulitan
Dengan
tasawuf, insya-Allah qalbumu akan selalu sejahtera kerana :
a.
engkau turut bersukacita dan meraikan apabila orang lain
dikurniakan-Nya kelebihan
b.
engkau turut bersimpati dan mendoakan apabila orang lain ditimpa
kesusahan.
...wahai
diriku sendiri.
2.
Orang2 yang teraniaya tetapi
mereka teguh bersabar DAN berusaha berikhtiar, mereka akan mendapat
kejayaan yang jika tidak di dunia pun, di akhirat sudah pasti. Dan
selalu juga Allah kurniakan kemenangan buat mereka pada kedua2nya
sekali iaitu di dunia dan di akhirat.
3.
Para nabi dan
para wali memilih
"kebenaran"
yang berisiko berbanding "kebebasan"
yang diselubungi "perhambaan".
4.
Aku, engkau, kalian, dia, mereka, kami, kita - 0 hebat. Hakikatnya -
Allah sahaja yang ada hebat
5.
Kadang2 pendakwah bukan tidak kasih, tetapi tidak sempat. Bukan tidak
mahu selalu dekat tetapi tidak berpeluang. Kerja2 pada jalan-Nya
lebih banyak daripada masa yang ada.
6.
Lurus dan cantikkan aqal dengan 'aqidah (al-iman), anggota dengan
fiqh (al-islam), qalbu dan ruh dengan tasawuf (al-ihsan), dan
"perjalanan" dengan as-sa'ah. 4 tungku ad-ddin (dalam
hadith Jibril) bercerai tiada.
-
halaqah usrah 16/6/22
7.
Beradalah di jalan yang jelas terang, nescaya tidaklah kita berjalan
di jalan yang gelap, samar-samar, dan hanya mengikut-ikut.
8.
Lagi dapatan tour Ghazaliyah setakat
Siri ke-4 : Memang ramai lagi anggota masyarakat kita yang belum tahu
bahawa lafaz zikir harian yang 1000x sehari yang selalu berlegar2 di
media2 sosial, dinding2 surau, RnR, pejabat2 dan rumah2 itu ialah
amalan Tarekat Ghazaliyah. Ramai yang
sudah sedia mengamalkannya sejak sekian lama sebelum datang bertemu
dengan kita lagi. Sudah amalkan Ghazaliyah pun tanpa disedari.
Tahniah, dan teruskan.
10/6/22
9.
Sekiranya sudah taksub, kita sudah benar berbelas kali berturut2 pun,
sementara2 mereka ternyata tidak benar berbelas kali berturut2 pun,
mereka tetap dengan pendirian mereka juga. Mereka bukan lagi mencari
kebenaran apatah lagi untuk memperjuangkannya. Yang mereka
perjuangkan hanyalah : "Mustahil aku/kami tersalah."
Namun
kadang2 sebenarnya segelintir daripada mereka sudah ada pendirian
kedua yang menuju kepada persamaan dengan pendirian kita, tetapi
tidaklah mereka tunjukkan kerana ego dan malu yang tidak kena dengan
tempatnya.
10.
Mahu maklumat yang banyak n berkualiti kenalah berkorban gigih
mencari. Ia tak sama dgn maklumat yang hanya dinanti dan diberi.