Malam ini teringat pula akan malam2 Ramadhan di Surau Kampung Potong Pinang sekitar penghujung tahun 70-an sampilah awal 90-an. Sejak dari surau kayu dua tingkat sampailah digantikan dengan surau batu. Rumah sahaya betul2 di sebelah surau. Selalu sangat dengar suara Cikgu Dahlan mengimamkan solat terawih dan Pak Mat sebagai bilalnya. Oleh kerana terbiasa, dengan sendirinya sampai sekarang sahaya dapat mengingat lenggok bacaan surah Al-Fatihah oleh Cikgu Dahlan dan lenggok selawat antara rakaat terawih oleh Pak Mat. Jika sahaya mengimamkan solat, salah satu lagu atau lenggok Al-Fatihah itu sebenarnya mengikut bacaan Cikgu Dahlan. Jika sahaya memimpin selawat antara terawih, lagu atau lenggoknya adalah mengikut gaya lagu Pak Mat. Tapi laungan azan Pak Mat tak dapatlah sahaya ikut kerana suaranya tinggi lagi sedap. Sekurang2nya masih ada sedikit daripada Cikgu Dahlan dan Pak Mat dalam diri sahaya sebagai kenangan.
Terasa sangat indahnya lagi sayunya zaman kanak2. Seakan2 hendak kembali sebentar untuk menikmati suasana tersebut walaupun sekadar seketika. Mungkin hanya dalam mimpi.... dalam mimpi...
24 3 24
No comments:
Post a Comment