Menggunakan logik (aqal) memang perlu
tetapi dalam hal ehwal agama khususnya keRUHanian,
logik (aqal) ada had-hadnya
sebagaimana panduan guru2.
Orang2 yang banyak tersangkut dan terkongkong
dengan logik (aqal)
memang tak akan dapat pergi jauh "berbatu-batu"
dalam keRUHanian (TST - Tasawuf, Sufi, Tariqah)
kerana ia wilayah qalbu (hati).
Logik (aqal) tidak dapat "terbang" ke sana
kerana ada "langit pembatas" yang tak "terbuka pintu".
"Terbuang angin"nya melalui "jalan belakang"
tetapi untuk memperbaharui wuduk
yang dibasuh ialah muka, tangan, kepala dan kaki.
"Jalan belakang" tidak pula disentuh sekali.
Jika dicari jawapan melalui jalan logik (aqal)
ringkas kata memang takkan ditemui.
Jika bab itu sahaja sudah tersangkut,
apatah lagi dalam dunia keRUHanian yang melaut.
Jika bab itu sahaja sudah tersempit,
apatah lagi wilayah qalbu yang luas tinggi melangit,
Yang paling penting -
mesti sanggup dan berani berkorban
untuk berguru dengan guru yang ahli,
belajar, amalkan apa yang dipelajari,
istiqamah ilmu dan amal2nya,
hayati dan jelmakan dalam hayat itu.
Jangan suka2 dijangkau sendiri2
kerana ada Iblis dan syaitan menanti sebagai guru.
Mereka jarang hadir sebagai guru yang berupa dan berhadap
kerana helah mereka akan mudah ketahuan,
tetapi dengan cara "menyuntik" ke minda melalui sebalik hijab
agar tidak sedari bahawa merekalah penunjuk jalan.
Mereka "bertakhta" dalam fikir dan rasa
pada tuan punya badan.
Memang kita sukar untuk terperasan.
2/5/23
No comments:
Post a Comment