Friday, April 17, 2020

Pencerahan Ringkas (8)


Soalan : Waktu PKP ni pengajian tak boleh dibuat di masjid2. Ada asatizah yang kurang pendapatan. Ada yang hilang pendapatan. Ustaz camne?

Jawapan : Setakat ini Alhamdulillah, syukur, masih ok. 

1.      Kerana sahaya memang ada kerjaya, walaupun gajinya tak besar. Mengajar agama ni merupakan kecintaan sahaya sahaja (juga amanah daripada guru2 sahaya), terutamanya pada waktu malam dan hari-hari cuti.

2.      Kerana selama hari ini pun semua pengisian agama yang saya beri (pengajian, ceramah, halaqah usrah, kuliah2 khas dsb) memang percuma. Cuma ada sebuah masjid dan sebuah surau yang berbesar hati juga nak beri saguhati, walaupun sahaya sudah maklumkan awal2 semuanya percuma. Ribuan terima kasih sahaya ucapkan. Tempat2 lain, percuma belaka.

3.      Sebagai seorang pengamal Tarekat Ghazaliyah, saya tertakluk dengan adab-adab dalam tarekat ini. Antaranya, semua pelajaran Tarekat Ghazaliyah ini hendaklah disampaikan secara percuma. Kebetulan isi kandungan perkongsian agama yang sahaya beri memang banyak berkait dengan jalan Imam Al-Ghazali ini, terutamanya kitab Ihya’ ‘Ulumuddin yang merupakan “pakaian diri” bagi ikhwan tarekat ini. Maka, memang kena dipercumakanlah.

Ringkasnya, sahaya tidak mencari pendapatan atau wang tambahan melalui pelajaran agama yang sahaya sampaikan. Jadi, PKP atau tidak, pendapatan sahaya sama sahaja.

Memang ada sahabat2 sahaya yang mengajar sepenuh masa, dalam tempoh PKP ini mereka kekurangan pendapatan. Eloklah sahabat2 dan anak2 murid pakat2 bantulah serba sedikit. Mereka memang tak bercerita tentang kesempitan mereka, tetapi anak2 murid kena pandai2lah. Ilmu yang mereka sampaikan kepada kita selama hari ini pun tak ternilai sebenarnya. Wallahualam.
 

No comments: