Wednesday, November 4, 2020

Tarekat Ghazaliyah dan Akhir Zaman (1-2)

 

(1)

Tarekat Ghazaliyah ini, tunasnya dimulakan oleh Rasulullah s.a.w pada zamannya di Tanah Haram, kemudian diasaskan sebagai satu tariq yang berdiri sendiri oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali pada zamannya di Sham, kemudian dizahirkan oleh As-Sayyid Syaikh Ahmad ad-Dayurbi pada zamannya di Mesir, kemudian disampaikan di Nusantara ini oleh Syeikh Abdus Samad al-Falimbani pada zamannya, kemudian disemarakkan di Nusantara ini oleh Syeikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi pada zamannya, lalu seterusnya sampailah ke zaman kita ini.


(2)

Kini, jika dicari maklumat khusus tentang Tarekat Ghazaliyah ini di serata dunia, hampir2 tidak ada melainkan sisa-sisanya sahaja. Namun pada zaman akhir ini, Allah suburkan ia kembali dan tempatnya kebetulan di Nusantara kita ini. Mungkin ini merupakan salah satu keistimewaan wilayah Timur Dunia ini. Sama ada tarekat ini terus hidup subur ataupun tidak, hanya Allah yang mengetahuinya. Wallahua'alam.

No comments: