Friday, December 28, 2012

Bukan Syiah V63 dan Wahhabi V64 Sahaja


RINGKAS CAKAP, saya tidak menolak Syiah V63 dan Salafi Wahhabi V64... SAHAJA... tetapi juga menolak Siplisme (Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme), Qadiyani, Anti-hadith dan ajaran-ajaran sesat. 6 Virus Dalaman ini sudah lama saya tolak, khususnya apa yang salah dan apa yang melemahkan (agama & umat Islam) yng terdapat pada 6 Beradik itu. Yang benar dan yang baik padanya tak pernah saya tolak.

Jadi... tak perlulah gesa saya menentang kumpulan yang ada virus wahhabi V64 tapi dalam masa yang sama ajak saya sokong kumpulan bervirus sekular. Jangan gesa saya menolak kumpulan bervirus syiah V63 tapi dalam masa yang sama lorongkan saya menaikkan kumpulan bervirus wahhabi V64. Jangan gesa saya menjatuhkan kumpulan bervirus sekular, tapi dalam masa yang sama usaha itu menaikkan tokoh-tokoh bervirus plural.

Insya-Allah agama dan umat Islam lebih sejahtera tanpa 6 Virus Dalaman ini, dan memudahkan kita untuk menangani musuh-musuh dari luar pula. Kita asyik salahkan musuh luaran apabila agama dan umat Islam terpukul, padahal salah kita sendiri yang menyebabkan umat Islam lemah hingga begitu mudah dilenyek oleh musuh luaran, kerana kita ada saham dalam menyemarakkan Virus 6 Beradik tadi.

Cuba bayangkan sebentar... betapa harmoni dan teguhnya kesatuan umat Islam sekiranya tidak ada 6 Virus Dalaman ini....... Indahnya zaman tanpa permusuhan dan pecah belah itu...

Memang Israel melakukan jenayah ke atas Palestin (dan lain-lain tempat di seluruh dunia, bukan Israel sahaja), tapi jenayah itu kita kongsi bersama jika kita mendokong mana-mana 6 Virus Dalaman. Sebelum marahkan Zionis, marahkan diri sendiri terlebih dahulu. Tangan mereka dan tangan kita sama-sama berlumuran darah rakyat Palestin.

Terhapusnya 6 Virus Dalaman yang membawa perpecahan dan kemuduran umat, akan terbebasnya Palestin, Xinjiang, Chechnya, Afghanistan, Iraq dan lain-lain. Insya-Allah.

Saya memang tak selesa dngan perlakuan sebahagian orang yng gesa saya bersama-sama mereka menentang kumpulan-kumpulan yng ada salah satu virus dalaman, tapi dalam masa yang sama dia sendiri berjuang untuk kumpulan yang ada salah satu virus dalaman juga.

Lagi satu.... kerosakan dan kecederaan aqidah bukan berlaku kerana hal ehwal tauhid sahaja, tapi juga dalam hal ehwal fiqh dan tasawuf.

Inilah salah satu daripada perjuangan tajdid yang sebenar.

ps : Ini bukan marah ni tuan-tuan... tapi rasa ketidakselesaan yang melebihi had dengan dakwah dan dakyah dua tiga orang hamba Allah yang dok desak-desak saya. Kawan-kawan jangan terasa hati, mereka yng dimaksudkan ni bukan kawan-kawan yng selalu berhubung dengan saya di FB, tapi orang yng saya tak berkawan pun hakikatnya, sekadar rakan FB je.

(*Nak tahu lebih lanjut, boleh ikuti kuliah-kuliah kitab Ihya' 'Ulumiddin. Bnyak idea-idea dan saranan-saranan dakwah tajdid yang sepatutnya berlaku saya sulam di dalamnya) Wallahua'lam.


Abu Zulfiqar
20 Disember 2012


Sunday, December 16, 2012

Laman Baru : )


Semua karya (kuliah, ceramah, artikel)  Abu Zulfiqar dari seluruh internet (dari blog Debunga Teratai Syurgawi, Ikhtiar Muslim, Bermesra Dengan Kebenaran Mutlak, Youtube dan lain-lain) kini dikumpulkan setempat di http://alamsyari.forumms.net/  .  Tuan-tuan dijemput berziarah. (Laman ini bolehlah dianggap sebagai pengganti kepada laman Myalexanderwathern yang musnah beberapa tahun lalu). Jom kita : )

Sunday, November 25, 2012

Tazkirah Facebook 43 (Oktober 18, 2012)


Zaman dahulu…

Anak kita hendak pergi merantau jauh, entah kembali entah tidak. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita bekalkan anak kita dengan peta, kompas dan teropong. Sekalipun dia tidak mahu benda-benda itu, kita tetap masukkan ke dalam begnya. Sekalipun dia keberatan, kita ajarkan juga cara-cara menggunakan alat-alat itu.

Dalam perjalanan meredah hutan belantara dan lautan, anak kita tersalah jalan. Sekali pun tersesat jalan, dia tetap meneruskan perjalanannya. Hinggalah pada suatu hari, dia sedar yang dia perlu berpatah balik ke pangkal jalan, iaitu ke negeri asalnya. Dapatkah dia berpatah balik?

Kemungkinan besar dia berjaya kembali ke pangkal jalan kerana di dalam begnya ada peta untuk pulang ke negerinya, ada kompas sebagai penunjuk arah dan ada teropong untuk melihat benda-benda yang jauh. Tapi bagaimana kalau ibu bapanya tidak memasukkan peta, kompas dan teropong serta tidak mengajarkannya cara-cara menggunakannya? Kemungkinan besar dia gagal berpatah balik.

Begitulah halnya dengan ilmu dan pemahaman agama. Dari anak-anak masih kecil, ibu bapa mestilah berusaha keras menerapkan ilmu-ilmu dan pemahaman agama, sekalipun anak-anak tidak menggemarinya. Hal ini kerana, sekiranya anak-anak tersalah haluan hidup apabila dewasa kelak, dan kemudiannya dia terfikir untuk berubah ke arah kebaikan (hidup beragama), dengan mudah dia dapat berpatah balik kerana dia sudah tahu membaca Al-Quran, ilmu bersuci, cara solat, ilmu berpuasa, cara berinteraksi dengan hadis-hadis dan sebagainya.

Tapi kalau insaf ketika sudah berumur sudah 50 tahun (sekadar contoh), ada jawatan dan kedudukan (dipandang tinggi oleh orang-orang), kesihatan semakin menurun…… baru hendak belajar alif ba ta, cara mandi wajib, cara mendirikan solat….. memang susah untuk dia hendak berpatah balik.

Orang yang sudah ada ‘alat’ untuk pulang dan tahu cara menggunakannya, biasanya berjaya pulang dengan segera dan selamat.
Orang yang tidak ada ‘alat’ untuk pulang, biasanya sangat sukar untuk pulang, ataupun mungkin tidak sempat pulang, ataupun dia berputus asa lalu membatalkan hasratnya untuk pulang.

Kepada ibu bapa, sediakan ‘alat’ untuk anak-anak sekalipun mereka tidak minat, sekalipun kita sendiri mungkin tidak minat.
Kepada individu, sediakan ‘alat’ yang sewajarnya untuk diri masing-masing.

Tazkirah Facebook 42 (Oktober 18, 2012)


Di dunia ada nikmat  pasangan, pelayan, makanan, minuman, pemandangan, sungai-sungai, istana, kebun-kebun, pakaian serba mewah, haruman, perhiasan…….
Di syurga pun ada nikmat pasangan, pelayan, makanan, minuman, pemandangan, sungai-sungai, istana, kebun-kebun, pakaian serba mewah, haruman, perhiasan…….

Namun begitu di syurga tidak ada nikmat berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah. Nikmat berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah hanya ada di dunia. Sebab itulah para pencinta Allah dan Rasul-Nya berebut-rebut untuk mengecap nikmat berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah itu.

Namun bagi para pencinta dunia, di dunia ini mereka HANYA menyibukkan diri berjuang, berkorban dan bersusah-payah untuk pasangan (berkahwin/berumahtangga, pelayan (orang gaji/suruhan/pekerja), makanan, minuman, pemandangan (hiasan rumah dan melancong), sungai-sungai, rumah-rumah cantik lagi mewah, ladang-ladang, pakaiaan, haruman, perhiasan….. kata orang, berjuang bersungguh-sungguh untuk ‘perut’ dan ‘bawah perut’ tetapi meninggalkan berjuang bersungguh-sungguh untuk agama Allah.

Padahal segala nikmat-nikmat itu ada disediakan di dalam syurga, bahkan jauh lebih hebat. Bersabar sahajalah menantikannya. Dan sepatutnya di dunia ini kita mengejar nikmat-nikmat yang tidak terdapat di dalam syurga…… iaitu berjuang, berkorban dan bersusah-payah untuk Islam. Maka semestinyalah di dunia ini kita tidak gentar dan ragu-ragu untuk berjuang, berkorban dan bersusah-payah pada jalan Allah.

Memakan buah rambutan yang diberi orang memang nikmat, tapi lebih nikmat lagi jika kita berusaha pergi ke pokoknya, memetiknya dengan tangan sendiri lalu memakannya.

Persoalan : Adakah kita termasuk dalam golongan para pejuang itu?

Tazkirah Facebook 41 (Oktober 17, 2012)


Tubuh kita satu kenderaan. Siapakah pemandunya?
Pemandunya ialah hati.

Hati yang mana? Hati yang dagingkah ataupun hati yang batin?
Hati yang batin.

Ke mana destinasi pemandunya?
Ke syurga.

Apa akan berlaku sekiranya si pemandu tidak tahu jalan ke destinasi ataupun tersilap jalan?
Si pemandu dan kenderaannya tidak akan sampai ke destinasi.

Apa pula yang akan berlaku sekiranya si pemandu tahu jalannya tetapi dia lalai atau main-main?
Si pemandu mungkin berjaya membawa kenderaannya ke destinasi tetapi dalam jangka masa yang saaangat lama. Dan kenderaannya akan mengalami banyak kerosakan dan kecacatan sebelum sampai ke destinasi.

Apa berlaku sekiranya si pemandu memang bagus?
Pemandu akan berjaya membawa kenderaannya ke destinasi dengan selesa, selamat dan cepat.

Kita sudah punya kenderaan masing-masing, pemandu yang bagaimana yang kita mahukan? Masing-masing tentukan dan usahakan sendiri kerana diri kita yang batin itulah pemandunya, iaitu hati kita.

Belajar Ilmu Tinggi, Baru Ilmu Rendah?


Dalam salah satu kuliah kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, saya mengatakan ada orang mencari ilmu-ilmu agama yang tinggi-tinggi terlebih dahulu (contohnya ilmu hakikat), kemudian baru hendak cari ilmu-ilmu yang lebih rendah (contohnya ilmu fiqh). Mereka mendalami agama secara melawan arus, menyebabkan akhirnya nanti mereka sukar hendak turun ke ilmu-ilmu yang lebih rendah sedangkan ilmu-ilmu yang lebih rendah ini ada yang sangat penting. Seorang hamba Allah menyatakan pandangan sebaliknya…

HAMBA ALLAH :
llmu yang tinggi-tinggi tu ilmu fekah, ilmu yang bawah-bawah ni ilmu hakikat. Ramai yang mula dengan fekah yang kemudiaannya susah sangat nak faham ilmu yang bawah.

ABU ZULFIQAR :
Nampaknya berbeza dengan ajaran Imam Al-Ghazali khususnya dalam Ihya' 'Ulumiddin dan umumnya dalam kitab-kitabnya yang lain, kerana baginya ilmu hakikat itu termasuk dalam ilmu-ilmu yang tinggi-tinggi dan ilmu fiqh itu ilmu yang biasa-biasa. Wallahua'lam.

HAMBA ALLAH :
Wallahua'lam.
Saya ada satu persoalan, bukankah Nabi Muhammad mengajar dulu bab-bab aqidah sebelum hal-hal fiqh?

ABU ZULFIQAR :
Benar, tetapi bukan ilmu hakikat. Ilmu Tauhid Sifat 20 belum mencapai ilmu hakikat lagi. Sebab itu dalam sistem pengajian pondok/pesantren, Sifat 20 diajar awal, tapi kitab-kitab ilmu hakikat seperti Durrun Nafis dan Kasyful Asrar diajar hujung-hujung, dan adakalanya kepada murid-murid yng layak sahaja.

Ilmu tauhid itu ada beberapa peringkat.
1. Tahap lulus - dengan mengakui 2 Kalimah Syahadah.
2. Tahap memuaskan - dengan memahami Sifat 20.
3. Tahap baik - dengan ilmu hakikat.
4. Tahap cemerlang - dengan ilmu mukasyafah.
(*Pembahagian di atas hanyalah huraian yang sangat ringkas dan umum)

Rasulullah tak ajar semua tahap aqidah itu sekaligus. Sebab itu ilmu hakikat itu termasuk ilmu yng tinggi-tinggi. Wallahua’lam.

Suka saya menyarankan, agar tuan mengikuti kuliah kitab Ihya' 'Ulumiddin ini dari awal, supaya lebih jelas dan lebih memahami, sebab isi kitab ini berkesinambungan dan saling berkait.