Sunday, January 28, 2018

Puisi : Matlamatmu

Jannah yang seluas langit dan bumi.
Alangkah luasnya.......

Terdapat di sana
nikmat-nikmat agung
berupa
sofa kemalaikatan dan taman kehayawanan.

Bagi para pengendera sayap kerohanian
jangan sia-siakan sayap ilusimu itu
dengan bermatlamat untuk
 terbang ke taman-taman sahaja.
Berusahalah untuk bermatlamat
menjelajah alam sofa kemalaikatan.

Bagi para pendahaga cinta Ilahi,
untuk menghilangkan haus qalbumu,
tetapkan matlamatmu untuk meminum air Tasnim-Nya,
tidak sekadar campuran Tasnim.

Di halaman para abrar sangat bagus.
Di puncak menara para muqarrabin
 terlebih bagus.


 Abu Zulfiqar
28 Januari 2018

Jalan2 Ghazaliyyah (siri ke-6)

Bergerak dari Trong, Perak.

Tiba di Ulu Cheka, Jerantut, Pahang.

Lokasi yang menarik.

Lata Jin. Ada berani?

Tenang dan damai di persekitaran.

Latihan memanah.


 Surau pun cantik.

Sembang2 di surau.

Bakar, bakor, bakaq. Betul belaka. :)
Yang penting, masuk ke mulut, sampai ke perut :)
Yang lebih penting, tidak lupa akan Allah.


 Makan malam. Terbaik. Alhamdulillah, syukur.


Kuliah Subuh. Pengisian Tariqah Ghazaliyyah.


Lata Lang.

 Tempat memang cantik.

 Sifu Faisal tidak jemu2 memberi tunjuk ajar.

Sifu-sifu dok perati je :)


Tuan guru memanah beraksi.

Abang sado.




Tuan pendekar.


Mandi di Lata Jin.

Murtabak terbaik Jerantut. Mesti cuba try test uji tengok. Tu dia. Daging sesaje isinya :)

Kawasan pelancongan lagi bersejarah Gua Kota Gelanggi.



Ada beberapa gua dengan nama tersendiri. Gua Tongkat, Gua Terang Bulan, Gua Balai dan lain-lain.

Gua Balai. Seminggu sebelumnya jadi lokasi penggambaran filem.

Dalam perjalanan pulang, sempat singgah lokasi bersejarah Sultan Bersyeikh Diri.

Insya-Allah jumpa lagi.