Saturday, April 27, 2024

Rawat Keracunan Berdasarkan Jenis Racunnya

 

Pengalaman memerhatikan cara orang tua dulu2... untuk merawat orang2 yang terkena sengatan, gigitan atau patukan haiwan berbisa/ beracun, mereka tidak akan terus beri rawatan atau ubat2an begitu sahaja kerana sekiranya tidak sesuai, hal itu tidak membantu atau silap2 boleh jadi lebih mudarat. Sebab itulah walaupun dalam keadaan kelam-kabut itu (sekiranya ada kesukaran untuk menghantar mangsa ke hospital), orang tua2 akan tanya soalan2 tertentu terlebih dahulu seperti :


1. Haiwan jenis apa? Contohnya ular, tebuan, katak, semut, monyet dan sebagainya. Dari situ tabib boleh mengagak jenis racunnya dan kekuatannya secara umum.

2. Secara khususnya pula haiwan itu jenis apa? Jika ular, contohnya tedung, kapak, katam tebu, laut, atau yang lain-lain. Dari sini tabib boleh mengagak jenis racunnya dan kekuatannya secara lebih khusus. Juga kaedah dan bahan2 rawatannya.

3. Sudah berapa lama kena?

4. Badan rasa macam mana? Ada mana2 bahagian yang terkesan? Bagaimana rupanya?

5. Berapa banyak atau berapa kali kena? Contohnya - anjing gigit berapa kali dan bahagian2 tubuh mana yang kena? Agak2 berapa ekor tebuan? 2-3 ekor? Puluh2 ekor? Ratus ekor?

6. Apa kaedah atau bahan yang sudah digunakan (sekiranya ada) sebelum ini? Sudah minum air? Sudah baca ayat2 tertentu? Ada orang lain beri makan penawar tertentu?

7. Mangsa ada penyakit2 sedia ada tak?


Semua maklumat ini memang sangat membantu tabib untuk menilai sekuat mana racun yang sudah masuk ke dalam badan, sebesar mana risiko mudaratnya, secepat mana perlu diberi rawatan, sejauhmana peluang untuk pulih atau selamat, apa kaedah dan bahan yang sesuai, dan sebagainya.


Antara masalah yang timbul, kadang2 kita tanya jenis apa tetapi mangsa atau keluarganya macam tak mahu beritahu dan ada yang menganggapnya tidak penting. Mungkinlah bagi mereka, jika terkena racun ular, maka tabib baca sahajalah ayat2 penawar racun ular dan beri sahajalah bahan2 penawar racun ular. Padahal umumnya lain ular maka lainlah bacaan, kaedah dan bahan rawatannya. Rasanya tidaklah susah pun untuk beritahu racun jenis apa yang sudah masuk ke dalam tubuh. Jenis A ke, B ke, C ke atau sebagainya. Tapi... begitulah. Orang2 yang punya pengalaman merawat lebih faham kerana ada pengalaman masing2.


Ada masalah lain juga. Contohnya keluarga bawa anak kecil yang badan panas dan sudah jadi kebiru2an. Tabib beritahu bahawa budak itu bukannya kena demam tapi ada terkena racun haiwan2 tertentu. Mungkin terjadi ketika anak kecil itu sedang tidur dan kesan gigitannya sukar hendak diperasan oleh mata kasar. Tapi keluarga si budak tetap yakin si budak sedang demam dan mahu tabib merawat dengan kaedah dan bahan rawatan demam juga. Tabib dah beritahu hal itu disebakan racun, tetapi keluarga tidak mahu percaya. Memang susah.


24/4/24

No comments: