Dari
tahun ke tahun, ada sahaja anak2 murid yang berjaya menjadi guru.
Dan
apabila
mereka minta sepatah dua kata nasihat,
antara
yang sahaya kongsikan...sama sahaja...
Lihat
anak2 murid nanti, tak kira bangsa, agama dan jantina, lebih dahulu
dan sentiasalah fikirkan ...
Apalah
nasib hidup aku dan mereka dalam hidup yang selama2nya di akhirat
sana?
Apa
yang aku boleh buat untuk diriku dan mereka agar berjaya di sana?
Dari
situ insya-Allah akan ada TINDAKAN
yang muncul dari dalam diri kita.
Kemudian,
fikirkan juga...
Apalah
nasib hidup aku dan mereka dalam kehidupan yang sementara lagi sangat
sekejap di dunia ini?
Apa
yang aku boleh buat untuk diriku dan diri mereka untuk berjaya di
sini?
Maka
praktikkan sahajalah ilmu2 yang sudah dipelajari dalam proses untuk
menjadi guru selama ini.
Kita
dan mereka mungkin hidup di dunia ini sekadar 70-80 tahun,
maka
usahakanlah perbekalan yang sepadan dengannya.
Tapi...kita
dan mereka akan hidup di akhirat sana selama-lamanya,
maka
usahakanlah perbekalan yang sepadan dengan tempoh tersebut
...
iaitu untuk selama-lamanya.
Senang
di sini, senang yang sementara.
Susah
dan sakit di sini pun, susah dan sakit yang sebentar cuma.
Senang
di sana, senang yang selama-lamanya.
Tapi
susah dan sakit di sana, susah dan sakit yang saaaaaangat lama, atau
selama-lamanya.
Sebenar
guru tak akan sanggup "melihat" diri dan murid2nya susah
dan sakit,
apatah
lagi susah dan skait yang saaangat lama atau selama-lamanya.
Walau
mengajar bahasa, jadikan yang ini keutamaan.
Walau
mengajar sejarah, jadikan yang ini keutamaan.
Walau
mengajar seni, jadikan yang ini keutamaan.
Walau
mengajar pendidikan jasmani, jadikan yang ini keutamaan.
Walau
mengajar mata pelajaran apa pun, jadikan yang ini keutamaan.
Sama
sahaja pesanan sahaya
zaman-berzaman.
8/3/22