Saturday, February 6, 2021

Karya2 Nusantara Berkaitan Tarekat Ghazaliyah

 

Jika kita perhatikan, lebih kurang 120 tahun selepas Syeikh Abdus Samad al-Falimbani menyiapkan karya-karya yang berkaitan dengan Tarekat Ghazaliyah, Syeikh Muhammad bin Abdullah pula menyiapkan karya-karyanya yang berkaitan dengan Tarekat Ghazaliyah. Lebih kurang 120 tahun selepas itu, Abu Zulfiqar  pula menyiapkan karya-karyanya yang berkaitan dengan Tarekat Ghazaliyah. Pendek kata, pada setiap kurun ke-13, ke-14 dan ke-15 Hijriyah, ada buah tangan daripada para pembawa Tarekat Ghazaliyah untuk orang-orang khususnya di Nusantara ini. Semoga berlanjutanlah hendaknya sehingga ke akhir usia dunia.


Untuk kurun ke-13 Hijriyah, isi kandungan karya-karya Syeikh Abdus Samad itu kelihatan lebih umum. Untuk kurun ke-14, isi kandungan karya Syeikh Muhammad sudah mulai khusus. Untuk kurun ke-15 ini pula, isi kandungannya karya Abu Zulfiqar adalah lebih khusus lagi. Sekiranya masih panjang lagi usia dunia ini, mungkinlah sekitar kurun ke-16 nanti akan keluar karya-karya tentang Tarekat Ghazaliyah ini daripada para pembawanya yang isi kandungannya sangat terperinci dan sangat ilmiah. Umumnya, setiap sesuatu itu bersesuaian dengan keadaan dan zamannya. Wallahua'lam.

 

Lanjutannya,,, insya-Allah dalam buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 3 (Pencerahan) yang bakal keluar.

Buku Tarekat Ghazaliyah ke-3 Lebih Tebal

 

Siri pertama buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 1 (Pengenalan) setebal 120 muka surat (tidak termasuk kulit) dan berharga RM35 (termasuk pengurusan pos).


Siri kedua (Lanjutan) pula setebal 148 muka surat (tidak termasuk kulit, bertambah 23% jumlah muka surat) dan masih juga berharga RM35 (termasuk pengurusan pos).


Untuk siri ketiga (Pencerahan), dijangka mungkin mencapai 250 muka surat (pertambahan 108% berbanding buku 1). Maka kos akan meningkat dan harganya nanti mungkin jadi lebih daripada RM40. Setelah berbincang dengan team Khazanah, jumlah muka surat perlu dikurangkan tetapi tanpa mengurangkan isi kandungannya. Caranya adalah dengan mengubah saiz tulisan sebahagian daripada isi kandungan buku tersebut.


Buku 1 dan 2 menggunakan saiz 12. Buku 3 nanti, sebahagiannya akan bersaiz 12 dan sebahagian lagi bersaiz 11 sahaja. Dengan cara ini, mungkin ketebalan buku tersebut tidak sampai 200 muka surat. Jadi harganya mungkin sekitar RM37-38 sahaja harap-harapnya.


Biar kurang ketebalan asal jangan kurang isinya.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

6 Februari 2021