Wednesday, May 27, 2020

Melayan Tanaman Sepanjang Musim Covid 19


Tinggal di rumah taman, ruang tanahnya memanglah kecil. Namun sepanjang musim berkurung Covid 19 ini, Allah izinkan dan beri ruang untuk sahaya sekeluarga menguruskan tanaman sedia ada, dan ditambahkan-Nya pula dengan tanaman baru di rumah kecil kami.

Urus tanaman sedia ada :
1.       Kucai
2.       Serai
3.       Halia
4.       Limau purut
5.       Bunga kertas
6.       Bunga ros Jepun
7.       Kangkung
8.       Bendi
9.       Cili besar
10.   Kelapa pandan
11.  Bayam Brazil
12.  Kunyit

Tanam tanaman baru sepanjang berkurung Covid 19 :
1.       Pandan
2.       Pegaga
3.       Limau kasturi
4.       Betik sekaki
5.       Kacang buncis
6.       Pucuk manis
7.       Sirih gading
8.       Ubi kayu
9.       Cincau
10.   Bayam putih
11.   Sawi keriting
12.   Cili burung
13.   Tomato

Bersyukur dengan memanfaatkan ruang yang ada.

27 Mei 2020

Tuesday, May 26, 2020

Pencerahan Ringkas (15)


Pertanyaan : Nak tanya ni. Apa makanan favourite ustaz?

Jawapan : Nak belanja ke tu? Ke nak masak? Hehe. Secara umumnya sahaya tak ada makanan favourite kerana memang sahaya dilatih begitu (salah satu tarbiyyah dalam pelajaran sufi yang lalui zaman muda-muda dulu, tujuannya untuk menjadikan kita tidak mudah terpesona dengan makan minum, dan memang menjadi kerana semua makanan pun kita berjaya pandang biasa2 sahaja). Selama bertahun-tahun rasanya saya  tak ada pilihan tertentu. Tapi dah nak tua2 ni macam nak ada pulak (*lidah orang yang nak menuju 5 siries memang camtu kot, lagi berusia lagi banyak kerenah, hehe). Nanti jika kita jumpa bila2, baru sahaya bagitau.