Sunday, August 29, 2021

Pengisian Pengajian Zaman Akhir

 

Mengapa "mereka" boleh juga berjaya?

 

Kerana mereka mewujudkan segala yang palsu2 itu termasuklah kekhalifahan palsu menggunakan orang2 Islam sendiri, termasuklah yan dipandang sebagai orang2 agama. Jadi, akan ramai juga orang yang terpengaruh.

 

Mereka tahu, jika dibuat kekhalifahan palsu menggunakan orang2 Kristian, Yahudi, Hindu, Bahai, ateis, Drize, Zoroaster dan lain-lain, umat Islam tak akan ikut punya. Sebab itulah, ada juga kejayaan mereka dalam hal ini.

 

Dan... kaedah mereka cuba mewujudkan hal itu bukanlah secara langsung sahaja, malah secara tidak langsung juga, yang kita tidak terperasan.

 

- Video pengajian zaman akhir



Beginilah umumnya manusia, nak cuna lari ke sana ke sini.

 

Dulu, nak lari ke bawah tanah, macam2 projek, terowong, kubu... mereka buat. Tapi macam tak yakin juga.

 

Mereka buat bangunan2 tinggi dan kompleks2nya... akhirnya macam tak yakin juga.

 

Buat pula bandar2 hebat di kawasan2 tanah tinggi. Akhirnya... macam rasa tak cukup selamat juga.

 

Sekarang nak cuba lari ke angkasa lepas pula. Dok rancang dan mula mencari2 tapak, sam ada tempat yang terapung mahupun yang "berpijak".

 

Lepas tu? Nak cuba lari ke mana lagi tak tahulah.

 

- Video pengajian zaman akhir



ILMU ALAM

1. Tentang sebelum adanya alam, menuju adanya alam, dan awal adanya alam.

2. Tentang penciptaan langit, bumi dan sekitarnya.

3. Tentang penghuni2 alam.

4. Tentang ilmu falak.

5. Tentang alam-alam yang ada.

6. Tentang alam dunia dan selepas alam dunia.

7. Tentang kisah hidup manusia.

 

- Video pengajian zaman akhir




Bagaimana cara "mereka" buat ramalan?

 

Macam2 kaedah, selagi boleh. Antaranya :

1. Mereka rancang sendiri dan menjayakannya. Lalu mereka gambarkan sebagai ramalan mereka adalah benar.

2. Mereka menggunakan petunjuk2 daripada manuskrip2 kuno dan kitab2 agama.

3. Mereka sendiri punya kitab ramalan zaman-berzaman (yang diwariskan berketurunan).

4. Mereka terus berhubungan dengan jin2 walaupun mereka tahu banyak berlaku penipuan dan penambahan.

5. Mereka mencuri maklumat2 dengan pelbagai cara (sentiasa).

 

- Video Pengajian Zaman Akhir



"Kemarau (yang berlaku ketika itu nanti) bukanlah kerana tidak turunnya hujan, tetapi kemarau sebenar ialah kita dihujani dan dihujani namun bumi tidak menumbuhkan apa-apa pun." (Muslim)

 

"Tidak akan tiba hari itu sehinggalah manusia dihujani dengan hujan yang meliputi tempat2, namun bumi tidak menumbuhkan apa-apa pun." (Ahmad, dan Al-Hakim dengan lafaz yang lain)

 

- Video Pengajian Zaman Akhir



Pengisian Halaqah Usrah 27/8/21

 

ANTARA SEMBANG2 HALAQAH USRAH 27/8/2021


A : Dalam diri kita (manusia) sudah ditanamkan awal2 tiga sifat makhluk2 yang dijadikan sebelum kita iaitu sifat kemalaikatan, sifat kehaiwanan, dan sifat kesyaitanan. Mana-mana satu yang lebih mendominasi, itulah yang selalu akan terkeluar daripada diri kita.

B : Maksud terkeluar tu macam mana?

A : Maksudnya, akan terpapar dalam gerak-geri kita, kata2 kita, dan penulisan kita.

C : Itu kata2 Imam Ghazali kan?

A : Ya. Masa kita syarahkan kitab Ihya' dulu selalu kita sentuh.


- Halaqah usrah 27/8/2021


A : Biarlah kita sedikit tetapi berkualiti, daripada banyak tetapi tidak berkualiti.

C : Tapi, kuantiti pun penting juga kan?

A : Ya. Betul. Jika dapat kedua-duanya iaitu kualiti dan kuantiti sekaligus, lagilah bagus. Cuma tadi kita maksudkan perbandingan antara dua situasi iaitu :
i. tidak ramai tetapi bagus2, atau
ii. ramai tetapi tidak bagus2

C : Ok. Faham. Selalu juga yang sedikit pun boleh mengatasi yang banyak.

D : Dengan izin Allah.

C : Ya, dengan izin Allah.


- Halaqah usrah 27/8/2021


A : Walau orang lain terus menyebarkan kebencian, kecaman, permusuhan, tidak saling meraikan, malah saling mendoakan keburukan, namun para sufi tetap menyebarkan kasih sayang, penerangan, perdamaian, sikap saling meraikan, malah saling mendoakan kesejahteraan. Tidak datang daripada lisan dan tulisan mereka akan cercaan, sindiran, kelucahan, perlian, kecaman, hinaan, atau kebencian.

B : Setiap ahli usrah mesti terus berpegang dan bertahan dengan akhlak yang sebegini, walaupun berat dugaannya. Akan tetap ada pihak2 yang tidak senang melihat sikap kita yang sebegini.

A : Ya. Pintu2 fitnah ada di mana-mana. Berhati2lah. Elaklah selagi mampu.

C : Kita teruslah ajak orang kepada hal2 yang boleh mewujudkan kesatuan. Hal2 yang boleh merenggangkan kesatuan umat, janganlah disentuh.

A : Walaupun antara kita tentunya ada hal2 yang tidak kita semua sepakati 100%, tetapi dalam masa2 ujian besar sebegini, perbezaan hendaklah diketepikan selagi boleh. Hormati dan raikan pandangan orang lain. Maka banyak hal2 besar yang boleh kita usaha untuk tangani bersama.


-Halaqan usrah 27/8/2021


 

 

Antara dugaan dalam dakwah ini contohnya apabila kita menyaksikan ribuan ekor ikan besar melompat ke darat (untuk membunuh diri). Kita tidak akan berkemampuan dan berkesempatan untuk menghalakan kesemuanya ke laut kembali. Tetapi kita usahakanlah juga untuk memulangkan beberapa ekor ikan itu ke laut, sekadar kemampuan dan kesempatan kita.

- Halaqah usrah 27/8/21


Teruslah berpegang dengan Risalah Qudsiyyah Imam al-Ghazali, kerana itulah inti 'aqidah ASWJ. Untuk mendaki dari tauhid 'aqidah (iman, mu'min, tungku kedua hadith Jibril) ke tauhidnya tasawuf sufi (ihsan, muhsin, tungku ketiga hadith Jibril) pun di situlah kuncinya.

Insya-Allah dengan tauhidnya tasawuf inilah antara bekalan utama kita berhadapan dengan si mata satu yang "menjadi" Tuhan kelak (berkaitan tungku keempat hadith Jibril), kerana permainannya dan fitnahnya adalah jauh lebih halus lagi daripada tauhid tungku kedua ('aqidah, usuluddin, kalam).

Teguhkan kesemua tungku ad-ddin dalam hadith Jibril itu.

- Halaqah usrah 27/8/21

Sangat Pentingnya Hadis Jibril

 

Sewaktu kita tidak berguru lebih lanjut tentang fiqh (tungku ad-diin : islam), kita terasa fekah kita ok2 sahaja. Tapi, apabila kita sudah berguru lebih lanjut tentang fekah (kepada yang ahlinya), barulah kita tersedar... banyak yang nak kena perbetul lagi, banyak yang nak kena perkemas lagi.

 

Sewaktu kita tidak berguru lebih lanjut tetang aqidah (tungku ad-diin : iman), kita berasa aqidah kita cantik, ok, tak ada masalah apa-apa. Tetapi, apabila kita sudah menuntut lebih lanjut tentang aqidah (kepada yang ahlinya), barulah kita tersedar... ish, nasib baiklaaah aku belajar. Rupa2nya aku dulu di tepi2 jurang kebinasaan dah rupa2nya! Banyak lagi yang longgar, dan ada yang betul tapi belum tepat!

 

Sewaktu kita tidak berguru lebih lanjut tentang tasawuf sufi (tungku ad-diin : ihsan), kita berasa ok2 je tasawuf/ihsan kita. Tetapi, apabila kita sudah bertalaqqi lebih lanjut tentang tasawuf (kepada yang ahlinya), barulah kita tersedar betapa banyak amal fizikal, amal ruhani, ma'rifah, mahabbah, tauhid tasawuf dll yang buruk, tidka cantik, kurang cantik, tidak cukup cantik dan sebagainya.

 

Sewaktu kita tidak berguru lebih lanjut tentang akhir zaman, zaman akhir, hari kehancuran, hari qiamah (semuanya di dalam tungku ad-diin berkaitan as'sa'ah) kita berasa macam ok je (pengetahuan, pengamalan, tindakan) kita tentang as-sa'ah. Tetapi, apabila kita berguru lebih lanjut tentangnya (kepada yang ahlinya), barulah kita mula tersedar betapa banyak yang kita belum tahu, belum faham, belum sedar, dan sudah banyak yang kita terkena fitnah-fitnahnya.

 

- Video Pengajian Zaman Akhir

Maklumat yang Fake dan yang Fact

 

Zaman sekarang, banyak maklumat yang fake dan banyak maklumat yang fact.

 

Fake itu palsu, fact itu fakta/kebenaran/hakikat (bukan hakikat yang dalam tasawuf itu).

 

Jadi, ada yang fake dan ada yang fact.

 

Manusia takut maklumat2 yang fake, tolak yang fake - itu biasa dan memang betullah tindakan mereka.

 

Tetapi ada juga manusia takut maklumat2 yang fact, tolak yang fact, tak boleh nak terima yang fact - ini makin ramai.

 

Sebagaimana mereka takut akan yang fake, sebegitulah mereka takut akan yang fact.

 

Mengharapkan yang fake itu agar tidak benar - ok.

 

Tetapi kalau mengharapkan agar yang fact itu agar janganlah benar - ini pelik. Tetapi tidak pelik pada zaman akkhir ini.

 

- Petikan ringkas drpd video pengajian zaman akhir. Lanjutannya di sana.

Pengisian Halaqah Usrah 23 dan 25 Ogos 2021

 

Biasanya, walaupun seseorang wanita itu lemah-lembut dan agak bersifat kurang berani, tetapi jika anak kecilnya terserempak dengan haiwan (anjing, ular, kera dsb), dia tiba2 akan jadi luar biasa berani, macam singa dan sanggup buat apa sahaja untuk menyelamatkan anaknya. Kita yakin, ibu2 dalam kalangan umat Islam hari ini juga punya semangat yang sama dalam mempertahankan anak2 mereka. 23/8



Kita nak mahir tentang jantung iitu qalbu zahir (jantung) itu pun pelajaran khususnya mahu belasan tahun. Setakat nak sampai ke level tahu, itu pun sudah 6-7 tahun. Campur2 semua pelajaran sejak kecil. nak jadi seornag yang "ahli" tentang jantung zahir pun kurang2 kena belajar lebih daripada 20 tahun.

Rasa2... untuk jadi seorang yang "ahli" dalam qalbu batin yang jauh lebih rumit itu berapa lama perlu masa belajarnya?

Sebab itulah kita tak boleh berharapa kepada usaha belajar kita sahaja. Kita kena mohon kepada Dia kerana Dialah yang menentukan cepat atau lambatnya.

- Halaqah usrah 25/8/2021

 

Sebagaimana qalbu yang zahir, qalbu yang batin itu juga ada penyakit2nya, pesakit2nya, tabib2nya, pelajar2nya, tempat2 rawatannya, pantang-larangnya, vitamin2nya, tanda2 kelemahan atau kekuatannya, ada riadah2nya, penawar2nya, dan racun2nya. Sebab itulah kena berusaha gigih mencari guru2 yang mursyid dalam hal ehwal qalbu batin ini. Orang2 yang "ahli" dalam juzuk2 agama Islam yang lain, belum tentu mereka juga "ahli" dalam juzuk qalbu ini. Jangan tersilap pilih "ahli".

- Halaqah usrah 25/8/2021

 

Vitamin bagi qalbu itu ialah segala yang dapat membantu dalam memulihkan, menyihatkan, menguatkan, menyuburkan dan mencantikkannya. Secara ringkasnya, vitamin2 ini tidak berada dalam pengajian2 wilayah anggota (fiqh/islam), atau pengajian2 wilayah aqal (iman, aqidah, kalam, usuluddin), tetapi berada dalam pengajian2 wilayah qalbu (ihsan, tasawuf, sufi, tariqah). Kita carilah ubat dan supplemen di kedai yang betul dan daripada tuan kedai yang betul.

- Halaqah usrah 25/8/2021

 

 

Friday, August 20, 2021

Sangat Berhati2 dengan yang Palsu2

 

Umat Islam menanti Al-Mahdi, musuh2 Islam pun berusaha mengadakan Al-Mahdi2 palsu.


Umat Islam menanti Al-Masih (Nabi Isa), musuh2 Islam pun berusaha membuat Al-Masih2 palsu.


Umat Islam menanti daulah Islamiyyah zaman akhir, musuh2 Islam pun buat juga usaha untuk mewujudkan daulah2 palsu.


Selain itu, sebahagian umat Islam menantikan panji2 hitam, maka mereka pun berusaha mengadakan panji2 hitam palsu.


Sebahagian lagi umat Islam menantikan pemuda Bani Tamim, mereka pun melorongkan pemuda2 Bani Tamim palsu.


Dan mereka juga berusaha melorongkan agar wujudnya pengikut2 dan penyokong2 Al-Mahdi yang palsu.


Oleh itu, kita kena sangat berhati-hati.


Dalam Tarekat Ghazaliyah, mursyid2nya (zaman-berzaman) memang sangat menekankan kehati2an ini. Sampai ke zaman kita pun, kita terus mengingatkan lagi.


- Rakaman Pengajian Zaman Akhir


Kita Sudah Bukakan

 

Apabila kita sudah mula buat kuliah tentang ilmu alam (bukan ilmu geografi) Imam al-Ghazali pada tahun 2019, itu ertinya kita memang sedang berusaha untuk membuka ilmu, persediaan dan tindakan tentang zaman akhir. Tidak saja2 kita bentangkan pengenalan tentang ilmu alam itu.


Selain itu, kita juga bertujuan hendak mencungkil bakat2 dalam kalangan pengamal Tarekat Ghazaliyah apabila kita bukakan ilmu itu. Kadang2 ada yang tercungkil dengan sendirinya. (Bahagian ini sudah berjaya).


Mursyid kita dulu (Ustaz Muhammad) sudah beri panduan begini begini, maka kita ikut panduan2nya itulah.


- Rakaman Pengajian Zaman Akhir


Biasanya Datang Mengejut

 

Pendek kata ... kematian, kemalangan, hari kehancuran dan qiamat, zaman akhir, Al-Mahdi, Dajj al, Nabi Isa, semuanya datang secara TIBA-TIBA. Sebab itulah Allah menyuruh kita buat persediaan.


Jika kita buat persediaan, berpahala. Yang lebih penting, Allah SUKA. Allah SUKA ini memang menjadi matlamat para sufi. Selain itu, Rasulullah suka, para malaikat suka, orang2 soleh pun suka.


Siapa yang tidak suka jika kita buat persediaan atau banyak persedian untuk menghadapi semua yang datang secara tiba2 itu? Tentunya Iblis, syaitan, Dajj al, musuh2 Islam. Memang matlamat mereka agar kita tiada persediaan atau kurang persediaan apabila hadir semua itu, biar berlaku secara benar-benar mengejut.


- Pengajian Zaman Akhir


Beberapa Pengisian Pengajian Zmn Akhir

 

Apabila kita belajar dan mengamal ilmu2 zaman akhir ini, kita memang tidak boleh lari daripada hadith Jibril. Semua (lima komponen, 4 perkara) komponen hadith Jibril itu adalah ad-diin. Mana mungkin mahu dibuang walau satu (maka apa jadi pada ad-diinnya?). Bahkan mana mungkin mahu dianggap kurang penting walau salah satu. Semua kena diberi penekanan berat.

Masih ingat piramid hadith Jibril?

- Rakaman Pengajian Zaman Akhir


Janganlah terhenti pada islam (fiqh) sahaja, teruskan ke iman ('aqidah).

Janganlah terhenti pada iman sahaja, teruskan ke ihsan (tasawuf).

Dan janganlah terhenti pada ihsan sahaja, teruskan ke as-sa'ah (akhir zaman, zaman akhir, hari kehancuran, qiyamah).

Inilah ad-ddin (menurut hadith Jibril - yang menjadi bekalan dan pakaian para mursyid).

- Video pengajian zaman akhir


Orang2 yang kelihatan kerasukan jin itu ada beberapa keadaan seperti :

1. buat2, lakonan, tiada kaitan dengan jin

2. yang betul2 dirasuk jin

3. mengalami gangguan mental, tiada kaitan dengan jin

4. dikuasai semangat diri, minda bawah sedar, hipnotis - tiada gangguan jin

5. gabungan 2, 3 atau semua yang di atas.

- Pengajian Zaman Akhir


Imam Al-Ghazali Bicara Tentang Air

IMAM AL-GHAZALI BICARA TENTANG AIR


Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman.” (Q.S. al-Anbiya’ :30)


Lalu kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah ada tujan lain disisi Allah? Bahkan mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).” (Q.S. an-Naml : 60)


Lihatlah, semoga Allah SWT senantiasa memberikan taufik-Nya kepadamu – apa yang telah dikurniakan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya dengan wujud air segar merupakan sumber kehidupan semua yang ada di muka bumi, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.


Manusia sangat memerlukan minuman, dan jika ia terhalang tidak mendapatkannya pastilah ia akan lemah untuk mencurahkan segala kemampuannya untuk menemukan pundi-pundi kekayaan dunia. Aneh sekali jika manusia lalai akan nikmat yang begitu besar sekali ini!


Lihat! Kerana air merupakan keperluan pokok, bagaimana Allah SWT lalu menghamparkan dengan sangat melimpah. Apa agkanya yang terjadi jikalau Allah SWT misalnya menjadikan air terbatas, maka ini merupakan pukulan yang berat bagi setiap penghuni bumi.


Amati juga kelembutan air dan kehalusannya sehingga ketika menyentuh tanah, bahagian-bahagiannya akan meruas dan langsung diserap sebagai makanan oleh akar-akar pepohonan untuk kemudian dengan kelembutan ia naik merayap melalui medium panas matahari ke pucuk-pucuk pepohonan dan tumbuhan, Padahal menurut kejadian awalnya, air sebenarnya berkarakter turun (ke bawah).


Dan mengingat aktiviti minum sudah menjadi satu keperluan mendesak untuk mencairkan makanan di dalam perut haiwan sehingga saripati makanan akan mengalir ke tempatnya, maka Allah SWT pun menjadikan kelazatan tersendiri saat minum sehingga peminumnya pun merasakan kenikmatan dan kelegaan yang tak terhingga.


Allah SWT juga mengfungsikan air sebagai penghapus daki-daki kotoran yang menempel di badan dan kotoran pada pakaian. Dengan air, tanah menjadi basah dan sesuai untuk diolah menjadi pelbagai macam bentuk.


Berkat air pula setiap benda kering yang tidak dapat digunakan saat kering lalu dapat menjadi dingin atau basah (sehingga boleh dimanfaatkan). Dengan air juga minuman-minuman menjadi lembut dan enak diteguk.


Air pun berfungsi memadamkan bara api, di mana ketika air disiramkan, api itu tidak akan membara dan tidak akan membahayakan manusia. Dengan air juga sesuatu yang menyumbat di kerongkongan orang yang sedang sakaratul maut dapat dihilangkan.

Orang yang sedang keletihan jika mandi dan membasuh seluruh badannya dengan air, akan ia dapatkan relaksasi dan kelegaan. Air juga menjadi sarana mematangkan setiap masakan dan semua hal yang tidak dapat digunakan secara baik kecuali dalam keadaan basah.


Masih banyak lagi kegunaan air bagi keperluan hamba-hamba Allah SWT yang tidak boleh lari daripada air.


Renungkanlah keluasan kenikmatan air ini dengan segala kemudahan mendapatkannya meskipun manusia lalai akan kadar nilainya, padahal mereka sangat memerlukannya. Jikalau air menyusut dan kotor, pastilah kehidupan di dunia akan menjadi kacau-bilau. Dengan curahan air dan kemudahan mendapatkannya, jelas bahawa Allah SWT bermaksud memakmurkan dunia dengan segala isinya, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan barang galian hingga tak terbatas lagi manfaatnya. Maha Suci Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Agung.


- Imam al-Ghazali, Hikmat Penciptaan Alam Makhluk

(Ilmu alam IAG)


Sunday, August 8, 2021

Kulih Zaman Akhir siri 31 hingga 35

 

Zaman Akhir (31) - ULAR. TAMIM AD-DARI DAN KAITANNYA DENGAN IMAM AL-GHAZALI

https://youtu.be/4v1P3HGM7GE


Zaman Akhir (32) - SEKIRANYA TERPAKSA BERGERAK. AMALAN PADA ZAMAN AK HIR

https://youtu.be/kRqC-a6Mgi8


Zaman Akhir (33) - PENGIJAZAHAN, DAN BANI TAMIM

https://youtu.be/e7WIzQ9icgw


Zaman Akhir (34) - BANI TAMIM DAN PALESTIN

https://youtu.be/IlPEaeSWMxY


Zaman Akhir (35) - TIMUR DARIPADA ADEN

https://youtu.be/056M4Nxs04k

Kuliah Zaman Akhir siri 26-30

 

Zaman Akhir (26) - AMOKAN 4 UNSUR ALAM, PERSEDIAAN PERBEKALAN MAKANAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI

https://youtu.be/ZlO19YgVm-k


Zaman Akhir (27) - SAMBUNGAN PERBEKALAN, ILMU ZAMAN AKHIR

https://youtu.be/d_qQ2iIKv80


Zaman Akhir (28) - EAST OF EDEN

https://youtu.be/RCBiaMmRp38


Zaman Akhir (29) - KHAZANAH BABYLON DIRAMPAS AS. TAMIM AD-DARI DAN DAJJAL

https://youtu.be/hnXZp_sVL5o


Zaman Akhir (30) - RAHSIA TAMIM AD-DARI SELAIN DAJJAL. WANITA LEBIH RAMAI DARIPADA LELAKI?

https://youtu.be/Gkvis7v9hT8

Wednesday, August 4, 2021

Kurangkan tidur.

 Sewaktu berusia 35 tahun dan ke bawah dulu, memang terbiasa tidur 3 jam setengah sahaja setiap hari. Tetapi apabila meningkat usia 35 tahun ke atas, jadi 4 jam ke 4 jam setengah sehari semalam. Sampai usia 40-an, jadi 5 jam ke 5 jam setengah. 

 

Kini "tuntutan zaman" dan tanggung jawab membuatkan kena berusaha kembali agar dapat tidur 3 jam setengah sahaja sehari semalam. Sudah masuk minggu ketiga berusaha. Kadang-kadang siang hari terpaksa melelapkan diri juga 1-2 jam. Itu pun masih berasa tidak cukup masa. Memang betullah, masa terasa semakin pendek. Betul jugalah kata orang tua-tua, urusan manusia pada zaman akhir adalah lebih banyak daripada masa yang ada. Doa2kan.