Wednesday, November 4, 2020

Tarekat Ghazaliyah dan Akhir Zaman (3-4)

 

(3)

Nabi Isa a.s, kedatangan kali keduanya dipercayai berkait rapat dengan menara putih di timur Damsyik (yang kita tidak tahu kedudukan sebenarnya tetapi banyak ulama mengatakan bahawa itulah menara timur Masjid Umawi di Damsyik). Di menara masjid inilah Imam Al-Ghazali banyak beruzlah, mengarang kitab Ihya' 'Ulumuddin, dan mengasaskan Tariqah Al-Ghazaliyyah (Tarekat Ghazaliyah).


(4)

Dari menara masjid inilah Imam Al-Ghazali mengasaskan gerakan jihadnya sehinggakan beberapa orang anak murid dan cucu muridnya menjadi orang2 penting dalam dalam Perang Salib di bawah Sultan Imaduddin Zanki, Sultan Nuruddin Zanki, Sultan Salahuddin al-Ayyubi (ketiga2 orang raja ini di sekitar Mesir, Sham dan Iraq) dan Sultan Abdul Mu'min bin Ali (di Maghribi). Cuba teliti - siapakah anak2 murid, cucu2 murid dan cicit2 murid Imam Al-Ghazali yang menjadi orang2 kuat kepada tokoh2 ini dalam menghadapi tentera Salib? Nama2 mereka ada dalam sanad-sanad Tarekat Ghazaliyah yang dipelihara oleh para pewaris tariqah ini.

No comments: