Tuesday, March 18, 2025

Kimiya us Saadah - Kaitkan atan Nafikan Sesuatu daripada Nabi

 

Kita kena faham……. bahawa hendak menisbahkan (yakni mengaitkan) sesuatu dengan Nabi, atau hendak menafikan sesuatu daripada Nabi, hal ini bukanlah mudah.

 

Jika kita MENISBAHKAN (MENGAITKAN) sesuatu kepada Nabi, rupa2nya hal tersebut bukan daripada Nabi – sangat berbahaya.

Jika kita MENAFIKAN sesuatu daripada Nabi, rupa2nya hal tersebut memang daripada Nabi – sangat berbahaya.

 

Contohnya :

i)                    Jika kita menisbahkan atau mengatakan diri kita atau diri orang lain sebagai keturunan Nabi, rupa2nya bukan keturunan Nabi – sangat berbahaya.

ii)                  Jika kita menafikan sesuatu maklumat itu daripada Nabi, rupa2nya maklumat itu memang betul daripada Nabi – sangat berbahaya.

 

…petikan pengajian kitab Kimiya’ us-Sa’adah, Paklong Abu al-Ghazali

Ramadhan - Lebihkan Amal atau Belajar?

 

PERTANYAAN : Assalamualaikum paklong. Bulan Ramadhan ni… kita nak tumpu kepada beramal ke atau menuntut ilmu ke?

 

JAWAPANNYA : Waaalaikumussalam Xxxxx Xxxxxxx.

Bagi orang2 yang agak berilmu dan seterusnya ke atas, KEUTAMAANNYA adalah untuk menambah dan membanyakkan amal, di samping tidak meringan2kan usaha2 menuntut (menambah) ilmu.

Bagi orang2 yang kurang berilmu dan ke bawah pula, KEUTAMAANNYA adalah untuk mencari ilmu, di samping tidak meringan2kan usaha2 untuk beramal.

 

*Tambahan – Selain itu, momentum dakwah dan perjuangan juga tetaplah diteruskan. Untuk lebih memahami hal ini, sebaik2nya bergurulah ilmu fardhu as-sa’ah kerana pengisian zaman adanya kekhalifahan dan daulah mempunyai bahagian2 yang tidak sama dengan pengisian zaman tiadanya. Wallahua’lam. 09 03 25