Sunday, May 29, 2022

Belajar2 Juga Berasing

 

Walaupun engkau selalu beramai,

sesekali bawa2lah belajar berasing

kerana apabila engkau benar2 secara tiba2 terasing,

engkau tidaklah akan terasa asing.


Hendak bermesra2an dengan kekasih,

mana lazatnya jika tidak berasing?

Tidak sesuai jika di mata umum

engkau mahu bermesra2an.


Begitulah juga dengan Kekasih.


7/5/22

Baru Permulaan Sebenarnya

 

Ibarat plot cerpen, novel dan drama.

Ada permulaan - perkembangan - perumitan

- klimaks - peleraian - pengakhiran.

Ramai menyangkakan yang kini

sudah sampai ke peleraian

menuju ke pengakhiran.

Sebenarnya kini baru permulaan

menuju perkembangan.


Ibarat bermusafir jauh.

Para penumpang sudah keletihan

lalu kata pemandu,

"Sikit je lagi. Nak sampai dah."

Para penumpang yang tiada tahu,

akan berasa sedikit lega

kerana menyangka sudah hampir tiba.

Para penumpang yang tahu,

sedar bahawa jauhhh lagi.


7/5/22