Wednesday, October 23, 2024

Sambungan Tentang Sihir dan Gambar

 

...sambung kisah gambar dan sihir...


Saya pernah merawat seorang remaja (wanita) yang mengalami gangguan (macam2 jadi dan panjang ceritanya, maka kita pendekkan), padahal sebelumnya dia sihat wal ‘afiat. “Gangguan” ada pelbagai punca tapi untuk kes yang ini kuat hati saya mengatakan ia berkait dengan gambar2. Saya maklumkan kepada ibu bapanya, selepas saya usaha ruqyah dan pulihkan nanti, mereka kena usahakan agar semua gambar anak mereka itu yang jelas rupanya di medsos dipadam, sama ada yang si anak itu sendiri upload ataupun pihak2 lain yang upload. Jika tidak, kemungkinan besar masalahnya akan berulang2 walau dirawat berulang2 kali. Dengan izin Allah, setakat yang dimaklumkan kepada saya (pada 2022), si anak kembali sihat. Tak ada lagi gangguan2.


Ada satu kes lagi yang melibatkan sepasang suami isteri. Kedua2nya datang sekali. Dikatakan si suami semakin tawar hati dengan si isteri hinggakan rumahtangga mereka di ambang perpisahan. Pada awalnya mereka menyangkakan si suami itu sudah terkena sesuatu sehinggakan berlaku perubahan sikapnya. Saya pun cubalah kaedah2 rawatan Islami ke atas si suami, tapi yang peliknya si isteri pula jadi lain macam. Kita pendekkan cerita lagi, ternyata si isteri itulah sebenarnya yang sudah terkena sesuatu. Untuk kes yang ini pun, kuat hati saya mengatakan berkait dengan gambar2 di medsos juga, bukannya isu saka, jin liar, “kelintasan”, “terpijak” dll. Sebab itulah sikap si isteri jadi lain macam. Yang si suami pula mendiamkan sahaja hal itu untuk menjaga hati si isteri. Saya pun berpesan perkara yang sama. Selepas saya cuba bacakan dan doakan, balik nanti terus cuba usaha padamkan gambar2 yang jelas rupa muka tubuh di medsos, sama ada yang mereka sendiri upload atau pihak2 lain upload, setakat mana kemampuan. Kalau tidak, kemungkinan besar akan berulang lagi. Alhamdulillah, selepas itu rumahtangga mereka (pada 2022) itu kembali bahagia.


Berbeza dengan satu kes lagi pada awal 2010-an dulu. Ada seorang perempuan remaja selalu bermimpi didatangi lelaki yang tidak dikenalinya. Kadang2 dia ternampak bayangan melintas. Dia juga sering “memberontak” dan bergaduh dengan ibu bapanya. Padahal sebelum itu kelakuannya bukanlah sedemikian. Sudah merata tempat mereka pergi berubat tapi tidak juga sembuh2. Kita pendekkan cerita juga. Gadis ini atlet olahraga dan aktif bersukan. Dia selalu mendapat tempat dalam pertandingan2. Banyaklah gambar2 di medsos termasuklah yang tidak menutup aurat dengan sempurna terutamanya di laman kolejnya. Dia sendiri tidaklah aktif upload gambar ke medsos, tapi pihak kolej yang banyak berbuat demikian. Mungkinlah ada orang yang suka kepadanya atau yang dengki kepadanya atau yang tidak suka kepada keluarganya. Wallahua’lam. Saya menasihatkan agar gambar2nya yang jelas menampakkan dirinya di medsos segera dipadam. Tak kisahlah sama ada orang lain sudah save gambar itu atau tidak. Malangnya mereka tidak buat, atau mungkin mahu buat tetapi tidak dapat dibuat atas kekangan2 tertentu. Sehingga tiga empat tahun selepas itu pun khabarnya mereka masih berubat ke sana sini sebelum hilang dari radar. Entahlah apa nasib si gadis. Semoga beroleh kesembuhanlah hendaknya.


Kesimpulannya, berhati2lah dengan ‘ain, syaitan dan sihir.


17/10/24

No comments: