Tuesday, April 28, 2020

Ada Diri, Tiada Diri, Hanya Diri


Seluruh kehidupan ini terasa sangat bermakna, kerana semua yang dirancang dan dilaksanakan oleh Engkau itu tiada yang tidak bermakna. Mustahil bagi Engkau untuk ada melaksanakan sesuatu yang sia-sia. Jadi, daku sekadar melalui dan menikmati hasil kerja-Mu yang sempurna itu.

Sukar untuk aku HANYA nampak belukar kehidupan sahaja, kerana :
a)       pada syariatnya, aku nampak (memandang) belukar kehidupan ini, DAN
b)      pada hakikatnya, aku “nampak (memandang) Wajah-Mu”, DAN
c)       pada inti hakikatnya, yang ada hanyalah Engkau Yang Memandang, sementara aku sendiri pun sudah tidak nampak (memandang) lagi.

Ketiga-tiganya ada padaku secara “seimbang” yakni sejahtera (bukannya “sama berat”). Sukar untuk aku jelaskan hal ini dengan kata-kata, cuma aku cuba kongsikan rumus-rumus dan isyarat-isyaratnya sahaja melalui pernyataan kata-kataku ini.

Segala yang ada umumnya indah belaka, sempurna dan sangat bererti. Aku melalui dan berusaha melalui kehidupan ini dengan kenikmatan mencorakkan warna-warna kehidupan. Hal ini kerana, dari satu sudut, para sufi memandang ALAM dunia ini sendiri sudah seakan-akan jannah (syurga), kerana terlalu banyaknya nikmat yang Engkau kurniakan pada kehidupan dunia ini. Tak akan sempat untuk aku syukuri setiap satu nikmat itu walaupun aku dizinkan hidup ribuan tahun.

Umumnya, bagi para sufi – syukur, kecapi, syukur, kecapi, syukur, kecapi…berterusan. Jadi, aku lebih kepada jalan mereka. Dalam hal-hal dukalara pun, tetap terpandang anugerah keindahan dan kenikmatan di dalamnya/padanya.

Ketiga-tiga keadaan/ehwal yang dialami oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya itu ada padaku sedikit-sebanyak, sebagaimana ketiga-tiganya ada “pada” Mu, kerana Engkau yang menjadikan ketiga-tiga keadaan tersebut, pada hakikatnya. Tiga ehwal tersebut ialah :
a)       Keadaan aku ada rasa ada diri.
b)      Keadaan aku ada rasa tiada diri.
c)       Keadaan Aku sahaja yang ada rasa dan ada diri.

Oleh itu, ALAM aku berlainan dengan ALAM yang kebanyakan orang ALAMI. Sebab itulah rasanya… sukar untuk aku beri penjelasan dalam ehwal yang aku ALAMI, kecuali kepada AHLI-AHLI sufi.

Antara keadaannya/ehwalnya lagi :
a)       Ketika aku memandang diriku, maka adalah diri aku itu (wilayah syariat)
b)      Ketika aku memandang Diri-Mu, maka adalah diriku (si pemandang) dan Diri Mu (Yang Dipandang).
c)       Ketika aku yang memandang itu pun tiada (terfana’/binasa), maka yang ada hanyalah Diri-Mu.


Ketiga-tiga keadaan ini bersejahtera dan “berimbangan” menurut yang sepatutnya.

@@@@@@@@@@@

Manusia dan jin ini ehwalnya pelbagai. Maka penyelesaiannya juga pelbagai, sekalipun jalan asasnya tetap sama bagi semua orang.

Antara tips yang suka untuk aku kongsikan buat yang lain-lain :
1.       Kiita semualah) sentiasa bersangka baik dengan Allah 100% dalam semua keadaan, di mana sahaja, pada semua masa.
2.       Kita mestilah bertekad untuk melaksanakan tugas “kekhalifahan” yang Dia kurniakan kepada setiap bangsa manusia, yang mesti usaha dilaksana dan diselesaikan sepanjang hidup di dunia ini. Laksanakan tugas/perintah, dan enjoy melaksanakan dan melaluinya.
3.       Feel (hayati) dengan manis akan tiga ehwal akhir tasawuf iaitu cinta kita kepada Allah, cinta Allah kepada kita, dan cinta Allah.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
28 April 2020

Saturday, April 25, 2020

Antara Keunikan Kitab Ihya Ulumuddin


ANTARA keunikan kitab Ihya' 'Ulumuddin ini :

1. Isi2 pentingnya (termasuk kalam2 hikmahnya), Imam Al-Ghazali yang tulis DAN huraiannya pun Imam Al-Ghazali sendiri yang huraikan. Ulama-ulama kemudiannya hanya menghuraikan huaraian Imam Al-Ghazali. Boleh saja kalau Imam Al-Ghazali hendak menulis isi2 penting sahaja dan kemudian huraiannya dibuat oleh ulama2, tetapi tentunya tidak setepat huraian tuan punya kitab sendiri.

2. Kitab Ihya' ini merupakan kitab (tangan pertama) yang paling banyak, paling besar dan paling dalam, yang menghuraikan QALBUNYA (hatinya, jiwanya, ruhaninya) Nabi saw. Nak tahu bagaimana qalbunya Nabi (dan nabi2 serta wali2), kitab Ihya' memang tempatnya.

Huraian tentang sejarah/sirah Nabi, ada kitabnya,
Huraian tentang amal ibadah Nabi, ada kitabnya.
Huraian tentang hadisnya Nabi, ada kitabnya.
Huraian tentang keluarga Nabii, perang Nabi dll, ada kitabnya yang tersendiri.
Tetapi kitab Ihya' ini hurian tentang qalbunya Nabi saw.

.
April 2020

Halaqah Usrah dalam Ramadhan PKP


Pada bulan Ramadhan yang penuh barokah ini (dan musim PKP yang beri kita kelapangan ini), majlis ta'lim keluarga boleh dibuat pada bila2 masa. Sebagai tazkirah terawih pun bagus juga. Halaqah usrah keluarga elok dibuat pada waktu siang.

Halaqah usrah umat, boleh diteruskan melalui media sosial (Zoom dsb) jika ada persetujuan ahli2 halaqah masing2.

Pada hari pertama Ramadhan ini, ikhwah Halaqah Usrah Al-Mahabbah boleh skip/undur ke bab 35 dalam kitab Anugerah Berwangian Cinta iaitu yang membicarakan bab puasa. Jadikan ta'lim atau halaqah usrah keluarga untuk hari ini. Kepada yang sudah melaksanakannya semalam, tahniah.

24 April 2020