Saturday, March 30, 2019

ITG 3 Ada Rakaman?


Soalan : Ada ‘live’ tak?
Jawapannya : Tak ada, tapi ucaptama akan dirakam dan akan diupload ke internet kemudian.

Soalan : Slot pengisian?
Jawapannya : Sebagaimana sebelum-sebelum ini, pengisian khusus daripada sahaya (Abu Zulfiqar) memang tidak dirakam (baik audio ataupun video). Tidak selesa dirakam dan sekiranya dirakam, kualiti pengisian akan jadi berkurangan.

Tetapi bagi pengisian oleh para mu’allim  Tariqah Ghazaliyyah yang lain, hal itu terpulang kepada mereka. Jika mereka bersedia untuk ‘live’, kita cuba ‘live’kan. Jika mereka bersedia untuk rakaman sahaja, kita cuba rakam. Jika mereka tidak mahu ‘live’ atau rakaman, kita hormati kehendak mereka.

Ijazah dan Baiah Tariqah Ghazaliyyah Dihentikan Sehingga Ijtimak 2020


Dengan tamatnya Ijtima’ Tahunan Tariqah Ghazaliyyah kali ke-3 petang Sabtu nanti, maka pengijazahan dan bai’ah Tariqah Ghazaliyyah secara rasmi akan dihentikan/ditutup buat sementara dan akan dibuka semula pada ijtima’ tahun hadapan (kecuali jika ada majlis tertentu yang tidak dijangkakan, kerana pertemuan Tariqah Ghazaliyyah hanya setahun sekali sahaja). 

Hal ini bersesuaian dengan aturan Tariqah Ghazaliyyah yang tidak bermatlamat untuk membanyakkan ahli dan memperbesarkan jumlah pengikut. Ilmu-ilmu tariqah ini akan terus dipanjangkan secara umum kepada seluruh umat, sebagaimana sebelum-sebelum ini terutamanya melalui majlis-majlis pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.