Wednesday, November 6, 2019

Belajar2 Lapangkan Hati dalam Tarekat Ghazaliyah


Belajar2 lapangkan hati (1)
Ikhwan Tariqah Ghazaliyyah memang tidak mengajak orang lain untuk mengambil tariqah ini. Tidak menjadi matlamat tariqah ini untuk meramaikan pengikut. Sesiapa yang dengan sendirinya berminat untuk mengambil tariqah ini, itu adalah kerana kemahuannya sendiri. Kita tidak mahu orang mengambil tariqah ini kerana dipaksa, terpaksa, berasa terpaksa, kerana segan silu dan sebagainya tetapi mestilah kerana keikhlasannya sendiri untuk berTariqah Ghazaliyyah ini.

Belajar2 lapangkan hati (2)
Kesemua pelajaran, pengajaran dan pembelajaran Tariqah Ghazaliyyah ini adalah percuma. Tidak ada sebarang bayaran, upah, pengeras, derma, atau apa sahaja yang seumpamanya.

Belajar2 lapangkan hati (3)
Tariqah Ghazaliyyah tidak mengikat murid/pengamal. Mana-mana pengamal tariqah lain (termasuk yang tidak bertariqah) boleh sahaja mempelajari dan mengamalkan Tariqah Ghazaliyyah. Para pengamal Tariqah Ghazaliyyah sendiri bebas untuk belajar tariqah2 lain.

Pandang ke Mana Pun "Nampak" Tuhan


Persoalan :  Tentang kata-kata orang bahawa “Kita pandang ke mana pun kita “nampak” Tuhan.”

Penjelasan : Ya, ini pelajaran dan pengamalan dalam hal hakikat. Kita “melihat” semuanya (daripada) Allah.

Orang di peringkat ini akan “terpandang” sifat dan af’al Allah di mana-mana pun pandangan mata kepala atau pandangan mata hatinya (mata qalbu) mengarah.

Kebanyakan orang Islam tidak sampai ke peringkat ini. Dan jika mahu dibawa ke peringkat ini, mestilah dengan jalan berhikmah lagi lemah-lembut, lambat-lambat dan tertib. Peringkat ini tidak boleh dikejan-kejan atau digesa-gesa kepada orang awwam untuk menguasainya. Dikhuatiri yang terburu-buru itu biasanya akan tersimpang dan apabila sudah tersimpang, untuk mengubati ad-diinnya kembali itu sangat sukar. Kena sangat berhati-hati kerana selalunya ketika tersimpang itu, kita tidak menyedarinya pun.

Oktober 2019