Wednesday, October 27, 2010
Ajaran Ahmadiyyah dalam Lagu Satu Umat?
Ada sedikit kekeliruan (bagi yang tidak tahu) berlaku apabila pembaca mendengar lagu "Satu Umat" sambil menonton slaidnya di Youtube. Dalam video itu ada diselitkan nama beberapa jemaah umat Islam. Masalah timbul pada nama "Tariqat Ahmadiyyah". Ada orang menyangkakan itu ialah ajaran Ahmadiyyah Qadiani ( Ajaran Qadiani) yang sesat. Sebenarnya "Tariqat Ahmadiyyah" berbeza dengan ajaran Qadiani. Tariqat Ahmadiyyah ialah salah satu daripada tariqat-tariqat yang benar lagi muktabar.
Sekian dimaklumkan.
Pengsan Ketika Tiupan Sangkakala
Al-Quran mengatakan:
“Lalu ditiup pada sangkakala (kali pertama, ketika kehancuran dunia), maka pengsanlah segala yang ada di langit dan di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah.” (Az-Zumar : 68)
Sangkakala ditiup dua kali iaitu ketika kehancuran dunia dan kemudiannya ketika kebangkitan semula. Kedua-dua peristiwa ini dikenali sebagai Hari Kiamat. Jadi Hari Kiamat itu ada dua suasana.
Siapakah yang dikecualikan daripada ‘pengsan’ pada tiupan sangkakala (as-suur) yang pertama itu?
1. Para syuhada’. (menurut Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan Sa’id bin Jubair)
2. Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail. (menurut Muqatil)
3. Para penghuni syurga iaitu para bidadari, para penghuni neraka dan para penjaganya. (menurut Abu Ishaq bin Syaqilla)
4. Para bidadari dan anak-anak syurga. (menurut Imam Ahmad)
Menurut Ibnu Qayyim, kepengsanan roh-roh ketika ditiup sangkakala itu tidak menunjukkan roh-roh itu mati. Sandarannya ialah sebuah hadis sahih (menurut kata Ibnu Qayyim):
“Bahawa semua manusia pengsan pada hari kiamat (pada tiupan sangkakala yang pertama), maka akulah (Nabi Muhammad) orang pertama yang tersedar. Maka secara tiba-tiba aku melihat (Nabi) Musa sedang memegang tiang Arasy, dan aku tidak tahu sama ada dia sudah tersedar sebelum aku, ataupun dia telah didahului balasannya (tidak dipengsankan lagi kerana sudah pernah pengsan ketika hendak melihat Zat Allah di dunia sebelum itu di Bukit Tursina) ketika dia pengsan di Tursina.”
Mengapakah disebut “pengsan” dan bukannya mati? Bukankah ketika tiupan itu roh akan mati?
Ketika itu roh tidak mati, hanya ‘pengsan’. Sesiapa yang masih hidup di dunia ketika kiamat berlaku itu, mereka itulah yang akan mati dan secara automatik pula roh mereka akan pengsan. Orang-orang yang sudah mati sebelum itu, tidak akan mati sekali lagi, hanya roh mereka yang akan pengsan.
Apakah maksudnya ketika kita mati, roh tidak mati?
Ya, roh kita kebal daripada kematian/ maut. Namun roh kita akan pengsan ketika tiupan sangkakala pertama.
Ketika nyawa kita terpisah daripada badan, apakah roh tidak mati?
Tidak. Yang mati hanyalah jasad.
Abu Zulfiqar
25 Oktober 2010
Ke Mana Dakwah Tajdid Segar?
MAS : Nice.. (* MAS memuji lagu “Satu Umat” setelah mendengarnya).
ABU ZULFIQAR : ‘Thanx’ ya syeikh : )
MAS : Komersialkan la..boleh buat album ni.
ABU ZULFIQAR : Untuk ‘undergorund scene’ ni... ‘nasyid underground’ nama dia : ) Bukan untuk nama dan wang. Untuk perjuangan umat. Sayangnya gerak kerja dakwah saya dan jaringan-jaringan lain mengalami keruntuhan besar sejak Ogos 2009 dan kemuncaknya Mac 2010. Kalau tak memang rancang nak dikomersialkan (*tapi bukan untuk saya lagukan, kerana suara saya tak cukup baik untuk menyanyi), tapi bukan bermatlamatkan nama dan wang, untuk diseimbangkan dengan ruang lingkup dakwah yang besar. La (* sekarang) ni pangkat pun dah menjunam, buat dakwah kecil-kecilan je la.
MAS : Takpe..asalkan kesannya besar...
ABU ZULFIQAR : Salah sendiri pun ada juga sebab sudah diberi pandangan oleh pimpinan dan kawan-kawan tapi disebabkan keyakinan yang tinggi pada salah seorang orang kuat (* bukan teman-teman seperjuangan di internet, tapi yang hampir dengan saya di luar internet) , habis hancur.
Perkara yang kita pesan berkali-kali jangan dibuat, yang tu yang dia buat (*kalau benda itu kita tak pernah pesan ataupun hanya sekali pesan, lain ceritalah). Apa lagi... beban bertimpa-timpa kena kepala kita (* kerana ia tidak melibatkan satu individu atau satu rangkaian sahaja). Nak bina balik gerakkerja yang dah berjalan dan yang akan berjalan tu, rasanya tak boleh dapat dah. Tu pasal pangkat sudah turun jadi prebet balik (*nak buat kerja-kerja besar orang sudah tak yakin le kerana pernah gagal)
Sekarang ni (*saya) jadi sangat berhati-hati, dan sampai ke tahap sangat sukar untuk beri banyak kepercayaan kepada orang (dalam soal gerak kerja dakwah). Orang yang bertaraf 'orang kuat' kita (*yang ditarbiyyah sendiri dari asas) pun boleh tumbang sekelip mata, apatah lagi orang biasa. (*Maksudnya gerak kerja sekarang akan jadi sangat ‘slow’. Tapi hikmahnya… eloklah jadi sekarang, kalau jadi waktu dakwah dah besar, lagi banyak kerugian yang akan dialami oleh para pejuang. Maksudnya Tuhan tapis awal-awal dah).
MAS : Niat syeikh tu bagus..
ABU ZULFIQAR : Boleh la Ustaz Axxx oi... gerak kerja besar dah hancur, kita bergerak kecil-kecilan. Asalkan ada usaha yang boleh dibentangkan kepada Allah nanti.
Ps: Maka… inilah jawapan ringkas kepada yang tertanya-tanya mengapa Dakwah Tajdid Segar menurun kelajuannya daripada gear 5 ke gear 2 sahaja ( di alam nyata dan di alam maya internet), dan sekian banyak laman-laman jaringan Tajdid Segar yang sudah lama tidak ber’update’. Sebenarnya saya malas menjawab dan mahu lupakan sahaja, tapi kebetulan dilorongkan Allah untuk terlibat dalam dialog di atas baru-baru ini. Rasanya cukuplah dengan jawapan ringkas secara tidak langsung ini. Tutup tirai, serahkan pada Allah. Yang mesti difikirkan sekarang ialah memaksimakan kesan dakwah yang masih tersisa. WaAllahua’lam.
Monday, October 25, 2010
Soal Jawab - Tak Pandai Baca Quran
saya ingin bertanya dan meminta pendapat..
saya tak pandai membaca al quran
saya hanyalah boleh membaca juzuk pertama dan kedua tnpa tajwid yg betul..itupun kerana saya pernah belajar dan menghafalnya..
kalau nak membaca tak pandai
saya sangat malu dan insaf disebabkan perangai malas saya
jadi saya ingin memperbaikinya semula
bolehkah saya membacanya al quran dengan hanya membaca iqra 1-6?
saya ingin sangat membaca al quran lancar seperti orang lain..
JAWAPAN:
Hxxxxxx Xxxxxx,
Belajar melalui kaedah iqra' tu memang berkesan insyaallah. Berdasarkan pengalaman saya, belajar dari Iqra' 1 sampai Iqra' 4 sudah cukup, tak perlu sampai Iqra' 6. Dah boleh baca sampai Iqra' 4, terus saja baca Al-Quran sebenar. Insyaallah anda akan boleh membaca Al-Quran dengan agak baik.
Tahniah kerana mempunyai kesungguhan. Semoga Allah memudahkan semua usaha baik anda.
Abu Zulfiqar
25.10.2010
Asal Lirik Lagu "Munajat"
mcmana u dpt ilham nak tulis lirik nie (Lagu Munajat)?
JAWAPAN:
Lirik lagu Munajat tu sebahagian besarnya saya dapat pada waktu tengah malam (waktu-waktu tahajud). Apa yang biasa saya adukan kepada Tuhan sama ada dengan lisan ataupun dengan hati, yang itulah saya jadikan lirik. Sebahagiannya lagi saya cari kemudian untuk disesuaikan dengan iramanya.
Sunday, October 24, 2010
Lagu ke-5 : Satu Umat
SATU UMAT
Akhir zaman
jemaah bertumbuhan
Sesamanya
tiada berhubungan
Keakuan
dan sikap kekamian
gantikanlah
dengan kekitaan
Kekhilafan
salinglah meraikan
Perjuangkan
kekhalifahan
Bergeraklah
sebagai satu umat
Lidi bertabur
jadikannya seikat
Lagu : Abu Zulfiqar
Lirik : Abu Zulfiqar
* Lagunya masih dalam proses
Kembara ke Sidratul Muntaha 46-51
Nabi jumpa Iblis dalam perjalanan Isra'?
Usia dunia diperlihatkan sebagai seorang wanita tua?
Kisah tabik kepada tok nenek bangsa jin.
Mengapa jin dipanggil 'tok'?
Di mana buraq ditambat?
Apa keistimewaan tali penambat buraq?
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 47
http://www.youtube.com/watch?v=z9CNLpJ4O0k
2 riwayat sandaran kita.
Tapak kaki Nabi di sakhrah.
Ada berapa batu yang dipercayai punyai kesan tapak kaki Nabi? Di mana batu-batu itu? Benarkah ia kesan tapak kaki Nabi?
Kisah bekas tapak kaki Nabi Adam di Sri Lanka.
Tapak kaki nabi-nabi lain.
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 48
http://www.youtube.com/watch?v=VuVJLmG3kbI
Benarkah pemilik tapak kaki di Serindib itu ialah Nabi Adam? Berapa tingginya? Berapa pula tinggi Nabi Adam?
Beberapa kebolehan jin yang dikurniakan Tuhan kepada mereka.
Berkenalan dengan jin jenis hantu raya dan hantu galah.
Sebesar manakah Iblis?
Jibrail azan dan iqamah di Baitul Maqdis?
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 49
http://www.youtube.com/watch?v=LUtGmYhwTvs
Nabi dahaga. Apa yang dihidangkan kepadanya? Apa yang dipilihnya?
Nabi berjumpa para bidadari?
Apa itu bidadari? Apa yang diperkatakan oleh Quran tentang mereka?
Dari mana asal sebutan "bidadari"?
Apa maksud "bidadari bermata jeli"?
Kisah kartun Jepun.
KEMBARA KE SDIRATUL MUNTAHA 50
http://www.youtube.com/watch?v=Tx252qDVoYQ
Lagu Suasana Syurga ( dan bidadari)
Cara-cara hendak jadi bidadari dunia.
KEMBARA KE SDIRATUL MUNTAHA 51
http://www.youtube.com/watch?v=Gu-bRYf0IN0
Nak tiru macam bidadari? Apa yang boleh ditiru dan apa yang tak boleh?
Perjalanan Mikraaj bermula!
Kembara ke Sidratul Muntaha 41-45
1. Rasulullah melihat sekumpulan manusia yang memakan daging busuk sedangkan ada daging yang sedap. Siapakah mereka? Para penzina lelaki dan wanita?
2. Boleh berzina jika berhenti sebelum subuh?
3. Melakukan zina boleh, menghampirinya sahaja yang dilarang. Benarkah begitu?
4. Boleh berjudi jika ia sudah jadi budaya?
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 42
http://www.youtube.com/watch?v=t_7f_NrIhyU
1. Boleh berjudi jika kira redhakan duit kita kepada teman seperjudian?
2. Daripada memfitnah (yang lebih teruk daripada membunuh), lebih baiklah berzina. Amboi!
3. Alasan para perokok pada siang bulan Ramadhan.
4. Boleh tidak bertudung jika rambut rosak?
5. Bagaimana dosa-dosa kecil kita boleh jadi dosa-dosa besar?
6. Ada kaum lelaki di Eropah zaman dahulu kena pakai cawat besi. Kuncinya disimpan oleh isteri masing-masing.
7. Cawat besi bagi wanita untuk elak kejadian rogol?
8. Kecelaan lepak-lepak di tepi jalan.
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 43
http://www.youtube.com/watch?v=q-PbXPLqy4c
1. Perbuatan tukang-tukang 'pow'.
2. Budaya lelaki-lelaki di Maghribi (Morocco).
3. Apa yang disaksikan oleh Rasulullah hanyalah perumpamaan?
4. Mengapa wanita tidak boleh kahwin 4?
5. Rasulullah saw melihat lelaki berenang dalam sungai darah?
6. Rasulullah menyaksikan kelakuan seorang lelaki yang menimbunkan kayu api di atas belakangnya walaupun orang itu sudah tidak mampu menanggungnya lagi. Apa ertinya?
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 44
http://www.youtube.com/watch?v=QtGduirMRvI
1. Perangai orang gila kuasa.
2. Siapakah para penggunting lidah sendiri yang dilihat oleh Rasulullah?
3. Perumpamaan tukang-tukang fitnah.
4. Benarkah Nabi melihat kaum yang berkuku tembaga mencakar-cakar muka dan badan mereka?
5. Tukang umpat-mengumpat.
6. Menjatuhkan kemaluan?
7. Kisah lembu yang keluar daripada lubang sempit, dna mahu amsuk semula ke lubang itu.
8. Jangan cakap lepas-lepas.
9. Siapakah yang menyeru Nabi dalam perjalanannya?
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 45
http://www.youtube.com/watch?v=pBveuCkK--I
1. Umat Islam mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani?
2. Apa yang diikut oleh umat Islam itu?
3. Masuk lubang biawak?
4. Tolak Al-Quran, pegang undang2 ciptaan manusia.
5. Bagaimana perumpamaan bagi dunia dalam Israk Nabi?
6. Lagu "Munajatku".
Friday, October 22, 2010
Kembara ke Sidratul Muntaha 36-40
Antara isi kandungan fail ke-36 ini:
1. Kelebihan-kelebihan mengahdirkan diri ke majlis-majlis ilmu.
2. Hari Raya versi Nusantara
3. Lagu "Cicak Menghuni Surau".
1. Kisah Mubaarak al-Yamamah - bayi berumur sehari yang berkata-kata dengan Rasulullah.
2. "Belum tumbuh gigi, dah pandai baca kitab."
3. Kisah Nabi Nuh ditinggalkan ibunya di dalam gua.
4. Kisah Nabi Musa disorokkan ibunya dalam periuk.
1. Kisah bayi pintar Bani Israil yang menyanggah doa-doa ibunya.
2. Zaman Jepun
Kisah-kisah zaman Jepun - anak-anak dara disorok dalam gulungan tikar dan tilam.
- Rasulullah bertemu dengan kaum yang memecahkan kepada mereka sendiri berulang kali. Siapakah mereka?
- Kisah-kisah zaman Jepun - anak-anak dara disorok dalam gulungan tikar dan tilam.
- Rasulullah bertemu dengan kaum yang memecahkan kepada mereka sendiri berulang kali. Siapakah mereka?
Rasulullah bertemu dengan satu kaum yang memakan benda-benda panas produk neraka Jahannam. Siapakah mereka?
Wednesday, October 20, 2010
Kembara ke Sidratul Muntaha 26-35
http://www.youtube.com/watch?v=tJ4IWyyvtfU
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 27
http://www.youtube.com/watch?v=zFO17zqsvgE
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 28
http://www.youtube.com/watch?v=4O5M4iM4H5s
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 29
http://www.youtube.com/watch?v=QKSRSEhMsJA
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 30
http://www.youtube.com/watch?v=tzE7EAuz-zc
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 31
http://www.youtube.com/watch?v=nNPhPu6EOjU
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 32
http://www.youtube.com/watch?v=v5w9QnE4Ihg
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 33
http://www.youtube.com/watch?v=aQyy0jHqYlc
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 34
http://www.youtube.com/watch?v=yirFr_0maL4
KEMBARA KE SIDRATUL MUNTAHA 35
http://www.youtube.com/watch?v=dZ80pcpHETg
Tuesday, October 19, 2010
Lagu ke-4 :Terfana
TERFANA
Terfana diriku
di dalam cahaya-Mu
Terkelu lidahku
menyaksikan
Di dalam zikirku
terubat rasa rindu
Munajatku
kerana-Mu
Allah Maha Kaya
Sebenar Penguasa
Engkau yang kucinta
Yang kudamba
Ilmu yaqin mula
Ainul yaqin kedua
Haqqul yaqin
Kemuncaknya
Binasakan mazmumah
Isikan mahmudah
Tajalli kan datang
Asyiknya
Af'al, Asma' dan Sifat
beserta ZatNya
aku tauhidkan
Ilahku
Lagu : Abu Zulfiqar Amsyari
Lirik : Abu Zulfiqar Amsyari
Saturday, October 16, 2010
Awal Baqarah
AWAL BAQARAH
Kata-kata indah ini tidak ada keraguan padanya
Ia menjadi pedoman bagi orang-orang yang bertaqwa
Orang beriman penuh hal ghaib di mata
Yang mendirikan solat sempurna - tiang agama
Mereka yang menginfakkan sebahagian rezeki mereka
Beriman dengan Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad)
Penuh percaya kitab semua yang terdahulu
Yang meyakini hari akhirat - alam di sana.
(chorus)
Yang beroleh hidayah - hidayah Tuhannya.
Merekalah orang yang berjaya.
Lagu : Abu Zulfiqar Amsyari @ Alexanderwathern
Lirik : Abu Zulfiqar Amsyari @ Alexanderwathern
2010
Lagu ini ialah lagu ciptaan saya yang ke-3 dimuatnaik ke internet selepas lagu "Munajatku" dan "Muallij". Lagu ini menceritakan maksud 5 ayat awal surah Al-Baqarah (Alif laam miim) iaitu:
1. Alif laam miim.
2. Kitab (kata-kata Allah) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk (pedoman) bagi mereka yang bertaqwa.
3. (Iaitu) mereka yang beriman kepada (hal-hal) yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelummu.
5. Merekalah yang mendapat petunjuk (hidayah) dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Wednesday, October 13, 2010
Munajatku (versi ke-4)
MUNAJATKU
Ya Allah, Engkau ampunkanlah kami
Kami banyak bersalah kepada-Mu
Ya Allah, jangan Engkau seksa kami (walaupun)
Kami sering lupa kepada-Mu
Ya Allah, Engkau selamatkan kami
Kami langsung tiada upaya
Ya Allah, kami lemah, kami hina
Engkaulah sebaik-baik Penjaga
Ya Allah kami memang orang yang rugi
Kami terlalu cinta dunia
Kami sememangnya takut mati
Sedangkan amalan tidak seberapa
Selamatkan kami di dunia
Selamatkan kami di akhirat
Jauhkan kami dari neraka
Tempatkanlah kami di syurga-Mu
Ya Allah, perkenankan doa kami
Hanya Engkau tempat kami bermanja
Ya Allah suburkanlah cinta kami
PadaMu Yang Maha Mengasihani
Engkaulah Tuhan, cinta agung kami.
Abu Zulfiqar @ Alexanderwathern
2002
Muallij
Pilihanmu sendiri, berjuang di jalan-Nya
Walau sering diuji, engkau tetap perkasa
Jin dan manusia, syaitan berbangsa
Membisik, menghasut, merasuk hamba-Nya
Senjatamu ikhlas hati dan doa
Amalan harian dijaga
Pemuja pengamal sihir berdosa
Sihirannya tiada daya
Menang, kalah dan seri, Tuhan yang menentukan
Hidup ataupun mati, Dia yang mengaturkan
Ada ketika fitnah melanda
Yakinlah kepada Tuhan Yang Maha Esa
Sunday, October 10, 2010
Munajatku (versi ke-3)
MUNAJATKU
Ya Allah, Engkau ampunkanlah kami
Kami banyak bersalah kepada-Mu
Ya Allah, jangan Engkau seksa kami (walaupun)
Kami sering lupa kepada-Mu
Ya Allah, Engkau selamatkan kami
Kami langsung tiada upaya
Ya Allah, kami lemah, kami hina
Engkaulah sebaik-baik Penjaga
Ya Allah kami memang orang yang rugi
Kami terlalu cinta dunia
Kami sememangnya takut mati
Sedangkan amalan tidak seberapa
Selamatkan kami di dunia
Selamatkan kami di akhirat
Jauhkan kami dari neraka
Tempatkanlah kami di syurga-Mu
Ya Allah, perkenankan doa kami
Hanya Engkau tempat kami bermanja
Ya Allah suburkanlah cinta kami
PadaMu Yang Maha Mengasihani
Engkaulah Tuhan, cinta agung kami.
Abu Zulfiqar @ Alexanderwathern
2002