“Setiap orang Islam itu wajib untuk mendengar dan
mentaati (amir/ketua/pemimpinnya) dalam perkara-perkara yang dia sukai atau pun
yang dia benci (tidak suka), tetapi jika dia diperintahkan untuk mengerjakan
perbuatan maksiat, maka tidaklah boleh mendengar dan mentaati (amir tersebut).”
(Muslim)
“Sesiapa sahaja yang membenci (tidak
menyukai) suatu perintah dari amirnya (selagi perintah itu tidak bertentangan
dengan agama), hendaklah dia bersabar.” (Bukhari)
“Sesiapa saja yang menyaksikan dari amirnya
sesuatu, kemudian dia tidak menyukainya, maka hendaklah dia bersabar atas
(perkara tersebut). Sebab, sesiapa sahaja yang memisahkan diri dari jamaah
(dengan tidak mentaati amirnya) sejengkal saja, lalu dia mati, maka matinya
adalah mati jahiliyyah.” (Bukhari)
“Sesiapa
sahaja yang taat kepada amir, bererti dia taat kepada aku. Dan sesiapa sahaja
yang derhaka kepada amir, bererti dia derhaka kepada aku.” (Bukhari dan
Muslim)
“Tidak halal
bagi tiga orang yang berada di manapun di bumi ini, tanpa mengambil salah
seorang di antara mereka sebagai amir.” (Ahmad).
“Aku
mewasiatkan kepada kamu agar bertakwa kepada Allah, mendengar dan mentaati amir
sekalipun dia dahulunya adalah seorang hamba dari Habsyah.” (Abu Dawud, Turmizi).
No comments:
Post a Comment