Ibarat sekadar contoh untuk menghampirkan kepada faham :
Jika
semasa di alam persekolahan dhaulu kita berusaha setakat SPM, maka
apabila berpindah ke alam pekerjaan (dengan kerajaan) nanti, kita akan
dibayar gaji SPM, bukan gaji PT3 atau gaji siswazah.
Jika semasa
di alam persekolahan dulu kita berusaha sehingga jadi siswazah, maka
apabila kita berpindah ke alam pekerjaan, dkita akan dibayar gaji
siswazah, bukan gaji PT3 atau SPM.
Begitulah seterusnya, sekadar untuk menghampirkan kepada faham.
Ibarat ini samalah dengan maqam dunia dan akhirat kita.
Dalam 70,000 hijab, jika di alam dunia ini kita berada di hijab yang ke
30000, di alam akhirat nanti kita akan ditempatkan di hijab ke 30000
itu jugalah, walau sebanyak mana amal-amal kita di alam dunia dahulu.
Jika di dunia ini kita berusaha setakat hijab ke 200, apabila berpindah
ke alam akhirat nanti, pada maqam hijab ke- 200 itu jugalah kita
ditempatkan, sekalipun amal-amal kita tidak sebanyak mana ketika di alam
dunia itu dahulu.
Posisi kita dalam hijab2 ini akan membezakan :
1. orang yang ditempatkan di jannah dan orang yang ditempatkan di naar.
2. orang yang ditempatkan laaaama dalam naar dan orang yang sekejap dalam naar.
3. orang yang ditempatkan di naar bahagian atas dan yang ditempatkan dalam naar bahagian dalam.
4. orang yang ditempatkan dalam jannah yang lebih rendah dan orang yang ditempatkan dalam jannah tinggi.
5. orang yang ditempatkan di halaman para abrar dan yang ditempatkan di halaman para muqarrabin.
dan seterusnya.
Perbezaan kedudukan2 di akhirat itu semua berkait sangat rapat dengan kedudukan kita di dunia ini.
Pada hijab yang mana engkau berada ketika di alam dunia ini, pada hijab
yang itulah engkau akan ditempatkan di alam akhirat nanti.
*Wahai diriku sendiri....... engkau, guru engkau, organisasi engkau,
jemaah engkau, ibu bapa, kaum keluarga dan sahabat handai engkau tahu
dan kenalkah akan hijab-hijab ini, fahamakah cara-cara untuk menyelak
tirai demi tirai hijab yang 70000 ini, hal-hal yang menjadi penghalang
kepada penyingkapan hijab2 ini, kaedah2 untuk kembali ke hijab yang
lebih nipis apabila engkau terjatuh ke hijab yang lebih tebal.....
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
6 Oktober 2017
No comments:
Post a Comment