Sunday, September 29, 2024

Imam Ghazali Ada Bahas Tentang Zikir Hu Hu hu?

@ Wa’alaikumussalam.

1. Sahaya tak pernah terjumpa dan tak pernah diberitahu oleh mursyid dulu.

2. Tak mustahil ada, tapi setakat ini sahaya berpegang kepada tak ada.

3. Ada orang kata khabarnya Imam al-Ghazali ada menulis sedemikian. Tapi SETAKAT YANG SAHAYA SEMPAT CARI2 DULU, kata2 Imam al-Ghazali itu diambil dalam kitab lain yang bukan karangan Imam al-Ghazali. Penulis kitab itu yang kata Imam Ghazali berkata begini begini. Wallahua’lam.

4. Satu lagi yang sahaya jumpa pulak, ada pulak yang kata itu penulisan adik Imam al-Ghazali iaitu Imam Ahmad al-Ghazali dalam salah satu penulisannya. Maka sudah bercampur-aduk pulak sumbernya. Wallahua’alam.

5. Kalau tak salah sahaya, kedua2 penulisan itu lebih kepada menceritakan tentang wujudnya orang2 yang mengamalkan LAFAZ ZIKRULLAH sebegitu. Bukannya anjuran untuk mengamalkan lafaz zikrullah sebegitu (kepada para pengamal Tarekat Ghazaliyah).

6. Dalam sukatan pelajaran Tarekat Ghazaliyah, tidak ada anjuran AMALAN LAFAZ ZIKRULLAH yang berbunyi “Hu.” Selepas lafaz zikrullah “Allah”, maqam seterusnya ialah terus ke ZIKRULLAH tanpa huruf, bunyi, tulisan atau suara.

7. Umumnya, kalau disebut “Hu” dan kita tujukan kepada “Dia”, hal itu hukumnya adalah harus (boleh).

Contohnya :

i) kita digalakkan berlafaz zikrullah “Laa IlahaillALLAH” yang ertinya “Tidak ada Ilah selain ALLAH”.

ii) Ada ayat yang berbunyi “Laa IlahaillaHU” yang ertinya “Tidak ada Ilah selain DIA.”

Maka perkataan “Dia” dalam ayat kedua itu sebagai ganti nama kepada “Allah” dalam ayat pertama. Pendek kata, tuju kepada Dia juga. Maka (dari segi bolehnya untuk diamalkan oleh sesiapa maka) dikira boleh (harus) berlafaz zikrullah menggunakan “HU” (DIA).

iii) Ada pula ayat yang berbunyi “Laa Ilahailla ANTA” yang ertinya “Tidak ada Ilah selain Engkau.” *** (Renungan tambahan) Tapi... tak ada pulak orang nak berlafaz zikrullah “Anta. Anta. Anta.” Jika boleh guna “HU”, bolehlah juga guna “ANTA”. Wallahua’lam.

8. Sefaham sahaya, R4’S (Rasulullah saw, 4 orang sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain) tak amalkan LAZFA ZIKRULLAH yang berbunyi “HU”.


Maka jawapan keseluruhannya – (setakat inilah...) PENDEK KATA Imam al-Ghazali tidak beramal dengan LAFAZ ZIKRULLAH “Hu. Hu.Hu” dan tidak membahas tentang LAFAZ ZIKRULLAH tersebut. Wallaahua’lam.


27/9/24

Saturday, September 21, 2024

Uruskan Mazmumah dengan Tindakan Batin dan Zahir

 

Qalbu yang mazmumah hendaklah diuruskan dengan amalan batin (contohnya seperti zikir & wirid) secara berterusan. Qalbu yang mazmumah juga kena dilayan dengan amalan zahir.


Contoh : sifat mazmumah yang bernama kedekut.

Amalan batinnya zikrullah berterusan “Ya Rahman”. Tapi hal itu belum mengeluarkan dia daripada sifat kedekut (bakhil).

Maka cara nak keluar daripada sifat mazmumah bakhil itu, apabila mampu, dia terus sahaja memberi dan memberi (contohnya sedekah) dengan ikhlas, sambil ingat akan Allah. Dengan mudahnya qalbu yang memberi itu tadi secara automatik terkeluar ia daripada sifat mazmumah yang bernama kedekut.


Contoh : sifat mazmumah yang bernama enggan bertanggungjawab.

Ali sengaja memecahkan pasu bunga Abu.

Amalan batinnya – Ali mengamalkan ayat Al-Quran tertentu sebagai wirid berterusan untuk membuang sifat mazmumahnya yang bernama : mahu lari daripada bertanggungjawab. Tapi amalan itu belum menjadikan Ali seorang yang bersifat mahmudah bertanggungjawab.

Lalu Ali dalam keadaan ingat akan Allah, terus dia pergi berjumpa tuan punya pasu dan membayar ganti ruginya. Ketika itu barulah dia mendapat sifat mahmudah yang bernama bertanggungjawab dan menghapuskan penghalanya menuju Allah iaitu sifat mazmumah yang bernama : tidak mahu bertanggungjawab.


Contoh :

Ali ternampak Abu yang melanggar Adam. Tapi Adam salahkan Abu. Ali tahu Abu yang bersalah, tapi Ali tidak berani bersuara atau bertindak. Ketika ini Abu mempunyai sikap mazmumah yang bernama pengecut atau tidak berani dengan kebenaran.

Balik ke rumah, Ali pun berzikir “Ya Qahhar” 300,000 kali setiap hari selama sebulan untuk dia keluar daripada sifat mazmumah yang bernama pengecut itu. Tapi dia belum dapat melepaskan diri daripada sifat mazmumah penegcut itu.

Suatu hari Ali pun menyuarakan hal sebenar yang terjadi kepada masyarakat atau pihak2 tertentu dalam keadaan dia ingat akan Allah. Maka ketika itu barulah Ali berjaya melepaskan dirinya daripada sifat mazmumah pengecut itu. Hilanglah salah satu penghalangnya dalam menuju kepada Allah.


Kesimpulannya, qalbu yang mazmumah itu kena diuruskan dengan zikrullah DAN tindakan tentera dan rakyat (iaitu tubuh badan kita).