Thursday, July 12, 2018

Syarahan Kitab Keajaiban Qalbu


Syarahan Kitab Keajaiban Qalbu (kitab ke- daripada 40 kitab dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) secara bertulis telah dimulakan di laman Facebook : Tarekat Ghazaliyah sejak 29 Jun 2018 yang lalu. Sehingga hari ini 11 Julai 2018, sudah 10 posting syarahan dibuat.

Ertinya, dalam 8 tahun ini (bermula 2011), kita mensyarahkan :
1.       Kitab Ilmu (khatam)
2.       Kitab Aqidah (khatam)
3.       Kitab Cinta Allah (khatam)
4.       Kitab Faqir dan Zuhud (khatam)
5.       Kitab Perkahwinan (khatam)
6.       Kitab Tauhid dan Tawakal (sedang disyarahkan)
7.       Kitab Keajaiban Qalbu (sedang disyarahkan)

Hanya Kitab keajaiban Qalbu yang disyarahkan secara bertulis.

Matlamat sahaya sedari awal iaitu mengkhatamkan syarahan terperinci keseluruhan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin (40 kitab) ini dalam masa 20 ke 23 tahun. Nampaknya masih ada 33 kitab sedang menanti. Insya-Allah panjang umur tercapai hendaknya.

Abu Zulfiqar
11 Julai 2018

No comments: