Saturday, March 30, 2019

Hadiah Sempena ITG 3


Sempena Ijtima' Tahunan TG kali ini (Sabtu 30 Mac 2019), insylh pihak TG dengan berbesar hatinya akan menghadiahkan beberapa risalah yg belum pernah dihadiahkan kepada umum di alam maya internet (Facebook, WhatsApp) ini, selepas tamat ijtima' petang nanti. Doa2kan.

Friday, March 29, 2019

Mana Ucaptama Ijtima TG Kali Pertama?


Persoalan : Ucaptama ITG 2 (2018) ada. Mana Ucaptama ITG 1 (2017)?
Jawapannya : Sebenarnya pada ITG 1 (2017) belum ada ucaptama, tetapi ada majlis perkongsian sahaja. Pada ITG 2 (2018) pula ada ucaptama, tetapi tiada perkongsian. Dan insya-Allah dalam ITG 3 (2019) ini, ada kedua-duanya, perkongsian dan ucaptama.

Persoalan : Apakah yang dikongsikan dalam ITG 1 (2017)?
Jawapannya : SEDIKIT kaedah pengamalan Zikir Harian Tariqah Ghazaliyyah, atau yang lebih dikenali sebagai Zikir Harian Imam Al-Ghazali, atau yang dikenali juga sebagai Zikir Harian sahaja, iaitu zikir 1000 sehari itu. Zikir Harian Tariqah Ghazaliyyah ini sudah amalkan oleh umat Islam turun-temurun secara meluas, walaupun pengamalnya bukan pengamal Tarekat Ghazaliyah, dan ramai yang tidak tahu pun yang amalan itu adalah amalan Zikir Harian Tariqah Ghazaliyyah. Jadi, dikongsikan serba-sedikit kaedah pengamalannya. Ketika berzikir itu, hendak “diletakkan” di mana? Apa yang hendak “dipandang”? Apa “rasa” yang mahu dicapai?

Persoalan : Apakah perkongsian dalam ITG 3 (2019) ini?
Jawapannya : Insya Allah, SEDIKIT tentang :
1.      Risalah Ath-Thayr Imamul Ghazali – seputar perjalanan keruhanian dari tempat diri kita berada kini menuju ke Hadrat Ilahi.
2.      Maqsidul Aqsa Imamul Ghazali – seputar matlamat terjauh atau matlamat tertinggi.