Saturday, January 29, 2022

Eloklah Elakkan Terhipnotis atau Dihipnotis

 

Seorang hamba Allah belajar sesuatu ilmu tertentu dan salah satu daripada isi pembelajarannya ialah hamba Allah itu akan dihipnotis. Dia bertanya kepada saya tentang hal itu.


Lain orang, lainlah pandangannya walaupun ada juga yang sama. Umumnya secara peribadi, saya suka jika kita tidak membenarkan atau membiarkan diri kita terhipnotis kerana hal itu bermaksud kita sudah menyediakan pintu yang biasanya pintu2 itu akan mudah dibuka selalu oleh manusia dan jin untuk masuk dan memperalatkan sebahagian daripada minda kita, lalu seterusnya akan mempengaruhi pula perlakuan kita. Sampai satu peringkat, ia berupaya menjadi/dijadikan sehingga satu alam 3D (ala game, ala Metaverse?) bahkan banyak D kepada khayalan kita lalu kita boleh dimanipulasi oleh peribadi atau pihak tertentu daripada kalangan jin dan manusia.


Yang tiada ada akan terpandang ada, yang tidak benar akan terpandang benar, yang tidak berlaku akan terpandang berlaku, yang tidak berkesan akan terpandang mendatangkan kesan, yang tidak elok akan terpandang elok, dan sebagainya. Pihak2 berkepentingan (manusia atau jin) boleh mencapai matlamat2 mereka melalui cara ini. Hipnotis sangat berkesan dalam usaha meminggirkan kewarasan lalu mewujudkan ketaksuban.


Biasanya hipnotis ini (walau apa pun sebutannya) dipraktikkan oleh SEGELINTIR tukang jual ubat, ahli psikiatri, ahli2 bela diri, ahli politik, tabib dan bomoh, jin2 (elf), scammer, pengajar ilmu2 kerohanian, ahli2 psikologi dan motivasi, agen rahsia, dan sebagainya.


Terpulang untuk percaya atau tidak, pada zaman akhir ini, hipnotis bukan berkesan dipraktikkan ke atas individu atau perkumpulan tertentu sahaja. Kemajuan industri media membolehkan hipnotis dipraktikkan terhadap sesebuah negara bahkan ke peringkat sejagat.


Imam al-Ghazali pada zamannya beberapa kali berhadapan dengan permainan sebegini ketika menangani kaum Batiniyyah (Hasyasyin/Asassins), sebahagian ahli falsafah, dan segelintir yang mendakwa membawa aliran keruhanian/sufi/tarekat. Dengan izin Allah, beliau sentiasa berjaya menggagalkan permainan mereka.


Kemuncaknya - apabila "nerakanya" itu terpandang sebagai "syurga", dan "syurga" itu terpandang sebagai "nerakanya". Mr. D itu sangat arif/pakar dalam hipnotis individu dan global.


"Wicked is good" (Maze Runner)?. Entahlah berkait atau tidak. Tapi yang berfikiran seperti Thomas itulah yang berpotensi menjadi "penyelamat yang mendapat petunjuk" bagi orang ramai.


Kesimpulannya, secara peribadi - jangan biasakan dirimu terhipnotis. Wallahua'lam.


26/1/22

Kefakiran Mendekati Kekufuran Menurut Tasawuf

 

Ada kalimah yang isinya mengatakan bahawa , "Kefakiran mendekati kekufuran." Syarahan kepada kata-kata ini sudah banyaklah dibuat orang dari semasa ke semasa. Dan dalam tarbiah tasawuf, kefakiran dalam kata-kata itu dihuraikan bukan dari sudut harta benda sahaja, tetapi juga dari sudut miskin jiwa (qalbu).


Ada orang-orang yang fakir harta benda tetapi kaya jiwa raganya. Orang-orang sebegini biasanya terjauh daripada kekufuran.


Sabda Rasulullah s.a.w , "Kaya itu bukanlah kerana banyaknya harta, tetapi kaya itu adalah kaya jiwa." (Bukhari, Muslim)


Sebaliknya ada pula orang-orang yang tidak fakir dari segi harta benda bahkan ramai yang kaya-raya, tetapi mereka fakir dari segi jiwa raga. Orang-orang yang miskin jiwa raga inilah yang berisiko menuju kekufuran.


Orang-orang yang kaya jiwa, biasanya mereka sangat sukar untuk dipancing diumpan dengan keduniaan, walaupun mereka miskin harta benda.


Orang-orang yang miskin jiwa pula, biasanya mereka mudah dipancing diumpan dengan keduniaan, walaupun mereka kaya harta benda. Apatah lagi orang-orang miskin jiwa yang tidak kaya pula harta benda.


27/1/22