Monday, June 6, 2016

Kampung Akhirat

Semakin hari semakin tua.
Tidak lama lagi bakal menjadi penghuni kampung akhirat.

Harap-harapnya dapatlah kampung yang tanahnya berbau wangi, kebun-kebunnya subur, wajah para penghuninya berseri-seri.....

Ketika bersanding di atas pelamin dalam taman yang buah-buahannya dekat itu,
harap-harap juga
dapatlah berjiran dengan pelamin-pelamin lain yang bertakhta di atasnya
orang-orang yang dikenal dalam hayat di alam dunia dulu.

Alangkah indahnya kampung akhirat itu......!

Dan yang paling utama
berharap untuk bertemu dengan Tuan Punya Kampung Akhirat itu.
Inilah matlamat teragungku.

Abu Zulfiqar
4 Mei 2016




1 comment:

Anonymous said...

Adalah kita semua berharap sepenuh pengharapan, berusaha sekuat usaha, berdoa dgn segala kerendahan dan kehinaan, memohon perkenanNya agar digolongkan dalam kalangan hamba hamba yg di kasihiNya, diampuni, dirahmati dan diredhaiNya, di dunia, di barzakh, di Mahsyar, di Shirath, di Mizan, di mana sahaja dan mudah mudahan, terlebih lagi di Syurga nanti.