Berhujah dengan cara yang benar bagi membuktikan pendapat orang lain YANG SALAH itu sebagai salah, untuk selamatkan agama dan umat = tindakan terpuji. Berhujah sedemikian memang tidak menambahkan duit ke dalam akuan kita, kerana kita berdakwah, berjuang, berusaha membetulkan dan berusaha menyelamat adalah kerana Allah yang utamanya, kerana agama, kerana umat. Bukan kerana duit. Memang kita kena tinggi toleransi pada perbezaan pandangan peribadi, TETAPI dalam ruang lingkup yang selaras dengan aturan2 agama lagi mahmudah. 16/3/25
Tuesday, March 18, 2025
Risalah Laduniah - Bijaklah Memilih Ilmu
Amat banyak lagi ilmu2 dalam ad-diin ini. Tak akan habis kita belajar. Lagi belajar, terasa lagi banyak maklumat2 yang kita belum tahu. Peringkat biasa2 pun banyak yang kita belum tahu, apatah lagi peringkat yang rahsia2.
Oleh kerana usia kita sangat pendek sedangkan ilmu2 sangat banyak, maka kita kena bijaksana dalam memilih ilmu2 yang lebih penting berbanding ilmu2 yang penting2, dan maklumat2 yang lebih bermanfaat berbanding maklumat2 yang bermanfaat. Kita juga kenalah mengutamakan ilmu2 untuk hidup bahagia di akhirat yang kekal itu nanti, berbanding ilmu2 untuk hidup bahagia di dunia yang sekejap ini.
Kita berdoalah selalu agar Allah memilih kita sebagai orang2 yang beruntung berbanding sebagai orang2 yang rugi.
…petikan pengajian kitab Ar-Risalah al-Ladunniyah (Imam al-Ghazali), Paklong Abu, 16 Ramadhan 1446
Subscribe to:
Posts (Atom)