Monday, May 12, 2014

Tazkirah Facebook 51 (Disember 5, 2012)


Atas kasih sayangNya, Allah menganugerahkan musim cuti sekolah kepada kita. Itulah masanya untuk guru-guru dan murid-murid menambah ilmu-ilmu dan amal-amal agama.  

Allah sedia tahu bahawa guru-guru dan murid-murid sangat sibuk sepanjang tahun pada hari-hari persekolahan, maka Dia memberi kelapangan kepada kita, agar kita punya ruang secukupnya untuk mendalami ilmu-ilmu agama dan mengamalkannya.

Tidak ada alasan lagi untuk kita berikan kepada Allah SWT pada hari akhirat nanti, kononnya kita yang guru atau pelajar tidak punya ilmu agama yang utuh kerana kononnya kita tidak punya masa untuk mendalaminya. Nampak sangat bohongnya : )

Drama dan Mesej Zina



Masih sama jugak.... umumnya filem2-filem drama Melayu bersiri  yang saya terperasanlah (sebab saya jarang sangat tengok tv)... mesti disulami pengajaran tersirat bahawa : "Zina itu tidak apa-apa". Orang yang terlibat dengan zina akhirnya akan jadi pemenang dalam drama tu dan hidup bahagia, malah berada di pihak yang benar. Inilah yang mahu ditanamkan dalam minda anak-anak kita.

 Sebab itu saya memang sudah lama tak benarkan keluarga tonton drama bersiri. Fikiran kita terikat dengan siri-sirinya untuk terus difikirkan dan ditonton. Kita akan terus terfikir apa yang akan berlaku seterusnya dan kalau kita tahupun, kita akan terdorong untuk menyaksikannya kerana menyaksikan itu satu kenikmatan. Saya belum pernah jumpa orang yang mengikuti drama bersiri tetapi fikirannya tidak terikat dengan siri-siri drama itu.

Kita renungkanlah bagaimana cara musuh-musuh Tuhan berperanan. Betapa liciknya kaedah mereka tetapi sebenarnya mudah untuk di atasi oleh orang-orang yang berjawa mengawal nafsunya.

Apabila kita kalah dengan nafsu, maka kita akan melayannya.

Abu Zulfiqar
5 Mei 2014