Pertanyaan oleh seorang hamba Allah : Sejak bilakah Tarekat Ghazaliyah sampai ke Alam Melayu?
Jawapan : Alam Melayu zaman dahulu itu luas ruang lingkupnya. Ia boleh dikatakan melebar sehingga ke Sri Lanka (dan mungkin juga Madagascar dan Afrika Selatan), sedikit Australia, Kepulauan Solomon (dan mungkin juga mencecah kepulauan Fiji, Tonga dan Samoa), Filipina, Indochina, Taiwan dan Selatan Jepun. Dalam menjawab persoalan ini, kita kecilkan skopnya sekadar meliputi wilayah Siam, Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan sekitarnya sahaja.
Setakat maklumat yang ada pada kami, Tarekat Ghazaliyah ini tiba ke Alam Melayu dalam dua fasa :
i) fasa sebelum tariqah ini dizahirkan, dan
ii) fasa selepas tariqah ini dizahirkan (oleh Sayyid Ahmad ad-Dayurbi pada 1800-an).
Pada fasa pertama, ia dibawa oleh Syeikh Abdus Samad al-Falimbani (1704-1832) atau mungkin juga ada murid-muridnya yang lebih dahulu pulang ke Alam Melayu ketika beliau masih di Tanah Arab. Katakanlah sekitar 1770-an. Pada fasa kedua pula, ia dibawa oleh Syeikh Muhammad bin Abdullah (1843-1924). Katakanlah sekitar tahun 1880-an. Begitulah lebih kurang ceritanya.
*Maksud “dizahirkan” itu ialah pengajian khususnya mula disampaikan kepada orang ramai secara terbuka atau besar-besaran. Sebelum dizahirkan, pengajian khusus Tarekat Ghazaliyah ini banyak berlegar dalam kalangan raja-raja, para pembesar, pimpinan2 tentera dan ulama2 sahaja dalam terutamanya bagi Kerajaan Seljuk, Kerajan Zangki, Kerajaan Ayyubiyah dan kerajaan Muwahhiddun serta penerus2 mereka. Ketika itu pengajian khusus untuk orang ramai sangat jarang berlaku. Setelah mendapat isyarat sebagaimana yang diwariskan turun-temurun daripada Imam al-Ghazali, pada zaman Sayyid Ahmad ad-Dayurbilah baru dizahirkan tariqah ini kepada umum, bersesuaian dengan menjelangnya zaman akhir (dan tibanya as-sa’ah).
*Pada zaman dahulu, biasa sahaja bagi sebahagian ulama itu mempunyai lebih daripada satu tarekat, atau beberapa tarekat sekaligus, bahkan ada yang sampai lebih daripada 10.
9/11/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
***Dalam
Ijtimak Tarekat Ghazaliyah ke-4 yang diadakan baru2 ini, terdapat
pelbagai persoalan yang diajukan dari pagi sampailah ke lepas tengah
malam. Kita akan cuba kongsikan sebahagiannya nanti secara bertulis
di sini.
Antara muslimat Tariqah Ghazaliyah
No comments:
Post a Comment