Tuesday, July 31, 2018

Imam Al-Ghazali Pengkritik Ajaran Kaum Falsafah


Musuh-musuh Islam sama ada dari luar atau dari dalam kalangan umat Islam sering mefitnah Imam Al-Ghazali sebagai penganut ajaran kaum falsafah. Benarkah begitu? Tentu sahaja tidak benar!

Apakah antara bukti-buktinya?

1.   Beliau menulis dua buah kitab yang khusus tentang ilmu falsafah dan mendedahkan apa yang salah dan apa yang lemah dalam ilmu falsafah itu, iaitu kitab Maqasid al-Falasifah dan Tahafut al-Falasifah. Tulisan-tulisan yang tidka khusus pula bertaburan dalam karya-karya beliau yang lain.

2.   Beliau mendedahkan 3 pegangan ahli falsafah yang mesti dikufurkan dan banyak lagi pegangan mereka yg bertaraf bid’ah.

3.   Sanggahan Imam Al-Ghazali sendiri dalam kitabnya Al-Munqiz min adh-Dhalal : “Sesetengah golongan telah mengkritik sebahagian tulisan yang bertaburan dalam karangan kami tentang rahsia-rahsia ilmu agama. Mereka ialah golongan yang tidak padat ilmu-ilmu di dada dan masih belum terbuka mata hati mereka kepada tujuan-tujuan mazhab, lalu MEREKA MENYANGKA bahawa pendapat yang aku keluarkan ialah pendapat-pendapat ahli falsafah terdahulu.”

4.   Kata Al-Ghazali dalam kitabnya Tahafut al-Falasifah : “Pendapat ahli-ahli falsafah tidak ada yang pasti dan tetap. Mereka mendasarkan keputusan-keputusan mereka pada dugaan dan spekulasi, tanpa idukung penyelidikan positif dan tanpa dipastikan dengan akidah.

No comments: