Masih sama jugak.... umumnya filem2-filem drama Melayu
bersiri yang saya terperasanlah (sebab
saya jarang sangat tengok tv)... mesti disulami pengajaran tersirat bahawa :
"Zina itu tidak apa-apa". Orang yang terlibat dengan zina akhirnya
akan jadi pemenang dalam drama tu dan hidup bahagia, malah berada di pihak yang
benar. Inilah yang mahu ditanamkan dalam minda anak-anak kita.
Sebab itu saya memang
sudah lama tak benarkan keluarga tonton drama bersiri. Fikiran kita terikat
dengan siri-sirinya untuk terus difikirkan dan ditonton. Kita akan terus
terfikir apa yang akan berlaku seterusnya dan kalau kita tahupun, kita akan
terdorong untuk menyaksikannya kerana menyaksikan itu satu kenikmatan. Saya
belum pernah jumpa orang yang mengikuti drama bersiri tetapi fikirannya tidak
terikat dengan siri-siri drama itu.
Kita renungkanlah bagaimana cara musuh-musuh Tuhan
berperanan. Betapa liciknya kaedah mereka tetapi sebenarnya mudah untuk di
atasi oleh orang-orang yang berjawa mengawal nafsunya.
Apabila kita kalah dengan nafsu, maka kita akan
melayannya.
Abu Zulfiqar
5 Mei 2014
No comments:
Post a Comment